Sunday, December 16, 2007

Res-Q @ Rompin


Baru balik dari Res-Q anak gajah berumur lebih kurang 1.5 bulan kat Pejabat PERHILITAN Rompin dari 14-15/12/07. Nama anak gajah ni Rompin. Kesian dia ... parents dia lari selamatkan diri & tinggalkan dia. Dah la masih menyusu lagi!

Team kitorang bergerak dari Zoo Melaka lepas solat Jumaat.At first Pegawai Vet sendiri nak gi tapi dia takut tak sempat balik sebab hari Ahad dia ada kursus. So, dia suruh I gantikan tempat dia. Kitorang gerak dengan 2 kenderaan. I drove all the way to & fro Pajero and another vehicle was lori 3 tan. Mula -mula staff kat situ kata dalam 3 bulan but bila sampai, kecik giler... assumed tak sampai 2 bulan pun ! They gave his name as ROMPIN sempena nama tempat ia dijumpai. Habis calar-balar badan dia ... rasanya dia manyusup bawah pagar chain-link. Nasib baik lukanya superficial jer. Sampai klat Pejabat PERHILITAN Rompin at about 9.30 pm. Semua keletihan.

Terkejut jaga at about 5 am sebab si Rompin ni memekak. Hujan tak yah cakap la ... sepanjang hari hujan. At 7 am, baru beri dia susu . Okay la ... dah pandai minum susu. Senang kerja! Pas tu gi cari kedai untuk beli susu lagi. Kitorang hanya bawa 10 kotak susu Dutch Lady Full Cream 1 liter. Rompin ni minum setiap 3 jam dengan 2-3 kotak sekali minum. Bila tanya roti ... guess what? Kat Pekan Rompin dah 3 hari takder supply roti ( semua jenis yang common) disebabkan banjir. Kesian orang-orang kat sana. Dapat la witness banjir kat sana. Jalan ke Pekan hanya untuk kenderaan berat & 4X4 je. Nasib baik ikut Mersing tak der halangan. Jalan Muaazam Shah masih tak boleh lalu due to banjir.

Gerak ke Melaka at 2 pm the next day dalam keadaan hujan renyai. Sepanjang jalan anak gajah tu tido je . Kitorang letak dia dalam crate , siap beralaskan rumput tebal lagi. So, sedap la tido. Sampaikan orang nak susukan dia pun dia marah! Sampai Melaka at 9 pm.Berhenti banyak kali gak ... As soon sampai, Saleng ( another calf yang dah lama kat Quarantine ) dah memekak. Habisla reputasi dia sebab ada lagi anak gajah yang lagi comel dari dia! Tumpuan semua sekarang pada anak gajah yang kecil ni ... Kesian Saleng!

Pagi ni, Si Rompin boleh adapt ngan persekitaran . Dia menyusu pun okay & banyak! Hope dia boleh survive .... Pada sesiapa nak sponsor susu kotak ( 1 liter ) Dutch Lady Full Cream, untuk both the Elephant Calves, please contact direct ngan Zoo Melaka ( En Masri ). At least nama korang akan terpampang bawah sponsorship kat kaunter depan Zoo Melaka. Saleng minum 4 kotak, 4 kali sehari bercampur dengan 1 buku roti 450 g setiap penyusuan. Rompin lak 3 kotak sekali penyusuan , setiap 3 jam tanpa roti sebab kecil lagi. Rompin akan minum susu bercampur roti pada usia 4 bulan. Fikir-fikirkan laa...

Okay la, stop sini dulu. Take Care & Cherio!

5 comments:

Anonymous said...

wahir aku nak bawak member indon aku pi pat anak gajah ni bleh tak hehheheheh

LediAgli said...

giler bes.. cute anak gajah tu.. btw, memang dia minum dutch lady je ke?

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

yup...memang dutch lady je yang confirm dia tak cirit.Kita guna yang dah disteril sebab kalau powder, lain orang, lain cara bancuhan & mungkin akan sebabkan cirit-birit.

Channel 11.5 said...

fuyo!!!

Rina said...

Met your friend, M. Nasir from Zoo Negara. Had a nice chat with the guy.

Also try beramah mesra Kathy. Ur fren panggil nama dia, si Kathy just sahut ajer. Tapi, tanak datang dekat. Hehehe. Pemalu agaknya.