Tuesday, October 30, 2007

Grand Dinner Zoo Melaka

Grand Dinner Zoo Melaka untuk staff Zoo Melaka di Mini Stadium Bistari Ayer Keroh pada 9.00 mlm. Jamuan ini telah dihadiri oleh YB KP PERHILITAN , En Abdul Rasid bin Samsudin & isteri.

I was incharge for registration staff & VIPs yang hadir pada malam tu. My co-partner adalah Mala Agai, collegue kat Klinik Zoo.

Malam tu kaya dengan hamper! For my hubby & me je bawa balik 8 hamper. Cabutan bertuah ... semua yang hadir akan cabut nombor cabutan bertuahnya sendiri.

Najib? Dia head of overall untuk event ni. Sibuk takyah cakap ler ... ke hulu, ke hilir denganwalkie-talkie dia. Yang slack hanya staff Zoo yang kuuurreenng sporting. At first diorang cadangkan ada sesi karaoke but 80 % yang hadir cabut balik selepas KP & isteri melangkah keluar dari majlis.

I was selected to receive " BEST PERFORMANCE WORKER OF THE YEAR 2007 " ... bangga , terkejut siot! Masa diorang announce my name, terkedu sekejap. Tak sangka, after 10 years of hardwork, baru dapat anugerah ni. Takder siapa tau calon-calonnya except CC & Bos. Malam tu baru announced. Event habis around 12.30 am. Letih tak yah cakap ler.

At 2.00 am kena kejut oleh pengawal keselamatan kat Zoo pulak. Have to accept burung-burung rampasan yang second trip. Last-last tido at about 3.30 am. Pepagi dah nak bangun lak untuk keja!

Okayla, have to stop for now sebab ada translocation of animals nak dilaksanakan. Nanti sambung!
Till then, take care & cherio!

Thursday, October 25, 2007

Penat oooiii......!

Just got back at 9 am this morning ... kena gi Kajang untuk bantu UKK HQ untuk amik haiwan-haiwan rampasan dia. Penat oooo .. satu malam tak tido. Dah la duk kat pintu belakang rumah orang kaya-kaya! Rasanya, itulah satu-satunya rumah orang kaya-kaya yang pernah aku jejak. Binatang rampasan je almost 1 million. Rumah dia je rasanya lebih sejuta RM.... Iskh!Iskh...bila la aku boleh duk rumah camni .... Orang gaji 3 orang, tukang kebun & jaga binatang 3 orang ... Owner ni Islam, bini dia Melayu Singapore.Tokey kilang buat airconditioning ... ada 2 bijik kilang kat Mesia & 1 kat Indonesia.

Bergerak ke sana lepas keja jam 5 ptg, sampai around 9 pm ... terus tangkap binatang-binatang tu. Rumah dah la takda escalator ke ... lif ke... nak pi mini zoo dia kena naik tangga ... penat siot! Mana ngan sangkar banyak giler... penuh muatan 1 buah lori 3 tan. Habis operasi tangkap-menangkap dah jam 4 pagi. Lapar takyah cakap ler... dah la rumah jauh dari kedai. Nak tido dalam keta, nyamok orang besar-besar punya la banyak ... ! Last-last, pejam mata je... tapi tak lena.

Balik , sampai Zoo Melaka jam 9 pagi ... minta permission bos utk masuk jam 2 petang. Nak tido laaa! Nasib baik bos faham! Lesu satu badan ...

Malam, ada Grand Dinner untuk Zoo Melaka kat Stadium Bistari Melaka. Dah la kena jaga pos pendaftaran ... ada yang tido ni! Pemakaian lak formal gila babas ... ayu giler malam ni ... Nanti la I masukkan gambar dinner!

Okay la ... stop sini dulu. Nak balik gosok baju. Malam ni memang macam makdatin habis!
Till then ... take care & cherio!

p/s,

1. To my fren Minah ... SABAR ... jangan tension! Kan sabar tu separuh daripada iman ...
2. To Syaf, hang ni menghilang kat mana? Nak contact pun taktau hang duk kat ceruk mana ...
Lupa kawan ke?
3. To Aida Yurani, be yourself .. pedulik kan apa orang nak kata kat kita.
4. To Linda Yahaya, aku balik dulu ada pi Carrefour tapi aku taktau lak rumah hang kat situ ...

