Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Saturday, June 06, 2009

Balik Kampung .... KULIM 8-12/6/09


Hi all,

Ni nak habarq mai yang kitorang akan balik kampung sempena cuti-cuti skolah lusa. We are heading to my hometown at KULIM from 8-12/6/09. Bukan apa, kesian kat the kids yang tak pi memana pun cuti ni. So, decided nak balik utara sebab, dah balik Pahang cuti Hari Guru tempohari.

Kitorang akan gerak dari Melaka Hari Senin, 8/6/09 sebab, hari Sabtu & Ahad tu I have to work. Kebetulan kena lak masa minggu I supposed to be the Duty Officer kat Klinik. Lagipun, my sister from KL nak datang jenjalan kat Melaka & will be staying at my place.

Anything new? Hmm ... I dah cool down a bit dari kepanasan hari tu BUT still kalau ada yang trigger akan meletup lagi sekali.

Okayla ... nanti balik dari cuti, I will update lagi.

Till then, take care & cherio!

Monday, June 01, 2009

Ops. Panther 27-28/5/09 di Felda Kota Gelanggi 3, Pahang


Went to Felda Kota Gelanggi 3 for a ResQ on 27-28/5/09. It was a male Black Panther
( panthera pardus delacouri ). Estimated weight for him is about 45-52 kgs. Its age is estimated at 6-7 years.

Journey bermula pada jam 8.00 malam dari Melaka ke Jerantut. By the time kitorang sampai Jerantut pada jam 12.30 pagi, hujan renyai ke arah hujan lebat. Sepanjang malam hujan ... berbuih mulut berdoa agar masa operasi esoknya dah tak hujan. Kitorang bermalam di Hotel Sakura Castle Inn kat bandar lama Jerantut. Boleh tahan la biliknya ... 3 ke 4 biji hotel kitorang tanya untuk bermalam, tapi semuanya fully booked. Nasib baik kat hotel ni masih ada bilik kosong .... kalau idak, tido dalam keta la jawabnya.

Operasi sepatutnya bermula pada jam 10.30 pagi, tetapi terpaksa ditunda ke jam 12.30 tengahari kerana orang Pahang ada hal di sebelah pagi. Menunggu diorang pon dah 2 jam di Pulau Tawar. Kenapa tak gi sendiri ke site? Hmm ... macam la kitorang tahu tempatnya!

Terkujat sekejap masa nak gi resQ ... rupanya , perangkap tu dipasang jauh ke dalam ladang kelapa sawit Felda Kota Gelanggi 3. Kitorang kena masuk OFF ROAD sejauh lebih kurang 25 km. Dah tu, bayangkan kalau off road lepas hari hujan? Hmm ... berlemoih ( cakap orang utara! ) jugak la keta kitorang. Oh ya ... kitorang pegi naik Jimny & Hilux je. Nasib baik la aku tak mengandung ... kalau tak, mau terberanak aku dalam keta sebab jalannya ... nauzubiLLah punya jalan ... berbatu-batu & berlekuk-lekuk! Sampai kat site, bebudak ladang dah penuh kat area perangkap dipasang. Rupa-rupanya , perangkap tu dipasang berhampiran dengan sebuah kandang penternakan kambing.

Panther tu terpaksa di sedate untuk angkut keluar dari perangkap. Aku gunakan Zoletil 100 je. Perangkap lak atas bukit, so, terpaksa angkut turun & buat mende-mende yang sepatutnya dibuat semasa resQ seperti masukkan transponder ( IC binatang tu! ), ukur panjang, tinggi, dan badan panther tu serta ambil sampel darah & bulu untuk DNA cryotyping. Renyah ... tapi bagi orang yang tak biasa akan kata kitorang seronok gi jenjalan tempat orang. Kitorang hanya pergi berempat je sebab ni resQ haiwan saiz sederhana. Kalau resQ tapir, memang kitorang kena gi ramai orang sebab nak mengangkatnya bukannya ringan. Rata-rata berat tapir adalah antara 200 kg ke 250 kg. Pewai jugak la kalau nak harapkan orang zoo je! Balik dari resQ panther ni pun pewai .... journey yang jauh membuatkan badan lagi letih!

