Sunday, December 04, 2005

7 PERKARA LELAKI PERLU FAHAM TENTANG WANITA


Lagi interesting topic kan? Well... bagi lelaki-lelaki di luar sana, baca lah supaya kamu lebih memahami apa yang berlaku kepada teman wanita kamu ...
This great article I found in Eh! Magazine dated about a year ago ( Dis 2004 ). Tengah dok mengemas Klinik, happened to came across this magazine.. interesting to share with all of you... Here goes:

1. " Mengapa wanita suka bergayut di telefon berjam-jam lamanya?"
Men and women have completely opposite ways of approaching the telephone. Satu kajian menunjukkan, lelaki lebih suka & selesa membuat panggilan telefon dengan kerap ( pemanggil produktif ) tetapi mengawal perbualan dgn penjimatan kata-kata kerana lelaki beranggapan dengan cara begitu lebih berkesan bila memancing cinta. Wanita pula memiliki cakupan topik yang lebih luas. Segala macam perkara yang akan dibualkan oleh wanita bermula daripada sebesar-besar isu hingga sekecil-kecil isu.

2. " Mengapa wanita suka bergossip? "

Tidak semua wanita suka bergossip sebenarnya.. selebihnya wanita pasti akan menjawab "Saya punya sebab untuk bercakap kerana saya perlu tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling saya " Ingat... wanita sememangnya dibekalkan dengan naluri suka mengorek rahsia, suka menggali sesuatu yang tersembunyi daripada cukup sekadar berpuashati dengan mendengar kenyataan orang sahaja.

3. " Mengapa wanita selalu berleter? "

Wanita berleter kerana itu adalah mediumnya untuk melampiaskan sepenuh perasaan kepada lelaki. Malah ada yang mengakui mereka terpaksa berleter kerana itu sahaja cara untuk memecahkan tembok ego lelaki
yang enggan menerima nasihat, enggan meminta pendapat malah enggan mengakui kesalahan sendiri!

4. " Mengapa pasangan saya cemburukan kawan wanita saya "

Selain cemburu, sikap dan kepercayaan wanita terhadap pasangannya juga menjadi persoalan. Jealousy
adalah manifestasi tidak sengaja yang tercetus daripada rasa kasih dan sayang seorang wanita terhadap
pasangannya. Kerana tidak percayakan lelaki, dan kerana fikirannya selalu memikirkan tentang masa si lelaki yang 'dicuri' oleh kawan-kawan wanitanya di pejabat, maka kerana itulah cemburu terbenih. Daripada itulah timbul sikap " she wants to control you ! "

5. " Mengapa isteri saya menelefon memberitahu anak demam kala saya keluar minum dengan rakan-rakan? "

Memang adat wanita jengkel dan tidak senang duduk jika suaminya keluar minum ( walaupun minum teh tarik!) dengan rakan-rakan pada waktu malam. Ini kerana wanita lah yang tersekat dan terkedang dengan
anak-anak di rumah, menjaga anak yang berteriak dan menangis. Wanita sebenarnya menghantar isyarat
" Jangan tinggalkan Saya ". Jadi, kepada suami-suami di luar sana... apa kata peruntukkan sedikit masa
untuk membawa isteri dan anak-anak keluar makan sekali-sekala.

6. " Mengapa wanita kuat berbelanja "

Tidak seperti lelaki , wanita memerlukan 10 pasang kasut yang disesuaikan dengan aktiviti sosialnya...dan
wanita juga memerlukan 10 helai bra yang disesuaikan dengan pantiesnya! ... Namun, lelaki harus ingat...wanita adalah pemegang kunci perbelanjaan dapur dan wanita juga orangnya dalam menata masa depan rumahtangga .. daripada pemilihan langsir hinggalah kepada pasu bunga!

7. " Mengapa pasangan saya tidak berapa rapat dengan famili saya terutama emak saya "

Tidak ada ibu mertua yang tidak gembira menerima menantu. Namun, apabila terjadi kepada seorang wanita yang perlu menerima kehadiran seorang wanita dalam hidup anak lelakinya, maka fasa pertukaran kasih sayang pasti akan berlaku. Di sini lah first exchange yang unik berlaku. Perasaan khuatir atau takut dilihat sebagai perampas takhta atau controller baru adalah perkara lazim kepada seorang menantu wanita. Jadi, jangan hairan lah jika dia takut-takut untuk mendekati si ibu mertua!

Well guys...fahami wanita di sisi anda semua. Semoga hubungan kalian akan berkekalan....

Take Care & Cherio!

2 comments:

Mrs O said...

amboiii bukan main lagi ko heheh!!
anyway aku tak setuju pasal pembelian langsir dan 10 pasang kasut....heheh...lebih baik pegi travel anak beranak

Anonymous said...

eyyy #4,5,6 x ghajin buat aa.. hehehe.. wutever it is, baik+buruk masing2 kena terima.. that's wut being a couple's all about.. hehe like Minah said.. baik jln2 carik makan.. :)