Kepada sesiapa lagi yang kenal aku tapi tak mention nama ... Maaf Zahir & Batin ... Just be yourself!

Monday, October 22, 2007

Tumour Removal for Mek Bunga


~ Team Surgery Zoo Melaka ~

Selepas bercuti lama kat kampung, tiba lak masa untuk kerja. First day kerja hari ni .. balik dari Kulim hari Sabtu , arrived at about 9.30 pm. The maid beritau yang dia tak jadi kawen, so, dia minta permission nak stay kerja ngan kitorang. I gave her the condition ... asked her to change her attitude. She promised to change. Dia kata, mak dia pun suruh kerja ngan kitorang instead of kerja ngan orang lain. Ramai yang datang ke rumah dia nak minta dia kerja ngan diorang BUT the mother tak bagi. So ... selamat sikit sebab tak payah nak susah-susah cari bibik Indon.

Back to worklife, started kerja at usual time. Pagi ni lepas break around 11.30 am, tackle case maggot woound pada Unta. Maggot wound dia pada kedua-dua belah lubang telinga. Tranquilised and treated the wound. At about 3.00 pm lak, ada major case bagi staff clinic. Kitorang ada major tumour removal / surgery pada Mek Bunga ... a tiger. Ni kes boleh dikatakan barah payudara pada haiwan. tumour dia sebesar penumbuk seorang dewasa ... treated before but takdak positive improvement. So, the Vet decided to remove terus although the risks untuk blood loss is there. Kitorang gunakan Zoletil 100 untuk tranquilise.. the safest tranquiliser drug untuk surgery. Masa surgery, the Vet has hit the major vein and darah memancut bagaikan air... managed to stop the bleeding and remove the tumour.

Habis surgey at about 6.00 pm. Semua sakit belakang giler sebab terpaksa membongkok masa nak suture. Hope you guys enjoy the pics.

As for the Raya celebration kat kampung ... for me, biasa-biasa je. Kat Temerloh serupa, kat Kulim pun serupa. Tak rasa macam balik Raya pun ... rasa macam balik kampung macam biasa jer. Cuma kat Temerloh ramai sebab diorang biasanya buat tahlil masa hari raya. Kat Kulim takder buat menda coz, mama ngan abah tak sihat.

Okayla.. nanti I update lagi. Till then, take care & cherio !

Sunday, October 07, 2007

SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri 1428H

Waaa .... duk tak duk dah tinggal lagi 5 hari kita berpuasa. Minggu depan dah sambut Hari Raya ... hari kebesaran bagi kita umat Islam serata dunia.

Tahun ni kitorang akan celebrate Raya di Temerloh untuk hari Raya pertama hingga ke 3. Sehari before Raya kitorang dah balik sana dah. Raya ketiga InsyaAllah akan balik ke Kulim, Kedah. Kitoang akan stay kat sana till hari Ahad kut ... depending on the driver. Last couple of years, Najib dah sacrifice dan hanya balik ke Temerloh lepas raya. So, tahun ni I pula yang sacrifice ... kesian kat dia sebab dia masih ada family kat sana. Walaupun berat hati disebabkan kesihatan mama & abah yang kurang sihat, I sould proceed. Tak adil la..takkan dia nak ikut cakap kita aja kan?? Hmmm ... the masid also ikut sebab terpaksa. At first, kitorang suruh dia tumpang balik Baling ngan adik dia kat Mindef tu BUT, bila adik dia nak suruh dia tanggung semua dari duit TOL hingga ke minyak kereta dia, terus dia pun sacrifice sama. Adik dia yang tu dah pinjam duit dia hampir RM 1000 ... tu pun liat gila babi nak bayar. Kesian jugak kat my maid, kerja teruk2, adik-beradik dia duk kebas duit dia. Bukannya depa semua takdak kerja... semua bekerja tapi disebabkan maid ni lembut hati, so, diorang keep on kenakan dia. Memangla duit dia tapi kesian kat dia. Ni raya ke-4, ada orang kat situ nak mai risik dia ..... kalau jadi kawen, kitorang kenalah cari bibik untuk the kids.

