Monday, July 31, 2006

DIDO the Malayan Tiger




He was born on the 20 th July 2003. Just celebrated his 3rd birthday with his wife Nicky. He weighed roughly about 130 kgs. Dia ni adalah "THE STAR" masa Aida & The Anserians had a short visit kat sangkar harimau kat Zoo ni. Dia ni jugak la yang Abang Dimas dok menyanyi dan berghasidah ... Gambar kat atas ni masa dia dok spa kat kolam exhibit dia. Masa tu Nicky tido ( pemalas betul dia! ) , so Dido ni pun amikla kesempatan berendam kat jacuzzi tu. Kalau idak, Nicky conquer kolam tu.

Well, to my fellow friends ... jangan serik untuk datang ke Zoo Melaka lagi. Satu peringatan, kalau nak masuk exhibit rimau tu lagi, TOLONG letakkan waris pada insurans anda and make sure you all are FREE from HEART PROBLEM.. hahahaha!! Kalau ada nak beranak tu, tolong make sure beranak dulu!

Till then, take care & cherio!

Kenangan Di Taman Negara Merapoh 10-12/7/2006


Lata Serigala & Menyusu Ikan Kelah


Kuala Juram & Atas Bas ( On the way back )


Lata Serigala

Friday, July 28, 2006

I'mmmm Baaccckkk !!!

Hi everybody...
I'm back, YES.. rimaugirl5275 has just got back from Kursus Induksi Umum untuk penjawat awam.
Alhamdulillah, cuma tunggu result jer...lulus atau kantoi!
Selama 2 minggu kat Institut Tanah & Ukur Negara @ INSTUN kat Tanjung Malim, rasa macam dok kat Kem Kamunting, Perak lak. Dah la facilities kureng... I mean dari segi electrical dan nak pi kuliah dia...MasyaAllah... banyaknyer TANGGA! Naik kematu kaki ! Dah la kena pakai heels all the way to kuliah! Formal giler aku selama 2 minggu tu. Macam seorang executive betol! Selama ni pi kerja hanya pakai cargo pants, t-shirt & scarf...bila pi sana, rasa macam pelik sangat!! Kena pakai baju kurung, high heels & full office attire. Giler!!
Back tu INSTUN, Institut ni baru je 3 tahun usia nya tapi dah macam 15 tahun! Kat hostel pompuan, plug point takde fungsi...tv? Boleh "TENGOK TV" je la..ada DMS Astro tapi kad takder. Ada Laundry Room... tapi tengok mesin basuh & dryer tu je laa.. Nak charge notebook & handphone kena pi menempek kat bilik lain or just charge kat kelas je.. Paper lagi la ...tak tau menahu langsung apa yang jadik kat Mesia masa tu.Hani Mosin meninggal dunia pun tahu melalui SMS.Nasib baik line tipon OK kat situ...Rasanya Kuarantin haiwan kat Zoo ni takder la samapai camtu. Dok sana macam dok kat Kem ISA kat Kamunting...taktau dunia luar. Bagi depa yang ada keta , boleh la cilok kuar pi Tanjung Malim.. tapi aku lak gi Driver Zoo hantar! Uwaaa....
Anyway, ia adalah satu pengalaman yang tak bisa aku lupakan! Besides dapat kengkawan baru dari NRE, JAS & JUPEM, ada gak adik-adik dari PERHILITAN Terengganu..Kalau boleh, taknak la kursus kat sana lagi!
So, apa citer semua? About the Merapoh trip, nanti akan di updatekan & also masukkan gambar sekali.
Till then... take care & Cherio!
To my friend Aida, Get Well Soon...
To My friend nyer Son Kadim Aaqil, Happy Belated Birthday!

Thursday, July 06, 2006

Up..Up...& Away ! !!...

Untuk pengetahuan semua, I will not be able to blog starting next week till 28 July 2006 due to travelling & induction course.

Dari 10-12 Julai nanti, nak gi outing bersama ahli-ahli Kelab Sukan & Kebajikan Zoo Melaka ke Taman Negara Merapoh, Pahang. Habih angkut anak-anak sebab hubby aku AJK Tertinggi Kelab tu.... yang tinggal hanya maid aku kat rumah. Dengar citer kitorang akan dibawa jungle tracking kat Kuala Juram as well as mandi sungai...hmmm... dah lama aku tak terjun tiruk ni!! Aku kena make sure swimming trunk anak-anak aku dah include sekali dalam luggage. Pastu, balik dari situ dah nak pusing ikut Cameron Highlands dari Gua Musang, Kelantan. Maybe malam baru sampai balik Melaka.

Pastu dari 13-27 Julai lak, aku kena pergi Induksi Kursus ( orang-orang Gomen tau pasai ni! ) kat INSTUN, Behrang, Perak. Aku tak dapat nak bayang macamana kursus ni... tapi yang aku tau kursus ni TERAMAT PENTING untuk aku sahkan jawatan dalam perkhidmatan awam. Risau nak tinggalkan hubby & the kids ngan maid aku? hmmmm.... isteri mana yangTAKDER rasa cemburu langsung dalam hati mereka? But... I know my hubby, kalau orang macam maid aku, bukan taste dia .. muahahahahahha!!

Tentang gambar-gambar berkaitan Hari Keluarga Anseri, akan aku upload kan bila balik kursus nanti. SAaababaaaarrrr......!!

