Showing posts with label Operasi. Show all posts
Showing posts with label Operasi. Show all posts

Monday, June 01, 2009

Ops. Panther 27-28/5/09 di Felda Kota Gelanggi 3, Pahang


Went to Felda Kota Gelanggi 3 for a ResQ on 27-28/5/09. It was a male Black Panther
( panthera pardus delacouri ). Estimated weight for him is about 45-52 kgs. Its age is estimated at 6-7 years.

Journey bermula pada jam 8.00 malam dari Melaka ke Jerantut. By the time kitorang sampai Jerantut pada jam 12.30 pagi, hujan renyai ke arah hujan lebat. Sepanjang malam hujan ... berbuih mulut berdoa agar masa operasi esoknya dah tak hujan. Kitorang bermalam di Hotel Sakura Castle Inn kat bandar lama Jerantut. Boleh tahan la biliknya ... 3 ke 4 biji hotel kitorang tanya untuk bermalam, tapi semuanya fully booked. Nasib baik kat hotel ni masih ada bilik kosong .... kalau idak, tido dalam keta la jawabnya.

Operasi sepatutnya bermula pada jam 10.30 pagi, tetapi terpaksa ditunda ke jam 12.30 tengahari kerana orang Pahang ada hal di sebelah pagi. Menunggu diorang pon dah 2 jam di Pulau Tawar. Kenapa tak gi sendiri ke site? Hmm ... macam la kitorang tahu tempatnya!

Terkujat sekejap masa nak gi resQ ... rupanya , perangkap tu dipasang jauh ke dalam ladang kelapa sawit Felda Kota Gelanggi 3. Kitorang kena masuk OFF ROAD sejauh lebih kurang 25 km. Dah tu, bayangkan kalau off road lepas hari hujan? Hmm ... berlemoih ( cakap orang utara! ) jugak la keta kitorang. Oh ya ... kitorang pegi naik Jimny & Hilux je. Nasib baik la aku tak mengandung ... kalau tak, mau terberanak aku dalam keta sebab jalannya ... nauzubiLLah punya jalan ... berbatu-batu & berlekuk-lekuk! Sampai kat site, bebudak ladang dah penuh kat area perangkap dipasang. Rupa-rupanya , perangkap tu dipasang berhampiran dengan sebuah kandang penternakan kambing.

Panther tu terpaksa di sedate untuk angkut keluar dari perangkap. Aku gunakan Zoletil 100 je. Perangkap lak atas bukit, so, terpaksa angkut turun & buat mende-mende yang sepatutnya dibuat semasa resQ seperti masukkan transponder ( IC binatang tu! ), ukur panjang, tinggi, dan badan panther tu serta ambil sampel darah & bulu untuk DNA cryotyping. Renyah ... tapi bagi orang yang tak biasa akan kata kitorang seronok gi jenjalan tempat orang. Kitorang hanya pergi berempat je sebab ni resQ haiwan saiz sederhana. Kalau resQ tapir, memang kitorang kena gi ramai orang sebab nak mengangkatnya bukannya ringan. Rata-rata berat tapir adalah antara 200 kg ke 250 kg. Pewai jugak la kalau nak harapkan orang zoo je! Balik dari resQ panther ni pun pewai .... journey yang jauh membuatkan badan lagi letih!

Sepanjang perjalanan kitorang bawa slow je. Panther tu pun sedar dari sedation dia about 1.5 jam. Kitorang berhenti kat Petronas Serting untuk isi minyak kenderaan dan juga nak mandikan panther yang bergelumang ngan lumpur tu.

Sampai balik ke Zoo at about 6.15 pm...debuk debik nak turunkan binatang dah dekat jam 6.45 pm. Balik resQ, aku kena tunaikan janji aku ngan anak-anak lak ... gi amik basikal depa yang dibaiki kat kedai. Najib lak, sampai balik dari kursus malam tu .... dia gi kursus Bahasa Inggeris kat IBD selama 5 hari, bermula Isnin 25/5/09. Seronok diorang dapat mendalami English ... ni dia dah balik JB.

kitorang mungkin bercuti, balik kampung kat Kulim,Kedah dari 8-12/6/09. Bukan apa, nak bawa anak-anak balik kampung ... Mira? dah nak dekat setahun dah umur nya. Time ni dia mula nak ringankan badan ... berak cair la ... demam la ...pening kepala aku!

Okay la, aku stop kat sini .... next time kalau ada citer menarik, akan dicoretkan lagi.
Till then, take care & cherio!