Conclusionnya ... kitorang akan BERCUTI dari 12/10/07 hingga 21/10/07. Kalau ada news , just call my handphone ( for those yang tau my number ! Kalau taktau, cari la sampai dapat !) Kalau sesiapa yang duk area Kulim ke ... Aloq Setaq ke ... Penang ke ... kalau nak mai rumah, jemputla ... My address : No 13, Jalan Jelawat, Taman Maktab, 09000 Kulim, Kedah. Taman tu kat belakang SM Badlishah Kulim ( for those yang familiar !). Apa-apa pun, kalau nak mai, do give me a call first, takut kitorang takdak kat rumah.

Okayla ... till then, take care & Cherio!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ....
Maaf Zahir & Batin


Ikhlas dari :

Mohd Najib Othman

Jawahir Jaafar
Muhammad Amir Najwa
Muhammad Adib Najwa

Thursday, October 04, 2007

Jejak Kasih

Two days ago, I received an invitation from my llooooonnnngg lost friend cum my adopted sister at that time. She invited me through YM. Her name is Sharinawati bt Abdul Jalil. We went to St Nicholas Convent school, Alor Setar together although she was my junior. I accept the invitation. We lost contact masa I belajar di MRSM Beseri, Perlis. Pastu tak dengar khabar berita lagi dari dia.

Yesterday, I saw her YM was online and I buzz her to see whether that's the person or not. Yup! She answered and we chat. She is now a teacher .... living in Kodiang ... already married with 3 children ( Aiyakk! Dia dah potong aku daaaa...hahahahaha! ) . Her hubby also involved in teaching. Even her sister, Kasumawati ... also teaching in Penang. HUisshhh! Ni Keluarga Cikgu nih! Tak taula sama ada her parents are still living at Taman Datuk Kumbar lagi ke idak ...
( betul ke nama taman tu? Dah lama tak pi ke arah situ! ) . I tau her house sebab my sister pernah tinggal kat Taman Nuri at that time. Dia citer la kehidupan dia sekarang tapi tak dapat sembang lama sebab I kena hadir meeting at 2.30 pm.

Bila dah dapat jejak kasih ni, terimbau kembali kenangan zaman persekolahan dulu-dulu ... Actually I am famous & glamer at that particular time.... Cheeewah...Perasan lah pulak! Masa kat St Nicholas dulu, I ada 3 orang kakak angkat and 2 orang adik angkat. The angkat-angkat theme were actually diorang yang mulakan ... I ni pemalu punya orang at that time! I was a prefect aka pengawas yang garang at that time, seorang yang aktif sukan but now kena retire semua tu ... Sukan? Apa pun takdak ... tu gara-gara jatuh dari gajah at Pesta Air Nasional tahun 2000 kat Pantai Kundur. Now, only bergiat dalam sukan yang melibatkan anggota atas badan sahaja sebab kaki dah pernah retak. Back to the story, My kakak angkat who is still keep-in-touch is Dr. Homiazura Othman, now working at Klinik Kesihatan Masjid Tanah. The other 2? Hampeh .... tak dapat kesan walaupun kesan tapak kaki. Taktau diorang idup lagi ke idak! My adik angkat? Hmmm ... ni baru dapat jejak. Rasanya semua dah kawen kut! I bet Sharina mesti terkujat beruk bila tengok perubahan yang mendadak ... dulu slim ... sekarang kena badi gajah ... badan pun besar macam gajah ... hahahahaha!!!!

Okayla .... pergi gathering dulu, jumpa lak anak Penolong Pengetua SRK St.Nicholas Convent ( at that time ) . Dapat tahu yang Puan Hajah Wok Khatijah now suffering with Barah Payudara. and now ongoing chemotherapy. Kesian dia! Dulu Puan Hajah Wok ni seorang yang betul-betul garang .... semua murid takut kat dia! Saya doakan agar Puan Hajah Wok tabah hadapi semua dugaan. Amiiinnn ....

Okay la...dah panjang lebar ni. Stop kat sini dulu.

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1428H

Till then, Take Care & Cherio!