Tuesday, December 05, 2006

Alhamdulillah....Syukur...


Alhamdulillah... Syukur aku ke HadratMU... Adib akhirnya sembuh dari demam yang tak kunjung kebah. Semalam, aku bawa kedua anak-anak ku serta aku punya maid pergi berjalan-jalan di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Waktu tu dah 6.30 petang & SUNSET time.
Mereka berdua sangat happy kerana dah lama aku tak bawa berjalan-jalan di tepi pantai ever since Adib demam. Seronok melihat mereka berdua bermain di gigi air. Mereka juga merengek-rengek untuk mandi di situ. Lots of people ... I guess they were tourist bermandi-manda kat situ walaupun airnya kotor yang amat sangat!
Kitorang spent time kat situ dari 6.30 petang hinggalah masuk waktu maghrib. Then, singgah beli dinner jap kat restoran yang berlambak-lambak kat situ. Cuti sekolah ni Zoo Malam kat Zoo Melaka buka setiap hari dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Sebenarnya aku sepatutnya bertugas sebagai Pegawai Incharge Klinik dan standby tapi.. aku minta kat Bos untuk ONCALL sahaja. Penat aku! Minggu ni sepatutnya minggu aku bertugas tapi MALAS...
Banyak benda aku nak buat kat rumah... kesian anak-anak aku, aku & suami asyik bekerja sampai takder masa nak bawa diorang berjalan-jalan.
Berita yang paling aku geram pada Bulan Disember ni adalah... ELAUN RISIKO aku dah kena potong. Bukannya aku sorang tapi Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai Veterinar dan Pekerja Rendah Awam ( PRA ) di Jabatan aku dikategorikan sebagai TIDAK LAYAK untuk menerima elaun tersebut. BODOH ke Pihak Berwajib ? Ataupun mereka ini SELFISH ? Adakah pekerjaan seperti kami yang setiap hari berdepan dengan hidupan liar dikatakan Tidak Layak menerima elaun risiko tersebut? Bukan nya sikit anak... RM 150.00 sebulan! Alasan mereka ialah... pekerjaan kami tidak ada perkataan "HIDUPAN LIAR" kat hujung nama skim kami. Logik kah alasan itu? Yang aku kesiankan sekali adalah para-para PRA kat tempat kerja aku... hari-hari membersihkan kandang dengan binatang merbahaya tanpa diberi insentif. Dah la gaji depa semua kecik! Fikir-fikirkan lah...
Okay lah... aku taknak timbulkan kontroversi apa-apa cuma menyuarakan rasa tidak puas hati aku dan rakan-rakan senasib sahaja. Kalau kitorang buat donno jer dan biarkan pegawai-pegawai yang ada liar kat hujung nama skim mereka yang buat baru padan muka! Fikir-fikirkan lah....

Till then... Cherio!

3 comments:

Anonymous said...

aku pun heran gak ada sesetengah jabatan, stafnya x buat kerja kritikal pun, tapi dapat elaun kritikal ni! ALASANNYA : they all ni dlm kumpulan Q !

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Betul tu kak dah... kat sini, penolong pegawai hidupan liar yang buat kerja2 office pun dapat elaun kritikal...iskh..iskh...

Mrs O said...

glad adib is better..pasal elaun tuh, takleh buat petisyen ker..and antar surat..heheh