Sunday, May 03, 2009

Ops Tapir di Kampung Gajah Mati, Jamaluang, Johor

Pada 29/4/09 jam, 11.00 mlm, iaitu sejurus selepas citer CSI VEGAS ... aku terima panggilan telefon dari Halid ( Ketua Projek Jamaluang ) yang mengatakan ada tapir kena resQ di Kampung gajah Mati. Giler ke ... jam 11 malam lak tu! Mana nak meraba orang nak ajak pi sana! Last-last aku minta dia call bos aku. Bos baru aku ni cerewet sikit. Aku taknak lak dikatakan pekerja yang tak hormat bos. Cara bos baru ni AMAT BERBEZA dengan bos lama ( Mantan ).

At 8.15 am keesokannya ( 30/4/09 ), aku dah bersiap sedia nak hantar anak2 bulu aku masuk wad kat Hospital Veterinar, bos tipon aku. Dia minta aku tangguhkan ke UPM & gi resQ tapir kat Jamaluang. Katanya bos Johor dah tipon dia. So, aku terpaksa take lead untuk pi resQ ni. Bos nak tengok senarai orang yang akan pi & nak tau kenderaan mana yang nak digunakan untuk operasi ni. Mana nak kumpul orang, cari crate, baiki crate ( ada rosak skit ) dan cari kenderaan. Aku malas sebenarnya nak pi sebab AKU BUKAN PEGAWAI VETERINAR!. Untuk kes resQ tapir ni, aku kena guna Immobilon ( sejenis morphine-based yang merbahaya! ) dan yang authorised utk guna hanyalah Doktor Veterinar! Ni la susahnya kalau kat Zoo ni takder Pegawai Vet. Aku buat keja free tanggung kerja Peg. Vet & untuk operasi, kalau la terjadi insiden yang tak baik, aku boleh mati katak jer! Anyway, disebabkan atas rasa tanggungjawab dan kesian kat haiwan Zoo, aku tawakkal jer la!

Aku gerak dari Zoo dengan lagi 7 orang team aku ( termasuk driver - aku pandu pajero & driver pandu Hilux! ) jam 11.00 pagi. Kitorang sampai ke lokasi jam 3 petang. Lokasinya dalam kebun kelapa sawit & bersempadan ngan belukar. Tapir tu tak isolated, bebas cuma kurang gerak sebab dia ada banyak buah-buahan kat kawasan tu & tapir tu juga cedera , berkemungkinan ditembak di belakangnya. Mungkin pemburu haram, guna Bulk Shot , sebab ada 2 lubang kat situ ... siap ada ulat lagi!Lupa lak nak bagitau, tapir tu Betina ... age lebih kurang 4-5 tahun. Perjalanan untuk dart ada la lebihkurang 200 meter dari jalan kelapa sawit ke dalam belukar. Kalau boleh di selamatkan manually , lagi aku suka sebab tak payah guna tranquiliser! Dalam keadaan cenggitu, aku gunakan hanya 0.3 ml Immobilon sahaja ( pure ) & tapir tu tidur ... senang team aku nak angkat masuk tong. Guess what! Berat tapir tu adalah 253 kg! Berat giler!

Settle semua kerja dalam jam 6.30 petang. Break sekejap untuk minum , makan & solat kat Felda Nitar 2. Gerak semula jam 7.30 mlm untuk balik ke Zoo. Tapir tu dah sedar tetapi disebabkan hepatic cycling, dia masih laloq masa kitorang gerak balik. Perjalanan amik masa 4 jam, nagn trellar panjang banyak kat laluan Kahang - Kluang ..... tension betul!

Sampai Zoo jam 11.00 malam ... Baru noticed, semua event berkaitan jam 11. Settle turunkan tapir tu dalam 11.30 malam. Penat giler! Dah la tu, minggu ni minggu kerja lak tu. Badan exhausted tahap cipan ni!

Ok la, nanti update lagi. Till then, take care & Cherio!

