Sunday, June 04, 2006

Orang Gaji Buat Hal Lagi !!

TENSION!!

Sebenarnya aku dah naik bosan dengan perangai orang gaji aku yang kebudak-budakan, selfish...suka mengugut...
Bayangkan, kalau majikan sendiri tak boleh nak tegur... bila ditegur tentang sikapnya yang dah beribu kali dijanjikan untuk berubah, mula la muncung mulut timbul...mula lah jadi telinga pekak... Kalau diikutkan hati yang baran, maunya di LEMPANG sahaja mukanya.Kesabaran aku ada juga hadnya.... Ibu bapa aku tak mengajar aku jadi seorang yang biadap... mereka mengajar aku supaya menghormati orang lain.
Sikap orang gaji aku sebenarnya dah melampau! Apabila diminta menghulurkan sesuatu ( especially sewaktu aku yang meminta ), ok la, aku beri contoh... setiap kali aku meminta dia menghulurkan tisu yang berdekatan dengan dia, dia lemparkan kepada aku walaupun jarak kami hanya 2 kaki.. Geeerrrraaammmm nya!!! Suami aku sekarang memanggilnya MANGKUK.. dia yang penyabar dan lembut hati pun boleh memanggilnya sebegitu..

Kenapa kami tak berhentikannya atau amik orang gaji Indonesia saja?

Soalan tu kerap aku terima. Sebenarnya aku terpaksa bersabar dengan karenah kurang ajar & biadap dia kerana fikirkan keluarganya yang miskin dan porak peranda... fikirkan janji aku dengan mak dia ... dah la bapa dia berpoligami tetapi tidak adil... lebihkan bini muda.. Oh ya, lupa nak beritau, si MANGKUK ni adalah orang kita, orang Malaysia yang bermastautin di Kg Surau, Baling, Kedah. Aku sebenarnya pada awal dulu nak ambil maid Indonesia, mama aku puas pujuk untuk ambil dia kerana takut dia apa-apakan anak2 aku.Di awal kerja, dia ok, taat majikan dan jaga anak2 aku dengan baik. Tapi bila masuk tahun ketiga, sikapnya seperti jadi bos lak...dah la masak aku yang masakkan..sampai breakfast pun dia tunggu aku buatkan baru dia makan...
Yang aku tak tahan bila mama dam abah datang bertandang awal bulan lalu, bila aku suruh dia buatkan air untuk breakfast tetamu, dia boleh jawab.. " nak minum, buatla sendiri" Sakit hati tak? Aku bukan suruh dia buat air utk aku, dia boleh cakap camtu, depan mama & abah lak tu!
Aku terpaksa bersabar kerana Muhammad Adib Najwa, anak kedua aku terlalu rapat dengan dia. Bila dia ugut aku untuk berhenti kerja, Adib akan mula muntah-muntah dan panas badan... pas tu si Amir lak jadi camtu.
Dia salah satu sebab kenapa aku tak nak tambah lagi anak... aku pernah berkata kepada suamiku, kalau perangai orang gaji camni, kalau aku pregnant, maunya aku gugur disebabkan darah tinggi & stress.
Bagi aku, Si Midah ni adalah seorang yang tak pernah berterima kasih! Bila kami sekeluarga pergi bercuti, kami heret dia sama ..beri dia bilik yang cozy...apa yang kami makan tak pernah lupakan dia untuk join sekali...dinner aku masakkan untuk family..kerja tak banyak kat rumah tu...APA LAGI DIA NAK?? APA DIA NAK TUKAR TEMPAT DENGAN AKU UTK POST MAJIKAN? Well... GO TO HELL LAAA...!!!
Minta naik gaji tapi kerja tak seberapa!! Sekarang gaji dia RM 270 ( baru naik this year ).. makan, telefon semua aku tanggung... apa lagi dia nakkk??

Kerja dia kat rumah?
Pagi : Mop lantai. Rumah aku takdak sofa... rumah kerajaan la katakan.. Pas mop lantai, sidai kain kat
ampaian. Pastu masak nasi & lauk untuk anak2 aku.
Tengahari : Suap makan anak2 aku, nonton TV all afternoon masa anak2 aku tidur ataupun dia tidur sama.
Petang : Kutip kain kat ampaian... lipat kain. Pastu nonton tv lagi, then gi jalan2 kat taman dengan anak aku
Si Adib. Kengkadang tu dia gi sorang, tinggalkan anak2 ngan aku yang sedang memasak.
Lain-lain kerja seperti cuci toilets, cuci dapur masak , buang sawang dan kemas fridge hanyalah kerja-kerja yang sekali sekala dibuat.
Aku buat jadual kat dia ..dia kata kat aku "kak ingat midah ni bodoh ke sampai kena buat jadual ?"

Ini baru sebahagian cerita aku untuk merelease kan tesion aku. Nak diluahkan kepada suami, kami sama-sama tak tahan dengan sikap dia dan sama-sama terpaksa bertahan... aku taknak lihat anak2 aku demam dan muntah-muntah.. Inilah pengorbanan aku dan suami kepada anak2 kami.

Ni pun dah cukup panjang.. till then..
Take Care & Cherio!

4 comments:

Mrs O said...

well aku bersimpati tapi janganla superstitious kalau one day hang nak tukar org gaji adib akan sakit2...sbb kalau hang sakit make matter worst for ur family...my little prayers to u and family..hope things get better, insyallah..

the enigmatic syaf said...

sabaq..sabaq.. I've been to ur house and I wouldn't want her as a maid either. you know what, sometimes u just have to take the risk... It could work out just fine. InshaAllah.

Channel 11.5 said...

tukar ja la maid tu wahir. tak tukar betul, kau tak tau. Who knows with new maid, life will be better, kau dah tak yah tensen. but I leave that for you to decide. take care my friend!

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

thanx you guys...appreciate that...