Dracula ke?? Heh .. heh ... Nak buat amal jariah sedikit. Buat apa darah bebanyak dalam badan, lebih baik kita donate sedikit kepada yang memerlukan. Well .... I am a regular donor ever since kat Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dulu. Masuk yang ini, dah lebih 23 kali I donated my blood. Cuma gapped sikit bila preggy. But now, since dah gugur, lebih baik I teruskan niat nak buat amal ni. Lagipun my blood group adalah O positif.
Actually, derma darah ni bagus untuk kesihatan. Ia akan bina sel darah merah yang baru untuk badan kita. Cuma yang dikesalkan, tak ramai yang sanggup mendermakan darah mereka kat Malaysia ni. Macam dalam iklan kat radio tu .... pelbagai alasan diberikan ... sibuk la... takut darah la ... macam-macam lagi. Especially LELAKI, kalau nak tau, kaum ini lah yang paling kedekut dan paling penakut nak derma darah mereka. Berani untuk benda lain tapi kalau nak buat amal jariah , paling hampeh .... even though berat badan mereka dah nak dekat satu tan, mereka sanggup untuk boroi seumur hidup dek kumpulkan sel-sel darah mati bercampur lemak kat perut mereka tu. Kaum wanita ni, kalau tak derma darah mereka pun tak apa sebab mereka dah mengeluarkan darah kotor mereka setiap bulan .... kaum lelaki nak keluarkan darah kot mana? Tu yang terjadinya BOROI !
Kepada sesiapa yang belum tahu, mereka yang mempunyai berat badan melebihi 50 kg adalah dialu-alukan untuk menderma darah. Banyak yang diperlukan di hospital kerana kadar kemalangan adalah tinggi sekarang di Malaysia. Kalau ada yang kata derma darah buat dia gemuk ... itu pandangan yang salah ... sebenarnya derma darah ni membuatkan kita maintain berat badan kita. Penyakit pun susah nak hinggap kat kita sebab sel darah kita sentiasa bertukar baru setiap 3 bulan.
Okaylah, nak prepare myself untuk derma darah ni. Tadi baru habis rawatan haiwan kat dalam kawasan. Petang nanti pun ada satu kes lagi. Pegawai Veterinar kena outstation tengahari ni, so, kenalah standby untuk petang nanti. Lepas tu baru nak pi derma.
Till then, take care & cherio!
No comments:
Post a Comment