Okay la..Wish me luck.
Take Care & Cherio!

Tuesday, July 04, 2006

Hari Keluarga Anseri 2006




Date : 1 st July 2006
( Saturday )
Venue : Wakaf Terapung,
Zoo Melaka
Time : 9.30 am till 5.30 pm

As posted before, Hari Keluarga Anseri 2006 telah diadakan seperti di atas. Meriah ... walaupun simple... We should be proud sebab Anseri adala
h group pertama yang menggunakan Boardwalk kat Tasik tu sebagai venue Hari Keluarga mereka. Sebelum ni, semua acara Hari Keluarga kat Zoo menggunakan Pentas Pertunjukan Gajah sebagai tapak mereka. So, BANGGA siot!! Even Hasniza, my batchmate came all the way from Kelantan just to be with us. Dah lama tak jumpa dia ni!



Actually I'm not the
organiser , but on the day itself, I dah jadi macam host utama lak. Masa treasurehunt tu, ramai gak bebudak & makbapak budak menanyakan jawapan for the treasurehunt questions. Pandai depa! Semua terkejar-kejar I untuk dapatkan jawapan... kalau camtu, baik I sendiri yang masuk...

For the first time after turning 9 years of my services kat Zoo Melaka ni I had to walk around the Zoo 2 times. Lenguh giler! Macam nak tercabut lutut I yang sakit! Tapi nak buat camner, I have to be the entertainer for the event. So, apa lagi, I gunakan kuasa mutlak I kat Zoo untuk tunjuk
skill I pada haiwan-haiwan jagaan ( chewah! angkat bakul sendiri la pulak! ). The first round, I bawak semua keluarga jenjalan... sambil bebudak tu jawab soklan treasurehunt. Kitorang terpaksa berkejar sebab masa lawatan singkat sangat. Pastu dah lunch , kena balik ke wakaf semula. Lepas makan, free and easy event... ada yang balik ke hotel sebab anak-anak dah mengamok letih.. I took the opportunity bawak my batchmates, Nazif, Hanizah, Ida and Brother Dimas gi another tour around the Zoo. We started with the Zoo Animal Clinic , a place where not every people can go in... introduce them to my worklife. They got the chance to be intimate with the orphanages like Binturongs, Sunbear and the civets. Seronok tengok all my friend menyukakan diri mereka ( Am I right? ) although ada yang awal-awal lagi dah naik atas meja and stayed there quietly.... ( guess who? ) . Pas tu, theyall requested to go to the tiger enclosure. So, again, I have to walk around the Zoo to the tiger exhibit. Kebetulan lak supervisor dia ada kat situ and he gave the permission to enter the nightstall area.

So... the climax event was to get in touch with Dido yang kebetulan ada kat squeeze cage kat tetengah tu. Brother Dimas siap mendodoikan Si Dido dan dapat la mereka memegang rimau.. Aida ? well... dia hanya mencuit Dido .. ala...macam kita cucuk orang soh melatah tu... Tak puas ngan Dido, I brought them to the most fierce tigers , yang man-eater kat kuarantine rimau tu. Cisshhhh!! Menggunakan kuasa lak ! Dapat la depa kenal Sri Jaya, Awang Senyum Ubai, Meranto, Mek Jeli dan Mek Terapai yang ada kat sana, tunggu masa nak sergah depa.. Yang si harimau lak... macam tau-tau jer I wanna give the 'tourist' satu suasana yang takkan theyall lupakan sepanjang hayat depa... tetiba je si Mek Terapai sergah dan disambut lak ngan Sri Jaya. Apa lagi, sesemua depa berkumpul kat pintu sebab terkezut! Aida? Menangis.... sebab takut sangat! hahahaha... Brother Dimas? Well, dia bukan terkejut dek sergahan harimau tu... dia terkejut sebab dicengkam kuat oleh Aida yang ketakutan kat belakang dia!!.. hahahaha.... Kitorang bersurai at about 5.30 pm that day. Semua keletihan.....

Di sebelah malam lak, join gi makan ikan bakar kat Muara Sungai Duyong. That was my first time gi sana... sampai sesat! We went there dengan dua kereta, mine & Fahroe's. Almost 50 people including the kids yang joined. Nasib baik dapat green light dari my
"Big Boss". Dia tak dapat join sama sebab terpaksa bekerja. Kebetulan malam tu ada perasmian acara memancing kat boardwalk Zoo. Balik dari situ, lepak kat Coffee House kat EQ ngan Aida. Banyak citer nak di-share... dah lama gak tak jumpa Aida ni! Sampai rumah at 12.30 am, Najib dah tunggu kat pintu rumah... katanya sesambil dia nonton bolasepak, dia tunggu I balik. Masa tu anak-anak semua dah tido...

Well, in conclusion... seronok sangat bila dapat berkumpul sekali-sekala with the anserians. Biasanya I could not join them in their activities sebab susah nak dapat cuti... Lagipun theyall banyak kat area KL, so senang la buat gathering. Hope this is not the first and the last for them to invite me... InsyaAllah...kalau ada masa I will join you all.

To Aida, jangan serik untuk berkawan dengan I... I know you takut benda-benda yang I tak takut but... I do hope you will remember this event for the rest of your life. Kalau tidak, masakan my nickname and username
"rimaugirl5275"... Jangan serik untuk berkunjung ke Zoo Melaka lagi!

Till then, thank you, take care & cherio!