Sunday, April 16, 2006

Sakitnya...Semputnya...Seksanya...

Tak pernah aku hadapi semput sebegini teruk sepanjang hidup aku. Rasaanya macam dah tak lama lagi nak hidup. Aku sebenarnya TIDAK menghadapi masalah asthma semasa kecil. Asthma aku menyerang selepas aku grad dari Universiti Putra Malaysia ( UPM ). Betullah kata orang : " Seseorang yang aktif bersukan dan kemudian berhenti aktiviti sukannya secara drastik, akan diserang asthma".Ini lah terjadi kepada aku.
Semenjak di MRSM Beseri, aku bergiat aktif dalam sukan olahraga padang, tennis, ping pong dan softball. Kemudian semasa aku melanjutkan pelajaran di UPM, aku masih aktif dalam sukan tennis, olahraga padang dan juga softball... malah aku mewakili pasukan 3rd College ( Kolej Tun Dr Ismail ) untuk softball dan tennis. Selepas itu, aku terus stop bermain memandangkan tiada geng untuk bersukan. Kemudian, di Zoo Melaka pulak, aku dikelilingi oleh lelaki di field. Takkan pulak aku nak join mereka dalam permainan sepak takraw? Cukup lah menjadi umpire setiap kali mereka adakan perlawanan. Insiden jatuh dari gajah semasa menunggang sehingga retak buku lali kaki kanan pada tahun 1999 pula menambahkan lagi sebab untuk aku tak bergiat aktif. Bayangkan... aku, dalam dressing seorang srikandi, siap bercapal, jatuh di atas jalan tar akibat gajah Mahkota yang terkejut. Peristiwa tersebut masih segar di ingatan aku walaupun berlaku ketika aku belum berumahtangga. Setelah berumahtangga dengan suami tercinta, aku begitu teringin untuk bersukan selepas melahirkan anak sulung tetapi ada sahaja yang menghalangnya. Phobia untuk menghadapi kecederaan berulang pada buku lali membuatkan hasrat aku terbantut. Pada tahun 2003, selepas aku melahirkan anak yang kedua, mujur la mak-mak budak di Zoo Melaka ada yang nak bersukan badminton. Haaa...ada geng untuk bersukan! Akan tetapi, baru hari pertama aku main, dah lutut kaki kiri aku pulak terkoyak tendonnya.Hishhh..apalah nasib badan... Sekarang, sukan yang hanya aku boleh sertai adalah sukan yang tidak memerlukan pergerakan kaki yang terlampau seperti ping pong, dan juga permainan pool dalam internet..hahahaha..
Jadi, pada sesiapa yang sihat, tiada asthma dan ingin bersukan, bersukan lah semasa kaki dan kesihatan anda semua elok..
Semoga cerita ini menjadi tauladan kepada sesiapa yang membacanya. Right now, rasanya terlalu sukar untuk aku bernafas.Pergi medical check-up tadi pagi...alhamdulillah...MD kata aku belum sampai ke tahap penggunaan inhaler.Hanya pil ventolin 4 mg sudah mencukupi. Ataupun...sudah ada tanda-tanda bahawa aku akan meninggal dunia?? Hishhh...tak sayang mulut betul! Aku masih ingin melihat anak-anak aku membesar di depan mata...mahu melengkapkan amalan aku di dunia...UUuwaaaa...Nauzubillah...
Aku stop kat sini dulu. Doakan kesihatan aku bertambah baik.
Take care & cherio!

No comments: