Showing posts with label haiwan zoo. Show all posts
Showing posts with label haiwan zoo. Show all posts

Saturday, September 05, 2009

Operasi Pemindahan Haiwan = ZEBRA


Seekor zebra betina telah berjaya dipindahkan dari Taman Mini Safari ( TMS ) ke satu sangkar isolated kat dalam compound Zoo ni. Zebra ni dipindahkan sebab bergaduh dengan group besar Zebra di TMS. Kesian dia ... habih luka-luka seluruh badan dan dia mengasingkan diri. Walhal, dia sebenarnya belongs to the group ... ada makbapak dia kat sana. Makbapak dia pun reject dia. Mungkin kut dia ni "anak luar nikah" atau "anak yang tak dirancang untuk dilahirkan" oleh mak dia? hmmm ... hanya makbapak dia yang tahu!

Operasi ni dibuat pada 4 hb September ( semalam ). Walaupun I'm not the authorised Veterinarian kat Zoo & kat Malaysia ni, I have to tranquilise her for the translocation. Takkan la nak ajak dia berjalan dari TMS tu ke sangkar baru? After all, she is still a wildlife! So, I did tranquilising her using Immobilon ( a morphin-based tranquiliser ). Berat dia estimated about 90 kgs. Alhamdulillah ... operasi ini successfull!

The animal is on her lateral selepas 5 minit darted. She also o her feet selepas 2 minutes masukkan antidotenya ( Revivon ) IV. Revived after treat her wounds.

In the other story, petang semalam juga I performed a postmortem ( which is not supposed to be done by me! ) of a Scimittar-horned Oryx. Found out he's dead due to old age ... gigi pun dah tak ada! He also had gangrenous feet. Mungkin ada diabetes kut! hehehehhe .... Semasa hayatnya, dia ni famous jugak sebab kerana dia , semua orang kena jawab & tunjuk sebab atas satu email dari seseorang dari Singapore! Berpeluh juga kitorang nak menjawabnya! Bagi aku senang jer ... WE DON't HAVE A PROPER, AUTHORISED VETERINARIAN here at the Zoo. Aku , kalau ikut skema kerja aku, HANYA MEMBANTU Pegawai Veterinar! Aku terpaksa buat kerja-kerja sorang Vet sebab kesiankan binatang -binatang tu! Bila la Vet nak lapor diri kat Zoo ni ...! Hmmmmm .....

Okayla. Nanti bebila free tulis lagi.

Till then, take care & cherio!

Monday, February 02, 2009

Ni nak HAPDATE la ni....



Pernah dengar anak kucing berjari 6? Bukan satu kaki ... tapi pada keempat-empat kakinya! Ni mesti kes mak atau bapaknya dah buat something masa mak dia ngandungkan mereka .. hehehehe ... mengarut betul kepercayaan tu! Well, memang wujud anak-anak kucing berjari 6
tersebut & I just discovered them masa balik Temerloh CNY lepas. Tak Percaya? Tgk je gambar! Anak-anak kucing ni actually dilahirkan oleh si ibu kucing yang datang merempat di rumah MIL aku. Disebabkan mak dia ni pandai behave herself, buru tikus, tak pandai curi lauk , my MIL decided nak simpan dia. Taktau la dengan jantan mana dia menjalang .... kalau ikutkan, ibu kucing ni kecik lagi, kategori subadult tapi dahj lahirkan 3 ekor anak. Of all 3 kittens yang dia lahir, 2 ada 6 jari pada ke-4 empat kakinya. Jantinanya betina both. Lagi sekor tu jantan & appeared normal. Kuasa Allah ...!

My tiger cub? Hmm, dah besar dia! Walaupun baru masuk 4 bulan, beratnya ada la lebih kurang 12 kg.Perangai pun dah macam harimau lain dah ... gemar attack bahagian belakang, especially leher. Satu je pantang dia, jangan la berlari kalau terserempak ngan dia.... for sure dia kejar sampai dapat. Ni sebab kitorang train dia kejar- mengejar. Makan & minum susu nauzubillah punya banyak. Dia makan daging yang dicelur air panas sebanyak 500 gm sekali feeding & 2 kali sehari. Daging tersebut dicampurkan dengan daging ayam ( PEDIGREE - utk anjing ) dan vitamin & digaul ngan susu kambing sebagai sup. Susu kambing lak, kalau tak panas / suam, jangan harap dia nak makan. Menyusu? Still ongoing. sekali menyusu 18 oz.


Okayla, enough utk update pasai binatang. Sat gi nak update pasai Mira lak. Ni nak masuk field jap. Till then, Take Care & Bye!

Thursday, October 23, 2008

NEW ARRIVAL for Zoo Collections...

~ Chiko ( left ) and Chiki ( right ) ~


SPECIES : Panthera tigris jacksoni ( Malayan Tiger a.k.a. Harimau Belang )

NAME : CHIKO ( Male ) & CHIKI ( Female ) given by our beloved Director, Tn Hj Mohd
Nawayai bin Yasak.

SEX : MALE & FEMALE

SIRE : DIDO

DAM : NICKY

D.O.B : 15 October 2008

These are the newcomers at the Melaka Zoo.. Depa ni anak Nicky ( yang famous tu!! ) dan Dido. Rasanya sekejap sangat ... dulu bela Nicky masa kecik-kecik dulu. La ni jaga anak-anak dia pulak! Anyway, diorang ni tak diberi exposed pada public atas sebab-sebab keselamatan. So, saya boleh update dalam blog ni saja la nampak gayanya! Hmmm ....

Memang la kalau boleh nak biarkan dia bersama maknya tapi maybe stress kut, mak diorang nampak macam nak reject depa. Jadi, sebelum depa tak dapat diselamatkan, kitorang ambil tindakan proaktif untuk handraise diorang kat Klinik Zoo Melaka. Best? Well.... biasa-biasa saja cuma workloads bertambah.

Susu? Kitorang kasi depa minum susu kambing. So far bagus untuk ketahanan badan & juga pembentukan bulu serta kulit yang cantik. Harga? Takpayah cakap laaa ... unless ada hamba Allah yang nak sponsor susu kambing. Sekarang ni diorang menyusu 1 1/2 botol sekali penyusuan. Pemberian susu setiap 3 jam sampai 11 malam. Makin hari semakin meningkat jumlah susu .... Camner? Ada berani??

Okayla , enough for the announcement. Later tulis lagi.

Till then, take care & Cherio!

Sunday, December 16, 2007

Res-Q @ Rompin


Baru balik dari Res-Q anak gajah berumur lebih kurang 1.5 bulan kat Pejabat PERHILITAN Rompin dari 14-15/12/07. Nama anak gajah ni Rompin. Kesian dia ... parents dia lari selamatkan diri & tinggalkan dia. Dah la masih menyusu lagi!

Team kitorang bergerak dari Zoo Melaka lepas solat Jumaat.At first Pegawai Vet sendiri nak gi tapi dia takut tak sempat balik sebab hari Ahad dia ada kursus. So, dia suruh I gantikan tempat dia. Kitorang gerak dengan 2 kenderaan. I drove all the way to & fro Pajero and another vehicle was lori 3 tan. Mula -mula staff kat situ kata dalam 3 bulan but bila sampai, kecik giler... assumed tak sampai 2 bulan pun ! They gave his name as ROMPIN sempena nama tempat ia dijumpai. Habis calar-balar badan dia ... rasanya dia manyusup bawah pagar chain-link. Nasib baik lukanya superficial jer. Sampai klat Pejabat PERHILITAN Rompin at about 9.30 pm. Semua keletihan.

Terkejut jaga at about 5 am sebab si Rompin ni memekak. Hujan tak yah cakap la ... sepanjang hari hujan. At 7 am, baru beri dia susu . Okay la ... dah pandai minum susu. Senang kerja! Pas tu gi cari kedai untuk beli susu lagi. Kitorang hanya bawa 10 kotak susu Dutch Lady Full Cream 1 liter. Rompin ni minum setiap 3 jam dengan 2-3 kotak sekali minum. Bila tanya roti ... guess what? Kat Pekan Rompin dah 3 hari takder supply roti ( semua jenis yang common) disebabkan banjir. Kesian orang-orang kat sana. Dapat la witness banjir kat sana. Jalan ke Pekan hanya untuk kenderaan berat & 4X4 je. Nasib baik ikut Mersing tak der halangan. Jalan Muaazam Shah masih tak boleh lalu due to banjir.

Gerak ke Melaka at 2 pm the next day dalam keadaan hujan renyai. Sepanjang jalan anak gajah tu tido je . Kitorang letak dia dalam crate , siap beralaskan rumput tebal lagi. So, sedap la tido. Sampaikan orang nak susukan dia pun dia marah! Sampai Melaka at 9 pm.Berhenti banyak kali gak ... As soon sampai, Saleng ( another calf yang dah lama kat Quarantine ) dah memekak. Habisla reputasi dia sebab ada lagi anak gajah yang lagi comel dari dia! Tumpuan semua sekarang pada anak gajah yang kecil ni ... Kesian Saleng!

Pagi ni, Si Rompin boleh adapt ngan persekitaran . Dia menyusu pun okay & banyak! Hope dia boleh survive .... Pada sesiapa nak sponsor susu kotak ( 1 liter ) Dutch Lady Full Cream, untuk both the Elephant Calves, please contact direct ngan Zoo Melaka ( En Masri ). At least nama korang akan terpampang bawah sponsorship kat kaunter depan Zoo Melaka. Saleng minum 4 kotak, 4 kali sehari bercampur dengan 1 buku roti 450 g setiap penyusuan. Rompin lak 3 kotak sekali penyusuan , setiap 3 jam tanpa roti sebab kecil lagi. Rompin akan minum susu bercampur roti pada usia 4 bulan. Fikir-fikirkan laa...

Okay la, stop sini dulu. Take Care & Cherio!

Thursday, February 08, 2007

Newly Arrival at the Zoo

MUKADIMMAH :

Ini lah akibatnya jika bekerja sepenuh hati .... terutama untuk shift malam. Tengok la betapa letihnya dia sampai gambar diambil pun tak sedar. Siap tangkap lentok lagi. Natijahnya, bekerja la ikut kemampuan badan. Takut nanti bila masuk kerja keesokan harinya anda semua akan jadi camni. Habih tu camner nak produktif ..... Tak dapek den nolong!



Oh ya .. perkenalkan, di bawah ni seekor anak Orang Utan, berumur lebih kurang 2 tahun ... namanya " SEN ". Dia ni betina. Masih lagi menyusu, kalau di Zoo Melaka, susu untuk anak-anak haiwan yang kami gunakan adalah jenama " SNOW P7 infant formula ". Susu ni bukan khas untuk primate jer ..... even anak Gajah pun menyusu guna susu dari jenama ni. Mahal tu! Harga se-tin susu ni RM 33.70 ( 900 gm ). Takder tin besar ...



Sen ni diserahkan kepada Ibupejabat Jabatan PERHILITAN di Cheras oleh orang awam dan terus diorang hantar ke Zoo Melaka untuk intensive care. Dia sangat manja ... Lepas tu amat memilih pemakanannya. Dia lagi suka betik dari pisang, epal mahupun anggur.

Okay la .... saja jer nak meng-updatekan blog ni.

Till then, take care & Cherio!