Wednesday, August 31, 2005
Tuesday, August 30, 2005
Dah masuk hari kedua since semalam aku ada meeting dengan Bos aku..sebab? Dr Vet aku cuti 2 hari & on the 1st ada lak meeting dengan TKP PERHILITAN...dia ni cerewet sikit. Hari ni gak ada shooting Nicky dengan TV3 dan bapak angkat dia ( The STAR ) nak mai lawat at 10 am...uihs...sibuks giler!
Semalam tak tulis blog sebab sibuk kena buat paperwork nak present today. Baru habis brain-storming tadi...hari Rabu nanti kena attend 2nd round lak of that meeting ngan Bos.
At about 11.45 am tadi..ada sesi bergambar Nicky ngan parents angkat dia. Puas nak melayan karenah dia. letih pun ada gak. Nasib baik la TV3 postpone ke 12 & 13 hb September nanti. Glamer bagi nicky tapi PENAT...bagi yang menjaganya.
Petang, ada rawatan lagi...hmmm...ni nak pi lunch lak..jumpa lagi..
Sunday, August 28, 2005
Thursday, August 25, 2005
Wednesday, August 24, 2005
Tuesday, August 23, 2005
Monday, August 22, 2005
Sunday, August 14, 2005
Saturday, August 13, 2005
Friday, August 12, 2005
Thursday, August 11, 2005
Wednesday, August 10, 2005
Tuesday, August 09, 2005
Monday, August 08, 2005
Greetings to all..
Pagi ni takdak apa yang menarik untuk diceritakan. Waktu break pagi tadi, went to the banks...settle all my bills and then have to queue up at Bank Rakyat. Punya la ramai manusia kat Bank Rakyat tu...mmm..semua orang sibuk nak mengadu kat bank ..as for me..OT lak lewat giler nak dapat..iskh..iskh..
Kat sebelah is me & DODI the 5 year old Orang Utan ( Pongo pygmaeus abelii ; Sumatran Orang Utan ) . Dia ni adalah serahan orang awam ( seorang nelayan ) kat PERHILITAN...dijumpai hendak diseludup ke Malaysia ...dalam tongkang nelayan lak tu! Kesian...
Hari ni juga aku dah beli Tudung Kepala Jenis Bawal1 warna hijau pucuk pisang yang dah lama , berharga RM 38.00 untuk function Skim Anak Angkat nanti. Baju lak siap dijahit pada 12/8/05, sehari sebelum event tu...Hopefully semua berjalan lancar dan takdak case pada hari tu ..or else, terpaksa aku kejar binatang tu dengan memakai pakaian baju kurung tersebut. Tak dapek den bayangkan....hahaaha..
Petang nanti nak tackle case buaya tembaga yang dah ditulis pada 3 hari lepas ( rasa-rasanya ler... ).Nothing much, just follow-up treatment.
Okla..berhenti kat sini dulu. Lain kali tempek lagi!..
Sunday, August 07, 2005
Good Morning All......
Apa nak tulis hari ni haaa? Sebelum terlupa, aku catitkan kat sini cara-cara nak buat Ikan Patin Pekasam style orang Pahang...ada orang Pahang kat sini?
IKAN PATIN PEKASAM ( Style orang Pahang )
1 ekor ikan Patin Sungai ( lebih kurang 1 kg berat )
2 bungkus asam keping ( RM singgit sebungkus )
Garam secukup rasa ( Garam kasor lagi bagus )
Kunyit serbuk ( sebagai penambah warna )
Bekas aiskrim besar utk perapkan ikan
Cara-caranya:
Siang ikan patin tu, buang perut dan basuh ngan air asam jawa utk hilangkan hanyir. Then, potong dlm saiz 1 inci tebal. Gaul ngan garam ( agak-agak ler...), kunyit serbuk dan juga asam keping.Gaul hingga sebati...Pastu,perap dia.Dalam masa sehari-semalam dalam fridge dah boleh digoreng untuk juadah.Mmmm...sedappp!