Sepanjang perjalanan kitorang bawa slow je. Panther tu pun sedar dari sedation dia about 1.5 jam. Kitorang berhenti kat Petronas Serting untuk isi minyak kenderaan dan juga nak mandikan panther yang bergelumang ngan lumpur tu.

Sampai balik ke Zoo at about 6.15 pm...debuk debik nak turunkan binatang dah dekat jam 6.45 pm. Balik resQ, aku kena tunaikan janji aku ngan anak-anak lak ... gi amik basikal depa yang dibaiki kat kedai. Najib lak, sampai balik dari kursus malam tu .... dia gi kursus Bahasa Inggeris kat IBD selama 5 hari, bermula Isnin 25/5/09. Seronok diorang dapat mendalami English ... ni dia dah balik JB.

kitorang mungkin bercuti, balik kampung kat Kulim,Kedah dari 8-12/6/09. Bukan apa, nak bawa anak-anak balik kampung ... Mira? dah nak dekat setahun dah umur nya. Time ni dia mula nak ringankan badan ... berak cair la ... demam la ...pening kepala aku!

Okay la, aku stop kat sini .... next time kalau ada citer menarik, akan dicoretkan lagi.
Till then, take care & cherio!

Thursday, March 12, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA dari 14-21 Mac 2009


Dear Readers ....
Aku akan balik ke Kedah dan daerah-daerah yang sama waktu dengannya dari 14-21 Mac ni. Oleh yang demikian, amatlah susah untukku mengabdikan diri kat CC kat memana untuk update blog ni.Dengan intu, kepada reader-reader yang berkenaan dan yang berhajat nak buat appointment ngan aku ni, sila tipon mengikut nombor-nombor yang telah aku kasi pada korang ... ( perasan orang nak jumpa la konon! )

Sementelah itu, aku juga akan menghala ke arah Langkawi untuk percutian family aku ( family Vacation ) yang julung-julung kali dapat aku adakan buat anak-anak aku yang tersayang. Aku akan stay kat Bella Vista Hotel & Apartment dari 16-18 Mac.

Okay la ..... nanti aku updatekan tentang percutian kami di dalam blog kesayangan ini. Ini termasuklah update ngan gambar-gambarnya sekali.

Till then, take care & cherio!

Wednesday, January 07, 2009

PD trip 2-4 January 2009


Yup! Kitorang gi last minute family vacation kat Kemang Indah Condo, Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Bukan apa, dah lama tak gi trip cenggini. Kesian kat bebudak tu since I tak dapat cuti kerana menanggung kerja masa cuti sekolah tempoh hari. Sure ! .... The kids enjoyed it! Seronok tengok gelagat diorang yang tak jemu-jemu nak mandi kat pool. Tak pandang dah mandi laut macam selalu!

Amira? Well, this is her first vacation sejak lahir. Bibik ? Dia pun sama ... Yang pentingnya, SEMUA ORANG GEMBIRA!

Tak banyak gi melawat tempat. Banyak lepak kat Kondo, mandi pool!

Balik, kelam kabut sediakan perkakasan persekolahan yang akan dibuka pada 5/1/09. Nasib baik Najib ambil cuti sampai 6/1/09 ... at least dia boleh settlekan persekolahan Amir.

Hari ni, first day I have to send diorang ke sekolah. Haru-biru sekejap. Dah la terlewat , traffic light kat sekolah lak macam bengong! Ada ka ... kereta masih kat line kuning ( besar giler line kuning dia! ) tetiba lampu bertukar merah! Siapa la engineer yang design traffic light kat simpang sekolah tu! I wonder ...

Okay la. Stop sini dulu. Take Care & Cherio!

Friday, March 09, 2007

Balik Kampung.....10/3/07 till 19/7/07

Just to inform, we will be heading towards Kulim, Kedah for holidays and also visiting my father ( again.. ) at the Hospital. It's kindda long holidays ( or should I say vacation? ) ... starting tomorrow 10/3/2007 till 19/3/2007.

