Friday, August 18, 2006

TIME OFF 19/8/06 TILL 31/8/06

Hi guys...
My family & I wont be around from 19/8/06 till 31/8/06 ni. Fuiyoo... tentu ramai yang berkata : " Lamanya Cuti! ". I need to spend time secara exclusive ngan family tercinta di samping beri peluang untuk my maid bercuti sebab adik dia kahwin.
So, sedikit pesanan penaja... kalau nak datang melawat Zoo Melaka pada sepanjang cuti sekolah tu... pandai-pandai la jaga diri. Sorry kalau tak dapek den nolong sebab den takdo kek situ.
Okay la... Selamat bercuti persekolahan semua! Have a great time with your family...

Till then, take care & Cherio!

p/s ;
Pada sesiapa yang masih dok marahkan diri ini, sekali lagi maaf dipinta. Ingatla.. " SedangkanNabi ampunkan umatnya " Jangan kerana bertanyakan sesuatu yang kita tidak jelas untuk penjelasan telah membuatkan kita terputus persaudaraan dalam Islam. Salahkah untuk aku bertanya?

Monday, August 14, 2006

Satu Gambar SERIBU Pengertian


Apakah yang dapat ditakrifkan apabila anda semua melihat gambar ini? Hmmmm.....

Thursday, August 10, 2006

SENYUM KAMBING

Inikah yang dikatakan " Senyum Kambing " ? Comel tak?
Actually this photo was posted to by from a friend at NRE ( Natural Resources & Environment Ministry ) . She happened to be my room mate during my Induction Course in INSTUN. Tak tau lah pulak dia amik kat mana anak kambing ni !

Baru satu malam kehidupan " tanpa suami " kat rumah.. have to manage the kids and also the maid. Walaupun tanpa suami selama 10 hari, he is still in my heart.. everyday... everynight... Cintaku hanya untuk nya... Ceh!! Jiwang la plak!

Bebudak ni kalau ada abah mereka... ikut cakap... tapi kalau dengan mama mereka... mula la merengek nak itu & ini. Yang paling tak tahan bila menangis.. memekak... Hishhhh!! tension!

Pagi ni, kerja as usual. The Veterinarian is not around for 2 days sebab kena standby kat Bandar Penawar. Elephant Team managed to take out a wild elephant to translocate somewhere, usually Tasik Kenyir. So, the Vet has to standby in case any injury occured during the translocation. Is is now a procedure when translocating an elephant. Nampak gaya Unit Gajah Kuala Gandah kena hire sorang Vet khusus untuk Projek tu.

Okay la... Till then, Cherio!



Wednesday, August 09, 2006

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan





Just got back dari Ajil & Negeri Terengganu untuk amik burung. Sambil menyelam minum air. Stayed at the K.T Beach Resort kat Kuala Terengganu. Not Bad for a RM 80 ( Deluxe Room / night ) . Duduk semalam je. Pagi , check out awal at 8 am sebab nak bershopping keropok kat Gerai 007 ( depan Masjid Terapung ). Dia nyer keropok memang ngam! sedap!
At 12.30 pm, sampai kat Kuala Berang. Had a short tour at Pusat Pemuliharaan Tuntung kat Kampung Dusun ( tak de Samseng Kg Dusun lagi....dah mati! ) .Pastu, gi visit lak Memorial BAtu Bersurat Terengganu which is just nearby the village. Had lunch at Sahabatku Restoran kat Kuala Berang town. Menu for lunch adalah Sotong ( besau giler! ) Bakar, Sayur tauge dan Ayam Masak Merah.Air? Ais Limau... Kitorang makan 4 orang... semua lebih kurang jer lauk hanya RM 28.00 campur air. Murah siot!
Cikgu Oh Siong Lai ( owner Taman Kuang Ajil ) balik dari ngajar at 1.30 pm. Dapat la tour sikit kat Taman tu. Banyak siot Burung Kuang dia! Dia tetaskan sendiri.... almost 1000 birds dia ada and spend almost RM2000.00 per month for the feed. Bayangkan kalau sekali tetas untuk satu spesis 40-60 biji telur. Itu baru satu spesis... kalau dia ada 50 spesis?? Hmmmm....
I went there untuk collect 1:1:0 Kuang Elliot ( Symmerticus ellioti ) and 1:0 Merak Putih ( Pavo spp ) .. dia donate kat Zoo sebab dah terlalu banyak kat tempat dia. Bertolak balik ke Melaka at about 3 pm and singgah beli buah Cempedak 6 biji... baru RM 15.00. Singgah makan kat Air Mawang Seafood kat Air Mawang, Negeri Sembilan at about 10 pm and sampai balik ke Zoo at 11.00 pm. Alhamdulillah... at last mission accomplished! Next Mission adalah ke Istana Kelantan on 15/8/06 and 16/8/06 untuk amik Beruang Matahari ( Helarctos malayanus ) bok balik Zoo. Banyak sungguh Beruang ni kat Zoo... almost 19 heads. Kalau boleh buat pet kat rumah kan best!
Well... for the next 10 days starting today, kena jadi mama yang serba boleh sebab my hubby kena gi Induksi Umum kat Lanchang, Pahang. Hmmm...
Okay la... nanti sambung lagi. Till then, take care & cherio!

Saturday, August 05, 2006

Gerrraammm!!