Dah pukul 10.08 pagi...apa lagi nak tulis haa...?
Kes hari ni? Well, hari ni just kes Nilghai jantan tempang..alaaa..beri dia satu dos Dexamethasone 2 % shot gerenti hilang ketempangan tu.
Lupa lak nak kenalkan, gambar anak gajah tu ....nama dia RIO baru berusia 2 tahun.Anak gajah ni minum susu CMR ( Calf Milk Replacer ) kuat campur ngan roti High 5 besar ( 630 gm ) . La ni dah start amik solid food / fruits.
Well, take care & bye..
Saturday, August 06, 2005
Selamat Pagi
Pagi ni , malas rasanya untuk bangun.Suamiku demam semalaman, badan panas sehingga mencecah 38.7 darjah Celsius.Alhamdulillah...pagi ni beliau beransur kebah.
Selepas balik dari kerja, aku dapati kedua-dua hero ku belum tidur...masa tu jam telah hampir pukul 12 malam.Iskh..iskh..Aku terus ke dapur, teringatkan ubi keledek yang telah aku rebus sebelum ke tempat kerja tadi. Aku pun memulakan operasi membuat "Kuih Belotok" ( panggilan orang utara )..nak tau resepinya? Haaa...rujuk kat bawah:
Kuih Belotok ( utk 30 ketul )
5 ketul Ubi Keledek manis ( direbus bersama sedikit air + garam
Garam
Gula
Tepung Gandum
Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:
1. Ubi keledek yang telah direbus tadi dilenyek dan dihancurkan.Tambahkan sedikit garam
sebagai perasa
2. Tepung digaulkan bersama sehingga agak sebati dan sesuai untuk goreng
3. Ambil dalam 15 gm adunan tersebut , uli dan masukkan gula ( secukup rasa ) sebagai inti,
buatkan bentuk selinder dan letakkan di atas tepung taburan di loyang supaya tidak melekit.
4. Adunan siap untuk digoreng. Resepi ini boleh dipelbagaikan inti dan boleh juga diletakkan
sardin, kelapa atau apa-apa sahaja yang sesuai sebagai inti.
Sedetik sebelum aku melangkah untuk ke pejabat, hujan turun selebat-lebat nya...iskh..iskh...hujan lagi! Tido pun sodap.....mmmmm...
Lupa lak nak kenalkan, gambar kat atas adalah seekor anak Harimau Belang ( Indochinese Tiger : Panthera tigris corbetti ) berusia 9 bulan pada 3/8/2005 lalu. Anak harimau ni namanya PACIN . Dia telah ku besarkan semenjak usia 2 minggu kerana induknya adalah 'first time mother' yang enggan untuk memelihara anaknya. Pacin, Gee Gee & Hetty telah dibesarkan dengan susu kambing. Pada usia 4 bulan, telah diperkenalkan dengan makanan solid ( susukambing + whiskas chunks ) sehingga usia 7 bulan . Kemudiannya di beri makan seekor ayam yang siap diproses.
Well, enough for today. Esok bagi resepi untuk ikan pekasam patin style orang Pahang lak...haha..
Friday, August 05, 2005
Good Day Semua...
Remember yesterday I told you about the treatments to those Estuarine Crocodile and the Lemur? Well gambor-gambor tersebut adalah haiwan yang the maksudkan... Amacam??? Thrill tak kerja macam aku?
Tetapi...berita yang amat menyedihkan ialah, the black & White Ruffed Lemur jantan di atas telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada awal pagi ini...5 Ogos 2005. Hasil postmortemnya ialah haiwan tersebut telah dijangkiti bacteria di bahagian URTI ( Upper Respiratory Tract ) dan pendarahan di bahagian peritoneum...Iskh..iskh...kesian sungguh...Ini mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu dan juga kami mensyaki pelawat telah memberinya makan sesuatu yang tidak sepatutnya kerana haiwan ini amat jinak dan mudah didekati pelawat...
