Thursday, December 28, 2006

OPERASI BUAYA

~ Najib ( Suami tersayang ) & Renjer PERHILITAN Melaka di lokasi ~

Pada jam 12.39 malam, tanggal 26/12/06 lalu, received a phone call from my Bos saying that my hubby & I have to go for an operation regarding Crocodylus porosus ( Buaya Tembaga laaa... ) kat laman rumah orang, melahap ternakan orang kampung. Tak percaya gak at first but called him back at 6.50 am to confirm. At 7.30 am, susah payah la sediakan team untuk menangkap haiwan tersebut. Dalam hujan renyai-renyai, pi kat lokasi. Mula-mula gi kat Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Surau Kampung Tasek Sg. Rambai untuk jumpa ngan orang kampung yang witness sendiri kehadiran makhluk berkenaan. Lpeas interview lebih kurang, kitorang gi kat lokasi sebenar kejadian. Turut sertai kitorang adalah ADUN Sg Rambai, Datuk Abu Pit dan Pengarah Zoo Melaka sendiri. Kat lokasi, air bah masih lagi pada paras 4 kaki dari lantai ( paras pinggang orang dewasa ). Nak masuk ke situ terpaksa menggunakan boat. Sementara nak uruskan bot, kitorang balik ke Zoo jap. Tak sampai 15 minit, orang kampung telefon mengatakan buaya tu timbul semula melahap ternakan ayam orang kampung. Kali ni kat rumah bersebelahan lak. Tiba kat lokasi, kitorang diikuti oleh krew RTM Melaka yang dahagakan berita sensasi. Untuk elakkan mereka, kitorang gi kat benteng di seberang kampung untuk tinjau jalan untuk bot lalu. tinjau punya tinjau, rupa-rupanya krew RTM dapat merakamkan hamba Allah tersebut timbul .. mereka ni masuk redah jer air bah ngan pajero mereka. Mulanya tak caya gak, tapi lepas replay rakaman, memang sah itu Buaya Tembaga. Dianggarkan panjang buaya tu lebih kurang 4-5 kaki dengan berat kurang dari 100 kilogram. ( kategori buaya "remaja"). Pengarah soh kitorang berkerjasama ngan anggota Unit Kuatkuasa PERHILITAN Melaka untuk pemantauan 24 jam. Sonye .... aku pun kena la oncall 24 jam jugak! Hari pertama aku balik jam 7.00 malam. Pas tu had to entertain akak aku yang kerja JPA tu lak .... had dinner with them kat Asam Pedas Hajah Mona kat Tengkera. Hmmmm....

Hari Kedua, 27/12/06 aku gi lewat sikit at 11 am ke lokasi. Tak nampak kelibat langsung timbul walaupun dah round guna bot 4-5 kali. Habis satu kampung kitorang pusing sebab air lambat surut. Hingga hari ni, kat rumah yang belakang-belakang, air bah masih lagi paras pinggang ( ~ 4 kaki dalam ). Bangkai kambing, ayam, kucing bergelimpangan sana sini. Kalau tak kerana kerja, aku tak sanggup nak meredah air bah tu yang dah berbau hanyir semacam jer.... Isskhhh .... uuuwwweeekkk! Tapinya, yang aku herankan, orang-orang kampung yang dok kat kawasan tu berduyun-duyun balik ke rumah depa dengan alasan nak basuh rumah. Nak basuh apanya kalau air masih kat paras pinggang? Siap bawak anak-anak kecil & mandi air bah tu ... Kalau aku, tak sanggup! Sanggup kah anda? Alasan depa, takut ada orang curi bebarang kat rumah mereka. Hisshhh.... siapa berani nak redah air yang dah tertera ada buaya kat situ?

Hari ni hari ketiga... malas aku nak stay sebab dah 48 jam berkawal, bukan sahaja kelibat buaya tu, bunyi kentut buaya pun tak kedengaran! Hampeh!! Lagipun tadi ada perjumpaan dengan Ketua Pengarah PERHILITAN yang baru dilantik. Tunggu jer call dari UKK Melaka untuk penangkapan kalau mereka terjumpa. Lagipun air lambat betul surutnya!


~ Semasa crating ~

Dalam perkembangan lain, pada 20/12/06 lalu, aku gi Kompleks Kargo & Animal Hotel kat KLIA untuk penghantaran pulang seekor Orang Utan Sumatera ( Pongo pygmaeus abellii ) ke Jakarta dan seterusnya ke Sumatera. Jangan sangka manusia je ada PATI, hidupan liar pun ada PATI. Orang Utan ni namanya " HANSEM ".. dah bermastautin kat Zoo Johor sejak usianya 5 tahun. masa hantar pulang, usianya lebih kurang 16 tahun. Lamanya dia jadi PATI kat Malaysia. Kalau dia kerja, dah jadi trillionaire dah dia bila balik ke Sumatera. Pas ni ada 4 ekor lagi nak hantar pulang ke Kalimantan lak. Hmmm....

Penuh jadual aku sepanjang Disember ni. Anak-anak aku lak kedua-duanya dah kena demam selsema & batuk. Kesian diorang ... tapi nak buat camner, dah kerja mama & abah dia camtu, kena oncall jer !

Nanti aku tulis lagi bila ada perkembangan.

Till then, take care & Cherio!

No comments: