Showing posts with label aktiviti jabatan. Show all posts
Showing posts with label aktiviti jabatan. Show all posts

Sunday, July 05, 2009

Bowling @ Metropoint Kajang


Aku ada selection bowling untuk Sukan NRE pada Jumaat malam ( 3/7/09 ) lalu . Gerak dari Melaka lepas kerja , jam 6 petang, bersama-sama Zura & Nani.Gambar kat atas adalah Highest score aku pada malam itu ... Bengong betul orang yang tulis score board kat Ampang Superbowl pada malam itu !! Ada ka nama aku yang sedap ni ditulisnya JAWAR ... macam nama Jawaharlal Nehru la plak!

Kitorang start main bowling jam 9 malam. Ada 6 orang girls yang terlibat dalam selection tu. My Scores? Well ...
1 st Game = 123
2 nd Game = 118
3 rd Game = 149
4 th Game = 146

Not bad kan? Aku puas hati malam tu! Habis main at about 12.00 midnight. Siap boleh gi minum-minum ngan team / bowlers Jabatan yang kebanyakannya aku kenal. Maklumla ... orang dah lama keja kat jabatan ni!

Gerak balik dari Kajang at about 12.30 am. Tak singgah memana pun ... terus shoot off balik Melaka. Sampai Melaka jam 1.32 pagi. Mengantuk takyah cakap la!

Najib lak tak balik minggu ni. Dia gi memancing laut dengan geng-geng jabatan kat satu tempat keja ngan dia! Dia ada tipon semalam ... masa tu hujan amat lebat kat Mersing. Hujan 'seriat' baru nak masuk laut. Sanggup depa sewa boat. Bermalam? Kat Pulau berhampiran.

Next week dapat tau ada intensive untuk bowling ni. Mulanya diorang kata kena daftar kat IBD or IKBN Temerloh . Tapi, kat area sana mana ada bowling lane ... so The Manager suggested main bowling kat Genting Highlands. Uishhh!! JAuh tu nak ulang-alik selama 4 hari. Final game lak kat The Mines. So, masa bincang2 after game, nak usulkan training kat area KL , and to be exact ... kat The Mines itself sebab nak biasakan ngan lane. Najib pun kena gi IBD untuk intensive Sepaktakraw ... memang every 2 tahun dia akan wakil jabatan untuk sukan tu. Kalau training kat Mines, aku kena sacrifice ulang-alik dari Melaka tengahari sebab main di sebelah petang & malam. Banyak nya expenses bulan ni!

7-10 hb ni lak ada Kursus Asas Veterinar untuk G 17 baru. Yang peliknya, lectures 97 % dari JPH Melaka. Jabatan nya lecture hanya on SOP & also Amali / Demo. Lantikan Fasi pun tadak, habih tu apa peranan aku? Dia suruh standby barangan kat Klinik, tapi barang apa nak standby? Takkan nak suruh JPH nye Vet tackle cases kat Zoo as their practicals? Aku hanya dapat tentative program without any perbincangan dengan pihak yang uruskan. Hmmm ... Kita tengok je la nanti!

Okayla, kang kalau cakap banyak, jadi isu besar la plak! Tak pasal-pasal lak ada hamba Allah yang lapor SPRM tanpa ada kena-mengena ngan post aku macam dulu. Bengong! Kita tunggu & lihat jer!

Till then, take care & Cherio!

Wednesday, November 26, 2008

Busy..Busy...Busy...


Lama sungguh tak update blog ni ... jengah hanya untuk sekadar membaca. Tak berkesempatan nak update! Mana taknya ... after the trip to the northern region, pi PTK exams lak kat IBD, Lanchang, Pahang for 3 days. Balik dari PTK, dapat arahan untuk menanggung kerja Pegawai Veterinar kat Zoo pulak! Sibuks sungguh hidup aku lately .....

Semalam dan hari ni ( 25-26/11 ) gi Johor lak. Kena mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor untuk penyerahan Harimau Kumbang yang dia minta dari Zoo Melaka. At first baginda cakap dia busy, tup .. tup ... tengah duk turunkan binatang, baginda sampai. Apa lagi, semua yang ada kat situ dari bising-bising terus macam kena gam mulut. Senyap sunyi ... Alhamdulillah, semua berjalan lancar ... baginda suka ... siap suruh Datuk Chandra belanja kitorang makan lagi! Gambar kat atas adalah anak panther yang kitorang hantar kepada baginda masa 22 hb Januari tahun ni .. Lahirnya sepasang, tapi yang jantan patah kaki, ada sorang Datin bela di Kuala Lumpur. Ni anak Endau dan Beragan. Kalau kitorang tau , kitorang tak serah kepada Istana .... tapi takper laa ... anggap dia macam hadiah saguhati dari Zoo kepada Baginda Sultan. Yang ni nama dia TERNA, betina. Very playfull youngster!