Hari ni jadualku penuh dengan agenda mesyuarat itu dan mesyuarat ini...dari pagi sampai ke petang penuh dengan meeting...Pening...pening...
Pada 13/8/2005 jam 11.00 pagi akan dilangsungkan "Upacara Penyampaian Cek Skim Anak Angkat Zoo Melaka " di mana majlis ini akan dihadiri dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Macam-macam persiapan kena dilakukan kerana dipenuhi oleh protokol. Agenda yang paling disukai ialah...Jamuan Makan...HHmmmm.....
Sekarang sudah jam 8.15 malam..aku dijadualkan bertugas sebagai Officer incharge Klinik Haiwan Zoo sepanjang minggu ini sehingga ke minggu hadapan...Boring...!!
Okayla..terpaksa masuk ke field sekarang....Lain kali kita berceloteh lagi...
Thursday, August 04, 2005
Salamz....
Apa nak tulis hari ni yek? Sebenarnya tak de apa happening in the morning...just rawatan for sudden onset Black & White Ruffed Lemur ( Variecia variegata variegata ) jantan. Apa lagi..team klinik bertungkus lumus mengubatkan haiwan tu..beri dia suntikan dan juga oral Amoycillin ( antibiotik ) ....susah jugak nak bukak mulut dia ni. Body temperature? Demam sikit je...38.0 darjah Celsius...tapi dia punya flat...macam dah lima hari tak makan...
Aktiviti petang ni?
Petang ni, team klinik akan membuat rawatan dan membuka balutan pada Buaya Tembaga ( Crocodylus porosus ) betina dari Sg Petiti, Terengganu. Haiwan ni luka slashed kat kaki kanan belakang disebabkan cagemate fighting....Every 3 hari kitorang kena tangkap, cuci luka, balut dan juga suap dia makan daging ayam 4 atau 5 ketul.
Hari juga I received a compiled story books from Reader's Digest...in order to be a quarter millionaire..hahaha...lagi nak perasan! Cceettt....nak kena baca le gamaknya..persoalan sekarang........ada ke kesempatan nak baca buku tu?? Tunngggguuuu......
Oh ya...kat atas tu adalah gambar masa "Wedding Ceremony" pada tanggal 3 Sept 2000 ( dah nak masuk 5 tahun pun tahun ni...) Pada sesiapa yang tak berpeluang nak gi hari tu...tatap lah sepuas-puasnya... Hasil dari ceremony tersebut : refer gambar yang kat sudut kanan tu....hehehe....
Hensem tak???
1. Muhammad Adib Najwa bin Mohd Najib ( kiri ) - 2 tahun
2. Muhammad Amir Najwa bin Mohd Najib ( kanan ) - 4 tahun
Woraitt,
Wa chow dulu..nanti conteng lagi...
Take Care & Bye.
Wednesday, August 03, 2005
Pada hari ini. 3/8/2005..jam 7.45 pagi, Negeri Melaka amat mendung dan disertai rintik2 gerimis hujan membasahi buminya...cett...berpuitis lak aku pagi ni...
Terasa amat malasnya nak mulakan kerja di hari hujan sebegini. MMmmm nak tackle cases kat field pun terasa tteeerrrrsangaaattlah malasnyaaaaa. Nasib baik la hari ni tiada kes yang memerlukan perhatian lebih dari Klinik Veterinar Zoo...cuma saki-baki ubat dan antibiotik yang perlu dihabiskan dosagenya kepada beberapa ekor harimau belang dan harimau kumbang yang sakit.
