Thursday, May 31, 2007

AARRRGGGHH ... MESIN BASUH KU ROSAK !!


AARRRGGHHH .... Hanya itu yang dapat ku luahkan . Bayangkan betapa tensionnya bila mesin basuh yang dah berkhidmat selama lebih kurang 7 tahun itu rosak. Yang lebih tension ... mekanik dari LG Services tu sendiri tak tau apa yang rosak. Sebelum dia datang ke rumah, mesin basuh tu boleh gak wash dan spin .. tapi bila mekanik tu check, langsung tak jalan semuanya. Sat dia kata motor rosak, sat dia kata motherboard computer tu rosak ... hmmm... berapa la aku kena bayar nanti ? For sure, service charge dia mai ke rumah pun dah RM 75.00. Washing machine aku tu adalah first model LG full computerized Fuzzy logic 6.0 kg. Nampak gayanya aku akan menjadi pengguna setia mesin basuh kat Klinik aku yang 10.5 kg tu. Hehehehe ......Jangan marah BOS ! Aku taktau bila nak ok mesin tu sebab kata mekaniknya, semua barang kena order sebab model aku tu fully imported dari Korea sebab tu spare parts dia kena order.... first model la katakan!


Kewangan untuk bulan lepas dan dah nak masuk Jun 2007 amat tidak memberangsangkan ... dah la OT lambat dapatnya ... pas tu masa sekarang la nak rosak itu ini. Nasib baik la kereta aku tak buat perangai dan aku doakan takkan jadi camtu sampai la kenaikan gaji bulan Julai nanti..Wuuuhhuuu ... naik gaji ..yea! yea! Setelah di kira-kira, gaji aku akan naik RM 440.80 TAPI... bila tolak hutang itu-ini, tinggal je berapa sen ... hmmmm .....


Ok la..cukup merepek kali ni. Tengah tension giler ! Mesin basuh pun dah berenti.Wa balik dulu. Nanti bebila free, aku tulis lagi.


Till then ... Take Care & Cherio!

4 comments:

Channel 11.5 said...

merasa gak kau naik gaji. aku ni belum naik2 lagi. bulan 10 br ada appraisal. lama lagi tu. dato f naik gaji tak reti2 gak masuk meminang, hampeh betul. hehehe, ngamuk dia aku kutuk. spend wisely my friend!

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Hahahahaha....Dato F tu tunggu ko naik gaji dulu kot sebab boleh share belanja...Hmmm...ni dia balik bincang kot! Sabar-sabarla my friend!

Anonymous said...

kalau spare part mahal sangat baik beli baru jer la wahir hehhehe... gaji dah naik tu.

fayrahim said...

Baru baru ni mesin basuh saya pun rosak. Tapi you consider bertuah jugak ada besin basuh alternatif.

Nak tak nak kena gak kuarkan RM700 utk mesin basuk baru. That life kan!

fay
anakcina.wordpress.com