Friday, September 28, 2007



Semalam, 27/9/07 ( Khamis ), 2 pasang Orang Utan Borneo ( Pongo pygmaeus wurmbii ) telah dihantar ke KLIA Animal Hotel ... dalam perjalanan pulang ke Jakarta, Indonesia . Penghantaran pulang orang-orang utan ini adalah sekadar memenuhi protokol CITES. Malaysia adalah ahli CITES ( Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora ) sejak tahun 1978 lagi. Ujian DNA menyeluruh telah dibuat oleh PERHILITAN dan 4 ekor haiwan tersebut tidak dapat dipastikan sumber perolehannya ke negara ini. Oleh yang demikian, protokol CITES ialah, setiap haiwan yang tidak dapat ditentusahkan sumber perolehannya ke sesebuah negara mestilah dihantar pulang ke negara asalnya oleh pemiliknya.

Orang Utan tersebut diberi nama Dodi ( Jantan ) , Linda ( Betina ) , Mamat ( Jantan ) dan Minah ( Betina ). Umur keempat-empat mereka adalah di antara 5-7 tahun. Mereka akan berlepas dari KLIA ke Jakarta denagn pesawat MAS MH 711 pada 28/9/07 jam 4 petang.

Sayang sekali .... kerana Dodi dan Linda adalah Orang Utan untuk aktiviti Free-ranging di Zoo Melaka. Unit Persembahan Zoo Melaka dalam proses untuk melatih 3 ekor lagi anak Orang Utan yang terdapat di Zoo ini untuk aktiviti tersebut.

Semalam, team kami berbuka puasa di sebuah warung di LBJ , Negeri Sembilan. Okay jugak makanan yang di order dan untuk 8 orang makan harganya baru RM 60. Menu yang terlibat adalah 2 mangkuk sup Tulang ( boleh dikategorikan sedap ), 1 mangkuk tomyam campur, 3 pinggan nasi putih, 2 biji telur dadar, telur bungkus untuk 2 orang, 3 pinggan nasi goreng kampung cili padi dan 2 pinggan nasi goreng cina. Air lak, air buah ada 6 gelas, nescafe tarik 1 gelas, nescafe O ais 1 gelas dan ais kosong ada 6 gelas. Nasi goreng cina dia sedap tapi ada segenggam cili padi potong. Belasah jer ....

Okay la... nanti tulis lagi. Till then, take care & bye!

4 comments:

Slinky said...

Sedihnya nama orang Utan tuh... sapa yg bagi nama tuh?.. sungguh kurengggg.. hehehhe...
Wahir.. hang sihat ker?.. cemana maid?.. dah bg keputusan?

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Sori la...lupa lak aku ada kawan nama linda...hehehehe...

Aku sihat.Hang? TUkar keta apa lak kali ni?

Maid aku? raya ni baru dia bagi keputusan jadi kawen atau dak.kalau jadi sebulan pastu aku kena amik mbak ler..

wickedwarhol said...

I'm Sharina's significant other and she was teliing me about you. Nice blog anyway - very interesting.

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Thanx