Tuesday, June 12, 2007

Bowling Friendly Tournament 8/6/2007



Bebaru ni aku ngan neighbour aku gi KL untuk Bowling Tournament antara Jabatan PERHILITAN ngan Edaran Computer. Game ni buat kat Pandan Indah Lake Club. Kitorang beegerak awal dari Melaka sebab nak cari tempat tu... itu la first time gi sana. Ingatkan yang dikatakan Pusat Boling tu se GAH namanya tapi hampeh...! Tak best langsung lane nya.

Kitorang sampai KL around 1.00 pm. Masa tu orang tengah Solat Jumaat. Mana kitorang lepak? Hmmm... kitorang gi praktis bowling kat Flamingo Hotel ( kan ada Ampang Superbowl kat atas hotel tu ! ). Lane dia cun siot! Letak je bola bowling tu ... meluncur je... Banyak lane lak tu ! Dah tu murah giler. Pakej yang ditawarkan adalah 4 games hanya untuk RM 12.00. Murahkan? Pas tu lepak sekejap kat Tasik Pandan Perdana. Sempat lagi shopping kat Econsave berdekatan. Took a short nap kat tepi tasik tu. Bila bangun, teringat la nak pi Refleksologi kat Lake Club tu. Harga boleh tahan ... RM 40 sejam, siap soaking kaki lagi. Sedap orang Cina tu urut. Dia pure Chinese dari Tanah Besar China. Dah tu tak reti cakap Melayu ataupun Inggeris. Yang dia tahu Mandarin. Jadi la umpama ayam & itik bercakap ... dia cakap mandarin & kitorang cakap Melayu ngan dia .. hehehehe ... Last-last, kitorang jadi cikgu, ajar bahasa malaysia kat dia ni.


Bowling game started at 8.45 pm and finished at about 11.30 pm.I got 2 nd place dalam game ni. Secara tak langsung, aku ni juara PERHILITAN ..... BANGGA siot! Tak rugi habiskan duit datang KL untuk itu. Malam tu tido kat rumah my sis kat Bukit Antarbangsa. Balik time, singgah Bangi jumpa my aunt.Pas tu baru balik Melaka.

Sampai Melaka at about 5 pm. Ada Karnival Gegar nearby kat Dataran Sejarah Ayer Keroh. Orang toksah cakap la.. ramai giler! Depa ni tak reti dok kat rumah ke cuti-cuti ni! Hmmm....
Malam, depa ada lak pertandingan karaoke 60-an . Bising kat rumah takyah cakap ler.. nak tido pun seksa! Malam Ahad lak ada Konsert Gegar. Sempat la gi beli biskut julie's & juga Pearl Cafe. Murahhhh...!

Okayla.Nanti bila ada story citer lagi.

Till then, Take CAre & Bye!

p/s, Happy 25th Birthday to Nor Azura Zakaria kat PERHILITAN Melaka. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

1 comment:

Rina said...

Congrats menang bowling!

Rina, slalu juara longkang. Both longkangs slalu licin bila Rina main.

Fahroe tau sesangat la, tak larat dia nak ajar. Bos opis lama pun tak larat geleng kepala.