Wednesday, February 14, 2007

OPERASI TAPIR KAT KUANTAN 12/2/2007


Hi all ...
Just came back from a Tapir rescue at Sg Soi, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Dia ni betina and now dah hantar ke Pusat Konservasi Badak Cipan di Sg Dusun, Selangor Darul Ehsan.
Received an order from my bos at 10.30 am 12 February 2007 ( Monday ). Ada anggota PERHILITAN Kuantan telefon dia ... minta selamatkan seekor tapir betina , full grown adult jatuh ke dalam perigi yang penuh dengan lumpur sedalam 12 kaki. Masa gambar di atas dirakamkan, tapir tu dah penat... terlalu penat ... kitorang suspect dia ni pregnant. Dasar jantan keparat ... dibiarkan tapir tu cari tempat beranak sesekor ... dah la dibuntingkan ...iskh!iskh!
Anyway, we managed to get her out . Our team arrived at the site at about 5 pm, bergerak dari zoo at 12 noon. Hujan lebat & gerimis di sepanjang jalan highway Segamat-Kuantan. Sebaik sampai, Dr Vet dari HQ dah ada kat sana & kita pun mulakan operasi menyelamat. Kitorang terpaksa minta back hoe korekkan tebing perigi tu untuk buat path bagi tapir tu masuk ke crate. Tenaga kerja dah la tak ramai .... Lastly, dapat naikkan dia without guna any tranquilisers at about 7.00 pm. Penat giler ... dah la team tak makan lunch, hanya makan roti jer dalam perjalanan.
Bergerak balik ke Melaka after having our lunch-ner at Ilham Tomyam, Kuantan on the way back .. semua yang ada punya la pelahap ... makan tak ingat dunia! Kitorang share bayar RM 71.00 semua sekali! Pastu kitorang berpecah, kenderaan Hilux yang bawa tapir tu gerak terus ke Sg Dusun bersama 3 ahli and pajero yang I drive balik ke Melaka dengan 5 ahli ( including me! ). Balik ikut Temerloh-Triang sebab nak elak Lori Balak. Sampai Melaka at 1.30 am 13/2/07. Nasib baik tak rempuh sekatan polis yang dibuat dalam gelap selepas selekoh. Bodoh betul!
Okay la.. tapir tu pu dah selamat kat Sg Dusun. Letih tu letih ... tapi best! Harap2 ada lagi rescue before confinement sometimes in September. Amin....
Till then, take care & Cherio!

Thursday, January 25, 2007

Eddy...

Just got back from Zoo Negara yesterday evening ..... brought back a male Orang Utan named EDDY ( originally from Sepilok, Sabah ). Bukan tu aja as an Exchange Programme .... ada Capybara ( the BIGGEST rodent ) and also a pair of Flying Fox. Tapi hari ni kita nak citer pasai EDDY ....


Eddy ni berusia 21 tahun sekarang. Pada umur camni dia dah ada serious dental problems. Kalau tengok gambar, gigi semua dah tinggal gusi dan taring pun hanya tinggal sebelah je. Lagi sebelah tu macam dah kena korek ngan backhoe dan boleh di tanam pokok kat dalamnya. Tapi jangan tak caya ..... Eddy ni masih teruna lagi ! Belum pernah buat projek ! Hehehehehe ....

Ingat lagi, masa I was working at the Zoo Negara, umur Eddy baru 10 tahun setengah. Masa tu boleh didukung lagi. Dia ni manja ngan keeper di, Abang Ramli. Semalam masa sampai kat Zoo Negara, terkezut badak aku sebab rupa Eddy dah tak comel lagi .... berat badannya estimated about 120 kg.

Sampai dari Zoo Negara dah pukul 6.15 petang. Cuak juga di sepanjang perjalanan balik, mana la tau kalu taufan melanda and Eddy escape dari cratenya .... takke haru jadiknya !Bayangkan ada Orang Utan kat tengah-tengah highway ..... hmmmm .... but Alhamdulillah, semuanya selamat and he behave nicely sepanjang 2 hrs journey back to Melaka. Kat Zoo , dia kena tranquilise again selepas dilakukan perkara yang sama kat Zoo Negara. Kali ni, kitorang cungkil dan cuci lubang kat taring tu. Baunya ...... SubhanAllah !! Punya la busuk ! Dalam gigi tu penuh ngan hampas tebu yang tah dah berapa kurun ada kat dalam tu ! Kalau gi dentist rasanya dia pun pengsan masa dok ngorek gigi tu.

Eddy diambil oleh Zoo Melaka untuk program breeding since Zoo Melaka pun dah lama takder baby Orang Utan.Last sekali si Mawar, dua tahun lepas. So, kita akan kawinkan dia ngan Orang Utan dari Sabah yang lain ... sama ada Anita, Marina atau Tini. Semoga dikurniakan anak-anak yang comel .... Aminnnn ....

Okay la, malas nak citer pepanjang lagi pasai Eddy. sekadar nak update blog jer. Nanti kita cari bahan lagi. Till then, Take Care & Cherio!