My kids? Adib kena chicken pox hari Ahad lepas dan masih dalam peringkat kuarantin. Mujur la Amira tak berjangkit .... Amira? Dah lasak anak dara sorang tu. Amir? Hmm ... dia dah besar.Dah nak masuk Tahun 2 pun ...

Okay la, nanti update lagi kalau ada kesempatan.
Till then, take care & cherio!

Monday, July 02, 2007

Berita Bowling - Kekalahan vs Kemenangan

KEKALAHAN

Bowling untuk Sukan NRE ke-2 telahpun diadakan di Sunway Pyramid Bowling Center pada jam 8.00 malam 30/6/2007. Seramai 11 pasukan yang terdiri dari Jabatan-jabatan di bawah naungan NRE telah bertanding. Mereka-mereka yang bertanding semuanya hebat-hebat belaka. Individual & berpasukan wanita .... juaranya adalah FRIM. Kakak-kakak tu memang POWER SIOT! Score terbanyak adalah 199 jatuhan pin bagi wanita. Aku cuma 130 the highest malam tu. Bukan salah aku tapi aku salahkan lane ... nama je gah .. MEGALANES ... tapi tak pernah service ! Ada ka lane 31 ...asyik kena reset pin je masa nak mula balingan! HAmpeeehhhh .... Secara tak langsung, ia mengganggu konsentrasi. Akak-akak dari JKPTG lane sebelah asyik duk panggil service. By the way, kitorang main cross lane.

KEMENANGAN

The best part, pasukan bowlilng wanita PERHILITAN dapat tempat ke-6 dari 11 pasukan bertanding. NOT BAD ... 2 tahun lagi, azam kitorang in the next 2 years , kitorang boleh gain tempat ke-2 atau ke-3. Of course kitorang tak kosisten macam FRIM. Akak-akak FRIM tu siap ada bola & kasut sendiri ! Yang penting, kitorang akan perkerapkan praktis ...

Bowling habis around 12 midnight. Lepak ngan Aida Yurani after the game kat Nasi Kandar Restaurant nearby our Hotel. Pukul 1.30 pagi baru naik ke bilik. Macam-macam citer !

BTW ... alfatihah untuk a friend of mine, NORDIN RAMLI ( ex-5D MRSMPs ) yang ibu & adiknya telah terbunuh dalam kemalangan kat Pendang on Saturday. Refer sini :

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Nasional/20070630233110/Article/

atau

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

atau

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20070701111348/Article/indexm_html

Sesama la kita doakan mereka dan sedekahkan Al-Fatihah ...

Till then, take care & Cherio!

Wednesday, June 20, 2007

Good Bye TEMOH !


Nama Melayu : HARIMAU DAHAN

English Name : CLOUDED LEOPARD

Nama Saintifik : Neofelis nebulosa

Jantina : JANTAN MACHO !


Temoh ni berasal dari Temoh, Perak Darul Ridzuan. Dia masuk perangkap yang dipasang oleh PERHILITAN PERAK di sebuah kampung. Dihantar ke Zoo Melaka pada 22/11/2003. Ia adalah seekor jantan yang comel, sihat, tembam dan estimated age adalah 8 tahun.

Pada 19/7/2007, tepat jam 3.30 petang, TEMOH ni telah disumbangkan dan dipersembahkan
kepada DYMM Sultan Johor di dalam satu istiadat di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Seramai 7 kakitangan Zoo termasuk aku dan diketuai oleh Pengarah Zoo Melaka telah menyempurnakan istiadat penyerahan ni. Ketua Pengarah PERHILITAN , En Abdul Rasid Samsudin yang baru dilantik juga turut serta. Kitorang sampai ke Johor Bahru pada jam 12.30 malam dan debuk-debik memparkingkan haiwan di Zoo Johor sebelum istiadat dah jam 1.00 pagi. Kitorang check-in kat Hotel Indah dan masing-masing keletihan terutama diri aku sendiri sebab dari pagi sampai malam berulang-alik dari Melaka ke Johor ... pagi, ke Pontian, then balik Melaka ... then at 9 pm lak bergerak ke JB bersama haiwan.Hanya sempat mandi & celebrate birthday Amir ala kadar je ...


Event habih dalam 30 minit je tapi nak menunggu para Pengarah habih mengadap tup-tup dah jam 6 pm. So, kitorang lepak-lepak kat Zoo Johor sambil bermain dengan anak singa diorang bernama " MANJALARA " Check this out!

Amacam ?? Best tak? Lara ni dibela oleh En Mohd Sham, AVO kat Zoo Johor. Baru berusia 10 bulan. Manja giler ! Tapi, dia ni pantang nampak bebudak sebab kengkawan dia bebudak kampung kat rumah En Sham.

Kitorang gerak balik ke Melaka jam 6.30 petang after Bos gi hantar KP kat airport Senai. Sampai Melaka at about 8.30 pm dan Bos terus ajak gi makan sebab KP beri duit suruh belanja kitorang makan after all the hard work we have done. DYMM Sultan Johor mood baik, banyak cerita & KP pun senang hati. So, kitorang ber DINNER kat Tomyam Klasik. Gila babas nyer banyak Bos order makanan. Alhamdulillah ....

Balik rumah, mandi & terus tido sebab kepenatan. Main ngan anak2 pun sekejap je .. Letih giler!

Okay la ... kena siapkan laporan. Till then, Take care & Cherio!

Sunday, June 17, 2007

A BBIIIIGGG Tournament Ahead ...

DATE : 30 th JUNE 2007
DAY : SATURDAY
TIME : 8.00 pm
VENUE : SUNWAY PYRAMID
The grand tournament will turn up soon. Game ni adalah between jabatan-jabatan dalam NRE ( Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar ). Date , venue, time adalah seperti di atas. So, pada siapa-siapa pembaca blog ni , boleh la drop by kalau nak jumpa saya. Hmmm...siap promote la pulak! Anyway .... wish me luck !

Tuesday, June 12, 2007

Bowling Friendly Tournament 8/6/2007



Bebaru ni aku ngan neighbour aku gi KL untuk Bowling Tournament antara Jabatan PERHILITAN ngan Edaran Computer. Game ni buat kat Pandan Indah Lake Club. Kitorang beegerak awal dari Melaka sebab nak cari tempat tu... itu la first time gi sana. Ingatkan yang dikatakan Pusat Boling tu se GAH namanya tapi hampeh...! Tak best langsung lane nya.

Kitorang sampai KL around 1.00 pm. Masa tu orang tengah Solat Jumaat. Mana kitorang lepak? Hmmm... kitorang gi praktis bowling kat Flamingo Hotel ( kan ada Ampang Superbowl kat atas hotel tu ! ). Lane dia cun siot! Letak je bola bowling tu ... meluncur je... Banyak lane lak tu ! Dah tu murah giler. Pakej yang ditawarkan adalah 4 games hanya untuk RM 12.00. Murahkan? Pas tu lepak sekejap kat Tasik Pandan Perdana. Sempat lagi shopping kat Econsave berdekatan. Took a short nap kat tepi tasik tu. Bila bangun, teringat la nak pi Refleksologi kat Lake Club tu. Harga boleh tahan ... RM 40 sejam, siap soaking kaki lagi. Sedap orang Cina tu urut. Dia pure Chinese dari Tanah Besar China. Dah tu tak reti cakap Melayu ataupun Inggeris. Yang dia tahu Mandarin. Jadi la umpama ayam & itik bercakap ... dia cakap mandarin & kitorang cakap Melayu ngan dia .. hehehehe ... Last-last, kitorang jadi cikgu, ajar bahasa malaysia kat dia ni.


Bowling game started at 8.45 pm and finished at about 11.30 pm.I got 2 nd place dalam game ni. Secara tak langsung, aku ni juara PERHILITAN ..... BANGGA siot! Tak rugi habiskan duit datang KL untuk itu. Malam tu tido kat rumah my sis kat Bukit Antarbangsa. Balik time, singgah Bangi jumpa my aunt.Pas tu baru balik Melaka.

Sampai Melaka at about 5 pm. Ada Karnival Gegar nearby kat Dataran Sejarah Ayer Keroh. Orang toksah cakap la.. ramai giler! Depa ni tak reti dok kat rumah ke cuti-cuti ni! Hmmm....
Malam, depa ada lak pertandingan karaoke 60-an . Bising kat rumah takyah cakap ler.. nak tido pun seksa! Malam Ahad lak ada Konsert Gegar. Sempat la gi beli biskut julie's & juga Pearl Cafe. Murahhhh...!

Okayla.Nanti bila ada story citer lagi.

Till then, Take CAre & Bye!

p/s, Happy 25th Birthday to Nor Azura Zakaria kat PERHILITAN Melaka. Semoga dimurahkan rezeki selalu.