Tengahari ini , aku akan kuar jap gi tempah baju ( batik hijau pucuk pisang ...sutera dari Kelantan...) yang disponsor khas oleh Zoo kepada para pegawainya.Hmmm..sudah terasa betapa peliknya untuk ku memakai pakaian batik ( diwajibkan baju kurung atau kebaya ) untuk datang bekerja.Untuk makluman korang sume..ada event "Penyampaian Cek Skim Anak Angkat Zoo Melaka " pada 13.8.2005 nanti di amphitheatrette Zoo...Pada hari tu, semua pegawai diWAJIBKAN memakai pakaian batik tersebut..Tak dapat ku bayangkan terpaksa tackle case emergency dengan memakai baju kurung!! mmmm
Semalam, anak sulung aku, Muhammad Amir Najwa demam panas sehingga mencecah suhu badan 39.6 darjah Celcius...Sebelum ini, anak aku yang kedua, Muhammad Adib Najwa dah demam dan diikuti dengan diriku...nasib baik la maid aku tak kena jugak...kalau tak..naya aku..siapa nak jaga anak2 bila aku kerja?? Nasib baik le cara penjagaan budak demam aku dah belajar masa St John Ambulance kat MRSM Ps dulu...alhamdulillah aku dapat tangani problem tu..hehehe
Ok dulu for now...take care..nanti post lagi bila2 rajin nak menaip...
Mungkin not everybody knows about this zoo...and mungkin jugak yang dah bertahun lamanya tidak menjejak kan kaki ke tanah Melaka ( like my bestfriend..Aida at channel11 point 5 )
Well..sudah 8 tahun lamanya aku bekerja di sini, bermula dari Julai 1997...dari zaman anak dara sehingga lah bertemu jodoh dengan salah seorang kakitangan di sini.Sehingga sekarang, aku bahagia bersama keluarga...suami dan 2 orang hero ku yang lasak ( seperti mama nya ).
Tugas ku??
Aku bertugas sebagai Penolong Pegawai Veterinar Gred G27 Jabatan PERHILITAN, mula memasuki jawatan tetap pada 16.9.2004 dan dipostingkan ke Zoo Melaka. Berdasarkan pengalaman yang sedia ada, aku bertugas dengan penuh dedikasi ( bukan daddy kasi..hehe ) dan bertugas bersama-sama seorang Pegawai Veterinar dan seorang lagi Penolongnya , menerajui Klinik Haiwan Zoo Melaka.
Bagaimana hendak ke Zoo Melaka?
Hmmmm....sesiapa yang hendak ke Zoo Melaka bolehla menggunakan lebuhraya utara-selatan dan kuar melalui exit Ayer Keroh...Zoo ini terletak lebih kurang 5 minit perjalanan dari tol ( kalau pandu kereta dengan kelajuan 80 km/j )
Kalau naik bas, tanya driver dia akan ikut lebuhraya atau Alor Gajah...kalau ikut Alor Gajah, perjalanan itu TIDAK menempuh Zoo Melaka. You guys kena amik bas ke Ayer Keroh.
Tiket??
Dewasa : RM 7.00 ( Zoo Siang ) Kanak-kanak : RM 4.00 ( Zoo Siang )
( Tram kena bayar )
RM 10.00 ( Zoo Malam ) RM 5.00 ( Zoo Malam )
( Tram FREE )
Waktu lawatan??
Zoo Siang : 9.00 pagi hingga 6.00 petang ( Sabtu / Ahad/ Kelepasan Am/ Cuti Sekolah )
9.00 pagi hingga 5.30 petang ( Hari biasa )
Zoo Malam : 8.00 malam hingga 11.30 malam ( Jumaat/ Sabtu/ Ahad / eve of kelepasan am )
( Kalau taknak ramai orang, datang ler hari Jumaat malam atau Ahad malam
sebab Sabtu malam ...masyaAllah...ramai orang !! )
Kemudahan-kemudahan ??
1. Tram rides 2. Sewaan Kerusi Roda ( for disabled person )
3. A & W Kiosk 4. Kedai Makan
5. Sewaan box simpan helmet 6. Surau & toilets ( of course la... )
Okayla..that's all for now.
Take Care...