Thursday, December 28, 2006

OPERASI BUAYA

~ Najib ( Suami tersayang ) & Renjer PERHILITAN Melaka di lokasi ~

Pada jam 12.39 malam, tanggal 26/12/06 lalu, received a phone call from my Bos saying that my hubby & I have to go for an operation regarding Crocodylus porosus ( Buaya Tembaga laaa... ) kat laman rumah orang, melahap ternakan orang kampung. Tak percaya gak at first but called him back at 6.50 am to confirm. At 7.30 am, susah payah la sediakan team untuk menangkap haiwan tersebut. Dalam hujan renyai-renyai, pi kat lokasi. Mula-mula gi kat Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Surau Kampung Tasek Sg. Rambai untuk jumpa ngan orang kampung yang witness sendiri kehadiran makhluk berkenaan. Lpeas interview lebih kurang, kitorang gi kat lokasi sebenar kejadian. Turut sertai kitorang adalah ADUN Sg Rambai, Datuk Abu Pit dan Pengarah Zoo Melaka sendiri. Kat lokasi, air bah masih lagi pada paras 4 kaki dari lantai ( paras pinggang orang dewasa ). Nak masuk ke situ terpaksa menggunakan boat. Sementara nak uruskan bot, kitorang balik ke Zoo jap. Tak sampai 15 minit, orang kampung telefon mengatakan buaya tu timbul semula melahap ternakan ayam orang kampung. Kali ni kat rumah bersebelahan lak. Tiba kat lokasi, kitorang diikuti oleh krew RTM Melaka yang dahagakan berita sensasi. Untuk elakkan mereka, kitorang gi kat benteng di seberang kampung untuk tinjau jalan untuk bot lalu. tinjau punya tinjau, rupa-rupanya krew RTM dapat merakamkan hamba Allah tersebut timbul .. mereka ni masuk redah jer air bah ngan pajero mereka. Mulanya tak caya gak, tapi lepas replay rakaman, memang sah itu Buaya Tembaga. Dianggarkan panjang buaya tu lebih kurang 4-5 kaki dengan berat kurang dari 100 kilogram. ( kategori buaya "remaja"). Pengarah soh kitorang berkerjasama ngan anggota Unit Kuatkuasa PERHILITAN Melaka untuk pemantauan 24 jam. Sonye .... aku pun kena la oncall 24 jam jugak! Hari pertama aku balik jam 7.00 malam. Pas tu had to entertain akak aku yang kerja JPA tu lak .... had dinner with them kat Asam Pedas Hajah Mona kat Tengkera. Hmmmm....

Hari Kedua, 27/12/06 aku gi lewat sikit at 11 am ke lokasi. Tak nampak kelibat langsung timbul walaupun dah round guna bot 4-5 kali. Habis satu kampung kitorang pusing sebab air lambat surut. Hingga hari ni, kat rumah yang belakang-belakang, air bah masih lagi paras pinggang ( ~ 4 kaki dalam ). Bangkai kambing, ayam, kucing bergelimpangan sana sini. Kalau tak kerana kerja, aku tak sanggup nak meredah air bah tu yang dah berbau hanyir semacam jer.... Isskhhh .... uuuwwweeekkk! Tapinya, yang aku herankan, orang-orang kampung yang dok kat kawasan tu berduyun-duyun balik ke rumah depa dengan alasan nak basuh rumah. Nak basuh apanya kalau air masih kat paras pinggang? Siap bawak anak-anak kecil & mandi air bah tu ... Kalau aku, tak sanggup! Sanggup kah anda? Alasan depa, takut ada orang curi bebarang kat rumah mereka. Hisshhh.... siapa berani nak redah air yang dah tertera ada buaya kat situ?

Hari ni hari ketiga... malas aku nak stay sebab dah 48 jam berkawal, bukan sahaja kelibat buaya tu, bunyi kentut buaya pun tak kedengaran! Hampeh!! Lagipun tadi ada perjumpaan dengan Ketua Pengarah PERHILITAN yang baru dilantik. Tunggu jer call dari UKK Melaka untuk penangkapan kalau mereka terjumpa. Lagipun air lambat betul surutnya!


~ Semasa crating ~

Dalam perkembangan lain, pada 20/12/06 lalu, aku gi Kompleks Kargo & Animal Hotel kat KLIA untuk penghantaran pulang seekor Orang Utan Sumatera ( Pongo pygmaeus abellii ) ke Jakarta dan seterusnya ke Sumatera. Jangan sangka manusia je ada PATI, hidupan liar pun ada PATI. Orang Utan ni namanya " HANSEM ".. dah bermastautin kat Zoo Johor sejak usianya 5 tahun. masa hantar pulang, usianya lebih kurang 16 tahun. Lamanya dia jadi PATI kat Malaysia. Kalau dia kerja, dah jadi trillionaire dah dia bila balik ke Sumatera. Pas ni ada 4 ekor lagi nak hantar pulang ke Kalimantan lak. Hmmm....

Penuh jadual aku sepanjang Disember ni. Anak-anak aku lak kedua-duanya dah kena demam selsema & batuk. Kesian diorang ... tapi nak buat camner, dah kerja mama & abah dia camtu, kena oncall jer !

Nanti aku tulis lagi bila ada perkembangan.

Till then, take care & Cherio!