Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

Buah Hati ... Pengarang Jantung ... Puteriku Sayang !


Dia la madu, dia la racun, dia la penawar duka .... Dia la juga puteri kesayangan aku dan suamiku ..

Namanya NUR AMIRA NAJWA yang membawa maksud Cahaya Ketua yang baik. Telah dilahirkan pada hari Rabu 25 Jun 2008 , jam 5.39 pagi. Dia menjengah ke dunia di kala azan Suboh berkumandang di Masjid Al-Azim.

Dia menjadi buah hati Along dan Angahnya . Jika Mira tidak kelihatan di ruang tamu, akan mereka siasat di mana Mira berada. Jika ada tetamu yang bergurau ingin mengambil Mira, akan mereka ikut tetamu tersebut.

Semoga dia membesar menjadi seorang anak yang baik dan mendengar kata ...

Ammiiinn ....

Take Care & Cherio!

Saturday, May 26, 2007

Hari Keluarga & Sukaneka



Hari ni, bebudak Tadika Anak Pintar & juga Taska Seri Utama bergabung untuk mengadakan Hari Keluarga & Sukaneka . Ini melibatkan Parents, Teachers & juga the Kids. Programme started at 8 am with mostly acara for the kids.



Amir dipilih untuk mewakili rumah Kuning. Cikgu yang mewakili rumah tu adalah Cikgu Najiha , Cikgu Yati dan juga Cikgu Fatin. Dia juga perlu ada upah ais-krim untuk menyertai acara-acara yang dah disediakan as he is a bit shy guy & also kureng for social activities ... Dia da Adib masuk acara Larian Kasih Sayang and also Bawa bola pingpong dalam sudu. Well .... Rumah Kuning dapat nombor 4 ... Semua orang dapat hadiah. Acara habis at about 11.30 am. MAsa tu panas gila-gila nye terik.



Balik rumah, semua kepenatan. Lepas lunch semuanya tido. Esok, dah janji untuk practice bowling kat MP dengan my neighbour. Tournament at Pandan Indah Lake Club Bowl pada 8/6/07 ( Jumaat ) ... Bangga siot dapat wakil Jabatan PERHILITAN untuk friendly match dengan e-Dagang Team.

That's all for now. Nanti bebila free tulis lagi. Till then, Cherio & Take Care.