Showing posts with label Birthday wish. Show all posts
Showing posts with label Birthday wish. Show all posts

Thursday, February 05, 2009

Turning 34 TODAY... HAPPY BIRTHDAY to ME!


Diam tak dia, umur aku dah naik setakuk, dah jadi 34 hari ni. Ya ..... Happy Birthday to ME! Alhamdulillah, umur aku panjang lagi & dapat melihat anak-anak aku membesar. Yang sedihnya hari ni, aku menyambut ulangtahun tanpa suami tersayang disisi. Najib tak dapat balik minggu ni sebab ada kerja luar. Sepanjang 7 tahun hidup bersama, Najib tak pernah takder masa hari lahir aku. Masuk tahun ke-8 pulak dia tak dapat balik. Kerja luar? Dah bos dia suruh, nak buat camner ... untuk cari rezeki kami sekeluarga. Jangan dok pi menggatal ... sudah! Sendiri mau ingat laa ..... ! Anak-anak kat rumah masih perlukan seorang ayah di sisi & aku juga perlukan seorang suami di sisi untuk menyokong kehidupan aku1 Untuk suamiku ... Mohd Najib bin Othman, THANK YOU for being a GOOD father to the kids & a responsible husband to me.
I
LOVE YOU
always!

Menempuh usia 34 tahun ini, banyak betul dugaan dan cabaran yang kena aku hadapi .... kena jadi driver setia for the kids, fetch them after school & also send them to school. Lagi, kena menanggung jawatan seorang DR. VET although I'm not qualify for that job ( aku ni hanya Asst Vet jer! ). Badan pun dah sakit-sakit sebab lack of rest. My asthma dah menyerang aku setiap malam. Dulu , just cukup dengan Ventolin 4 mg sekali sehari bila perlu BUT now, kena Ventolin 4 mg setiap malam plus inhaler lagik before tido. Kalau tak, memang tak dapat nak tido sebab asyik batuk jer! Sakit pinggang? Tak payah nak cakap ler ... physically orang akan nampak aku ni macam sihat wal'afiat, dengan bentuk badan yang besar TAPI SEBENARNYA, aku sedaya upaya melawan sakit aku tu! Setiap malam aku berdoa ke hadrat Ilahi supaya berikan aku kekuatan untuk melawan penyakit tu, dengan keadaan aku sekarang ... Aku masih punyai anak-anak yang masih kecil dan perlukan aku di sisi mereka kerana abah mereka berjauhan dengan mereka. Memang betul, kengkadang mereka terkena tempias marah aku sebab terlalu penat, dan mereka buat perangai ... tapi hakikatnya ... mereka ni anak-anak aku, darah daging aku & AKU SAYANG MEREKA!

" YA ALLAH, berikan aku kekuatan dan semangat untuk meneruskan percaturan hidup ini, murahkan lah rezeki aku dan jauhi lah aku dan keluargaku dari segala musibah "

.... Ammiiiinnnnn ......

Happy Birthday to ME!

Tuesday, February 05, 2008

I'm Turning 33 Years OLD!

Happy Birthday to Me...Diam tak diam, dah 33 tahun aku hidup .. Dah nak masuk kategori veteren dah ni ...
Anyway, Hadiah yang bermakna adalah baby yang bakal lahir nanti ..... dan juga keberkatan hidup yang dikurniakan kini, anak-anak yang cerdik , suami yang memahami dan sebagainya.

Okay la...banyak kerja pulak hari ni. Nanti sambung citer. Till then, take care.
Cherio!

Monday, June 18, 2007

AMIR turns 6 years old Today!




Amir is turning 6 years old today. diam tak diam, aku kawin ngan husband dah masuk 7 tahun. Hmmm... next year Amir dah Tahun 1. Next year gak Adib akan masuk Tadika, ganti Amir.

Well ... pagi-pagi kena panggil oleh Bos. Dia suruh aku gi amik sangkar Harimau yang dia tempah kat Pontian. Nasib baik la dia tak suruh gi pepagi. At 10 am, aku gi Kedai kek, amik 2 bijik kek yang aku tempah khas untuk Amir . 2 bijik? Yup! Satu biji dia celebrate kat Tadika Anak Pintar & lagi satu dia celebrate ngan keluarga kat rumah. I buat tempahan untuk Chocolate Orange Cake berhiaskan spider web & Fresh Chocolate Walnut Cake. Dua-dua dengan american cream & sponge cake. Seeedappp...!

Aku dah suruh dia celebrate je ngan abah dia kat rumah since hari ni kebetulan aku dinobatkan orang yang paling sibuk giler! Aku sedih bila anak Amir kata kat abah dia.." Amir nak tunggu mama ! " Dahh... nak taknak aku terpaksa luangkan masa & suara untuk nyanyikan dia Happy Birthday walaupun ruang masa aku hanya 15 minit! Aku sampai balik dari Pontian jam 7.15 malam. Then, kena prepare untuk tranquilise clouded leopard at 8.30 pm. Pas tu at 9 pm kena bergerak ke Johor Bahru.


Lupa lak nak citer ... kesibukan aku tu sebab nak kena tranquilise & hantar satu ekor Harimau Dahan a.k.a Clouded Leopard ( Neofelis nebulosa ) jantan bernama " TEMOH " untuk dipersembahkan serta disumbangkan kepada Sultan Johor pada 19/7/07. Ini arahan KP PERHILITAN ... so, kena bertolak malam ni jugak!

Well ... to MY DEAREST Muhammad Amir Najwa ... HAPPY 6 th BIRTHDAY ... Semoga berjaya selalu dan mama doakan Amir menjadi anak yang patuh, taat serta cerdik sepanjang masa. Mama & Abah Sayang Kamu!






Till then, take care & Cherio!

Tuesday, May 01, 2007

HAPPY 4th BIRTHDAY TO ADIB !



Muhammad Adib Najwa bin Mohd Najib is turning 4 years old at 10.30 am today. Happy Birthday Sayang ... semoga hidupmu diberkati ALLAH selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayatmu. Mama doakan semoga kamu membesar dengan penuh kasih sayang daripada mama dan abah mu.


Ketahui lah ..... mama tidak pernah mengalami apa-apa kesulitan semasa mengandungkan mu. Nak deliver kamu pun amat senang ... hanya 10 minit di dalam bilik bersalin. Kamu seorang budak yang sihat tatkala berat badanmu semasa lahir adalah 3.7 kg. Kamu juga "budak yang ada ONG " kata orang Cina kerana mempunyai 4 pusar di kepalamu( 3 di tengah kepala dan 1 di depan ; kesemuanya berlawanan arah antara satu sama lain) . Semua orang cakap kamu seorang yang lasak, cerdik dan juga arif tentang perihal haiwan. Memang betul ! .... Rambutmu tidak boleh dibiarkan panjang !



...... SELAMAT HARI LAHIR SAYANG .....

p/s;

Juga Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia.





Monday, February 05, 2007

HAPPY BIRTHDAY TO ME....


Happy Birthday to me ... Happy Birthday to me .... Happy 32 nd Birthday to me ... Happy Birthday to me ...
Today, 5 th February 2007, aku dah memasuki usia 32 tahun. Alhamdulillah , dah 32 tahun aku hidup dalam dunia yang penuh nikmat ni. SYUKUR ALHAMDULILLAH ...
Pepagi lagi dah berduyun-duyun SMS kat handphone wishing me Selamat panjang umur dan murah rezeki. Ada yang hantar SMS seawal 12.15 pagi. Cuma satu sahaja yang buat aku sedih pepagi hari lahir aku ni ...
SUAMI AKU SENDIRI tak mengingati hari bersejarah aku ni. Sedih aku ! Aku punya la menanti dia wish aku Happy Birthday or at least ciuman kasih sayang kat pipi walaupun aku tak harapkan hadiah mahal2 dari dia ... tapi hampeh ! Dia buat donno jer. Huaaaaa..!! Takper la...nak buat camner .. maybe aku tak penting dalam hidup dia .....
Anyway, Selamat Hari Lahir Jawahir Jaafar ... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu ... Ingatlah .. dah tua pun anda !
Till then, take care & Cherio!