Esok pagi maybe nak gi kenduri kahwin kat Hulu Langat dulu before balik Kulim. Mungkin akan sampai kat Kulim malam. Maklum laa... musim cuti sekolah ni juga dikenali sebagai musim kahwin bagi mereka-mereka yang dah sampai seru. Aku dah lama dah menyahut seruan tu, dah ada 2 result yang berjaya dibukti kan.. ( ? ) Sekarang ni pun tengah menunggu lagi satu result dalam experiment ... hahahahaha... faham tak maksud ayat di atas ??

Yang dapat dilihat, the kids tak sabar-sabar nak balik ziarah wan kat kampung. The maid lagi laa... mengalahkan the kids. Masa ni tral untuk the maid to behave herself as I told her that there is time for me to change back the decision. I can change the decision within 24 hours. So now, she is polite, no rudeness ... doing things without any intructions ...bla..bla..bla.. Yesterday evening, I received my phonebill .. shocked to see that my maid had called up her brother in law in the afternoon and talked for almost 40 minutes ! Mannn... now she has to pay RM 26.80 for that call and also other calls which reached RM 54.00. Good for her ! At least she knew that I am not joking whenever I do the talking and something related with expenses. For this month's salary, I will deduct RM 54.00 ... then I told her ... " Lain kali, call Baling lagi masa siang ... dah berbuih mulut saya suruh awak call pada malam hari jam 9.00 ke atas tapi degil ... Ingat Baling ngan Melaka tu sebelah rumah jer ? "

Okay la, nanti citer lagi bila dah balik dari cuti. Doakan semuanya selamat. Till then ....

TAKE CARE & Cherio!

Tuesday, January 16, 2007

PD Weekends 12/1/07 till 14/1/07


Went to Port Dickson for weekends with family from Friday till Sunday. Our main agenda was to have a break from work and be with the kids.

Reached PD at about 4.00 pm and checked in at the Kemang Indah Condominium ( well, I'm a member of Leisure Holidays thou ! ). Managed to get a pool side view unit. The kids were very happy to see the pool coz' they haven't been to the pool since early 2006. Kitorang tak ambil vacation the whole 2006 and our connecting points banyak giler!

Minggu ni jugak berpeluang untuk gather ngan Kakak Angkat I, seorang Dr Homiazura Othman. Dia jadi kakak angkat I since I was in the primary school ... Ex-MRSM Jasin . Kitorang pernah lost contact beberapa tahun. Dia pun dah berfamily, anak dah 2 orang. Dia belanja kitorang dinner Friday night. Dia akan bertukar tempat kerja dari Hospital Port Dickson ke Hospital Melaka sebab husband dia, Abang Nokman, dah buka business komputer di Masjid Tanah... so dia nak settle down kat sana since family dia pun kat Masjid Tanah.


Second day kat Port Dickson, gi Muzium ATM. Best giler gi sana sebab cara intepretasi mereka amat berkesan dan kita juga dapat mengenali sejarah Malaysia dari zaman penjajah hingga lah sekarang. The kids enjoyed it! Kita juga boleh merasakan bagaimana PKM ( Parti Komunis Malaya ) tinggal di dalam terowong and also boleh tahu aktiviti mereka dan ubat-ubatan yang telah digunakan sepanjang mereka tinggal dalam terowong tersebut. Others, dapat bergambar ngan tankers, caribou, helicopter dan juga jet pejuang. Besttt !







Both my sons tak nak balik ke Melaka sebab dah seronok sangat bercuti. Bukan apa, diorang seronok mandi laut & also mandi swimming pool. Next time boleh spend our weekends again kat PD. Lagipun kat situ sahaja lokasi terdekat untuk pergi bercuti.

Balik Melaka on Sunday .... semua exhausted dan esoknya nak kerja lak.

Okay la .. bila ada story nanti I write again. Till then, Take Care & Cherio!