Just got back from Zoo Negara yesterday evening ..... brought back a male Orang Utan named EDDY ( originally from Sepilok, Sabah ). Bukan tu aja as an Exchange Programme .... ada Capybara ( the BIGGEST rodent ) and also a pair of Flying Fox. Tapi hari ni kita nak citer pasai EDDY ....
Eddy ni berusia 21 tahun sekarang. Pada umur camni dia dah ada serious dental problems. Kalau tengok gambar, gigi semua dah tinggal gusi dan taring pun hanya tinggal sebelah je. Lagi sebelah tu macam dah kena korek ngan backhoe dan boleh di tanam pokok kat dalamnya. Tapi jangan tak caya ..... Eddy ni masih teruna lagi ! Belum pernah buat projek ! Hehehehehe ....
Ingat lagi, masa I was working at the Zoo Negara, umur Eddy baru 10 tahun setengah. Masa tu boleh didukung lagi. Dia ni manja ngan keeper di, Abang Ramli. Semalam masa sampai kat Zoo Negara, terkezut badak aku sebab rupa Eddy dah tak comel lagi .... berat badannya estimated about 120 kg.
Sampai dari Zoo Negara dah pukul 6.15 petang. Cuak juga di sepanjang perjalanan balik, mana la tau kalu taufan melanda and Eddy escape dari cratenya .... takke haru jadiknya !Bayangkan ada Orang Utan kat tengah-tengah highway ..... hmmmm .... but Alhamdulillah, semuanya selamat and he behave nicely sepanjang 2 hrs journey back to Melaka. Kat Zoo , dia kena tranquilise again selepas dilakukan perkara yang sama kat Zoo Negara. Kali ni, kitorang cungkil dan cuci lubang kat taring tu. Baunya ...... SubhanAllah !! Punya la busuk ! Dalam gigi tu penuh ngan hampas tebu yang tah dah berapa kurun ada kat dalam tu ! Kalau gi dentist rasanya dia pun pengsan masa dok ngorek gigi tu.
Eddy diambil oleh Zoo Melaka untuk program breeding since Zoo Melaka pun dah lama takder baby Orang Utan.Last sekali si Mawar, dua tahun lepas. So, kita akan kawinkan dia ngan Orang Utan dari Sabah yang lain ... sama ada Anita, Marina atau Tini. Semoga dikurniakan anak-anak yang comel .... Aminnnn ....
Okay la, malas nak citer pepanjang lagi pasai Eddy. sekadar nak update blog jer. Nanti kita cari bahan lagi. Till then, Take Care & Cherio!
4 comments:
amin.. heheh.. weit dah nak tukaq kerja jd dentist pulak ka?
Bukan dentist aaa.. tapi nak buat camner..aku ni kan serba boleh !!
Kesian kat dia.. la ni makan bubur nasi jer..
aik?? nak kawinkan org hutan??.. hehe nak tanya, ada sesi nikah ker? aahhakkss
hi rimaugirl
bestlah kerja you..u have such passion for your job..!
(..tumpang lalu )
Post a Comment