Saturday, August 06, 2005


Selamat Pagi
Pagi ni , malas rasanya untuk bangun.Suamiku demam semalaman, badan panas sehingga mencecah 38.7 darjah Celsius.Alhamdulillah...pagi ni beliau beransur kebah.
Selepas balik dari kerja, aku dapati kedua-dua hero ku belum tidur...masa tu jam telah hampir pukul 12 malam.Iskh..iskh..Aku terus ke dapur, teringatkan ubi keledek yang telah aku rebus sebelum ke tempat kerja tadi. Aku pun memulakan operasi membuat "Kuih Belotok" ( panggilan orang utara )..nak tau resepinya? Haaa...rujuk kat bawah:

Kuih Belotok ( utk 30 ketul )

5 ketul Ubi Keledek manis ( direbus bersama sedikit air + garam
Garam
Gula
Tepung Gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:

1. Ubi keledek yang telah direbus tadi dilenyek dan dihancurkan.Tambahkan sedikit garam
sebagai perasa
2. Tepung digaulkan bersama sehingga agak sebati dan sesuai untuk goreng
3. Ambil dalam 15 gm adunan tersebut , uli dan masukkan gula ( secukup rasa ) sebagai inti,
buatkan bentuk selinder dan letakkan di atas tepung taburan di loyang supaya tidak melekit.
4. Adunan siap untuk digoreng. Resepi ini boleh dipelbagaikan inti dan boleh juga diletakkan
sardin, kelapa atau apa-apa sahaja yang sesuai sebagai inti.

Sedetik sebelum aku melangkah untuk ke pejabat, hujan turun selebat-lebat nya...iskh..iskh...hujan lagi! Tido pun sodap.....mmmmm...
Lupa lak nak kenalkan, gambar kat atas adalah seekor anak Harimau Belang ( Indochinese Tiger : Panthera tigris corbetti ) berusia 9 bulan pada 3/8/2005 lalu. Anak harimau ni namanya PACIN . Dia telah ku besarkan semenjak usia 2 minggu kerana induknya adalah 'first time mother' yang enggan untuk memelihara anaknya. Pacin, Gee Gee & Hetty telah dibesarkan dengan susu kambing. Pada usia 4 bulan, telah diperkenalkan dengan makanan solid ( susukambing + whiskas chunks ) sehingga usia 7 bulan . Kemudiannya di beri makan seekor ayam yang siap diproses.
Well, enough for today. Esok bagi resepi untuk ikan pekasam patin style orang Pahang lak...haha..

No comments: