Friday, November 24, 2006

Moody .....

Kenapa ? Tah la... semenjak dua menjak ni aku moody sangat kat rumah. Habih anak-anak aku dan orang gaji aku kena hambur.. ada saja yang tak kena di mata aku. Aku kesian kat depa tapi ... TAHLA... Nak kata pre-menstrual syndrome tak pula sebab aku tak pernah kena before ni. Tapi... memang aku belum period lagi !


Anak aku merengek-rengek nak ajak berjalan-jalan ... bukan tak mau tapi aku terpaksa bekerja siang dan malam sepanjang minggu ... maklumla , masa balik raya tempohari dah cuti lama. Lagipun minggu ke-3 adalah minggu aku standby kat Klinik Haiwan Zoo Melaka. Pastu kena gantikan rakan setugas aku yang pi kursus selama 4 hari. Hari ni aku last kerja malam.. Yea..yea.. Aku dah promise anak aku nak pi bawak depa main kat amusement park Jaya Jusco. Kebetulan lak esok aku cuti dan aku ada nak beli sesuatu kat JJ sempena minggu JCard. Sepanjang cuti sekolah ni, Zoo Malam kat Zoo Melaka dibuka setiap malam dari 8.00 malam hingga 11.00 malam sehingga 31 Disember ni.


Cuaca kat sini setiap hari akan hujan selebat-lebatnya di sebelah petang. Lagi la suasana tersebut akan menambahkan mood tak elok aku ni. Rasa malas nak kerja dan macam-macam lagi.


Kesihatan anak aku beransur baik kecuali batuk sesikit lagi. Pas Adib balik hospital, Amir pula kena demam selsema dan batuk. Hishhh... lepas satu...satu... Tapi kalau Amir demama, aku tak risau sangat sebab dia ni cepat recover dari demam. Adib yang aku risaukan. Tak sabar nak gi follow up check-up pada 14/12/06 nanti.

Okayla.. aku stop kat sini dulu sehingga mood aku stabil semula.Till then, Take Care ...

Cherio!

6 comments:

LediAgli said...

kak..anak dah sihat ek? seronok la tu cuti sekolah.. tapi musti zu bz kan kan kan.. hewan pon turut bz. hihik.. dah la tu.. jangan mudi mudi.. ceriakan usia anda dengan senyuman.. walaupon tak eklas mane..

*lariiiiiii sebelom kene pelankong!

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

tau takper...
cuti skolah ni...anak akak skolah juga...ada tuisyen utk bacaan kat tadika dia.Si adik lak demam dia on off je..risau tol!

Rina said...

Alhamdulillah, ur sons makin sehat. Skang musim macam2 penyakit. KL nih pun asik ujan petang and malam. Bebudak samada demam, selsema or both!

Be tough!

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

nak kata sihat idak ler lagi. Last Sunday till now dia asyik demam melebihi 39 C.. tapi yang herannya dia aktif & nak makan....Doakan musibah ini tak akan berlarutan..Ammiiinnnn...
Anyway, thanx for the concern!

FaEzHussain said...

Assalamualaikum

Ni KakFaez, 1st time ziarah blog ni. Mrs Rimaugirl ni my junior kat MRSM beseri dulu ke? Rasanya la kut.

Btw, thanks for visiting my blog recently. Banyak sawang. Life has yet to be hectic-er than it is at present, tapi lambat nak update entry.

Wah, best ni ada contact di Melaka. Kami sedang nak mencari kekawan serata Malaysia. Kan bila ada ter-pergi ke sesatu tempat tu, kalau ada member, boleh la ziarah. Dan mengeratkan silaturrahim tak gitu?

Harap ur mood is getting better.
how old are the boys? cute.

kakfaez
fa_hussain@yahoo.com

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Memang ler...junior kat Beseri dulu.
Datang Melaka...datang ler Zoo..lama tak jumpa.
My boys are 5 & 3 yrs old.