Apsal geram? I actually geram kat blogsite nih... dah 2 hari posting, sampai 5 hb Ogos tak ada publish lagik! Masa send tu, dah kata 100 % published. Eeeiii...geram tol!
Anyway, kerja today coz my duty week.Next week pon maybe kerja sebab minggu ke-3 nak cuti panjang ( 10 ) hari... dari 19/8/06 hingga 31/8/06. Peeerrgghh!! Lama giler! Cadang nak pi vacation cum 2nd honeymoon sebab my anniversary yang ke-6 on the 3rd September nanti.. Sama ada nak pi Penang ( Taman Negara Pantai Acheh ) or pi Langkawi.Tengoklah camner nanti.
Hari Isnin & Selasa ( 7-8/8 ) ni nak pi Taman Kuang Ajil, Terengganu ... nak pi amik burung kuang kat situ untuk Zoo. Then on 15-16/8 lak nak pi Istana Kelantan... nak amik Beruang kat situ.Fuiiiyoo!! Masuk Istana beb!!
Okay la.. Saja nak tampek sini sikit je...geram kalau dia tak publish lagi!

Till then, Take Care & Cherio!

Thursday, August 03, 2006

HUH??!!....

~ Right Lung of a Female Nyala ( Tragelapus angasii ) ~

Huh?? Apa tu?? Mesti semua tertanya-tanya apa ke benda gambar di atas. Well... Ini adalah salah satu jangkitan ke atas paru-paru haiwan yang di postmortem. Ini adalh contoh jangkitan kronik di mana paru-paru haiwan tersebut penuh dengan nodul-nodul mengandungi nanah. Pada mulanya kami menyangkakan nyala tersebut mati disebabkan dystocia ( kesukaran melahirkan anak )... but then , once opened, terkejut sekejap. Apa yang dapat dilihat di sini , haiwan tersebut tidak mempunyai ruang langsung untuk paru-paru mengembang dan bernafas. Bayangkan ... betapa seksanya hidup!

Jangkitan ini boleh diberi differential diagnosis of Tuberculosis OR Melioidosis which is zoonotic with human. Macam tu la rupa paru-paru manusia yang dijangkiti TB atau melioidosis.... cuma haiwan jarang kita nampak batuk atau mengadu sakit tekak etc macam manusia. Kita dapat diagnose pun dah tahap kritikal punya stage. Disebabkan I have to face all the circumstances.... I have to take banyak insurans nyawa. All together, I dah ada almost 6 insurans with 3 PA and 3 Life Insurans yang cover sesmua tu dan jumlahnya RM 1 Juta ringgit. Huishhh... kalau happened I meninggal disebabkan tu, kaya waris-waris I ( my hubby & anak-anak ). Kita merancang.... ALLAH yang tentukan. I also dah buat wasiat dengan ARB sebagai langkah awal. Tak rugi rasanya kalau kita buat wasiat... takder la berebut orang-orang yang akan ditinggalkan nanti. Semua dah ada hak masing-masing.

About an hour lepas buat postmortem nyala tu... rasanya dah terjangkit sebab terasa perit dan sakit pada tekak... walaupun dah amik precaution dan dah basuh tangan serta mandi dengan antibacterial soap. Tengoklah progress nya in one or two days lagi.

Well... enough story for today. Nanti sambung lagi.

p/s : To my friend Aida Yurani Mohd Ariffin - SORRY FOR EVERYTHING. Mana tau nanti kalau jadi apa-apa tak sempat lak nak minta maaf. Lepas dari dari kursus .. memang BLURR habis. Semua kerja I buat tak kena di mata orang. I tak bermaksud apa-apa.. just to clear off my curiousity... just to be friend with her. Tak terfikir lak ia akan jadi issue yang boleh meningkatkan kemarahan. Ampun dan Maaf dipinta.

Till then, TAKE CARE & Cherio!

Tuesday, August 01, 2006

Kenangan Di INSTUN 13-27 Julai 2006

~ Nasreen, Me, Rosnani & Fazlina ~

Gambar di atas adalah kenangan semasa berkunjung ke Pekan Tanjung Malim. It was just a small town and "was a dead town" untill Saturday comes.Every Saturday, the small town is busy with people, buying things and rations at the night market ( pasar malam daaa.... )
Masa gambar ni di ambil, my room mate, Nasreen belanja kitorang makan ice-cream. Well... thank you mate! Jadik muda la sekejap sebab depa ni semua ad
ik-adik lagi
( macam la tua sangat! )

Kat INSTUN ni, walaupun almost dok kat dalam hutan, really feel free..bebas dari tugas....bebas dari semuanya! Walaupun kengkadang tu takder air bila orang tingkat atas mandi.. Itu adalah lumrah jika dok hostel.Masa dok UPM dulu pun camtu.Anyway... " tuntut lah ilmu walau ke negeri China " itulah quote yang selalu aku ingat.Tapi... la ni nak pi China pun kena fikir banyak kali sebab banjir kat sana... taufan lagi...

Overall... I was among the first yang habis awal masa exam finale tu. Exam started at 10 am and I managed to finish at 10.30 am. Boring jugak bila habis awal....Tunggu punya tunggu...last2 ketua pengawas exam announce yang sesiapa yang habis dah boleh kuar dari dewan...Yak! Yak! Yea.... aku dah habis!! Soklan senang? Tak jugak...tapi alhamdulillah boleh jawab.Selalu doakan aku agar periksa ni aku lulus & aku dapat confirm kerja secepat mungkin...Ammmiiinnnn.....

Okay la.. nanti aku coret lagi.
Till then.. take care & Cherio!



Gambar Merapoh Lagi!!