Thursday, April 24, 2008

You're OLD when .........



You're Old When...

• You can live without sex, but not without your glasses.

• You quit trying to hold your stomach in, no matter who walks into the room.

• You enjoy watching the news.

• The phone rings, and you hope it's not for you.

• The only reason you're still awake at 4 am is indigestion.

• You're proud of your lawnmower.

• You start singing along with elevator music.

• You really DO want a new washing machine for your birthday.

• You routinely check the oil in your car.

• You've owned clothes so long that they've come back into style - TWICE.

• You no longer think of speed limits as a challenge.

• You consider coffee one of the most important things in life.

• 8 am is your idea of 'sleeping in'.

• You write thank you notes without being told.

• Neighbors borrow your tools.

• You answer a question with, "Because I said so!"

• Others ask for your recipes.

• You start Christmas shopping in August.

• You paint walls for a reason other than getting your deposit back.

• You don't like to drive after dark.

• You say the words, "Turn that music down!" too often.

• You point out what buildings used to be where.

• You know all the warning signs of a heart attack.

• You rake the yard without being told to.

• You can't remember the last time you laid on the floor to watch television

Friday, April 18, 2008

What Kind Of Music are YOU?




You Are Punk Music



You've thought long and hard about what mainstream society has to offer...

And you've pretty much decided that most normal things aren't for you.

You're creative, expressive, and likely to do things yourself.

You are a rebel and a fighter. You'll defend your point of view to anyone.

What City do YOU belong in?




You Belong in Rome



You're a big city soul with a small town heart

Which is why you're attracted to the romance of Rome

Strolling down picture perfect streets, cappuccino in hand

And gorgeous Italian people - could life get any better?

Wednesday, April 09, 2008

Apa Punya Nama Jalan daaa ....


Found out this nama jalan masa browse kat google ( masa freetime yesterday ) ....

Teruk jugak orang yang beri nama tu. Ada ka nama mencarut camtu di gazette kan kat Malaysia? Ni mesti masa dok cari nama jalan tu, orang yang bertanggungjawab tengah marahkan seseorang. Hmmm .... just a predictiction!

Jalan tu terletak di Bandar Sunway ( katanya laa.. ). So, anybody from that area yang dok baca blog ni boleh la clarify this matter .... boleh beritau sejarah nama ni ke ....

Hmmm ... Malaysian, banyak betul pengkayaan bahasanya! ... as for me, tinggal di Melaka for about11 years now, dah lali ngan mencarut orang Melaka ... lahanat laa, celaka laa ... babi ... bodoh ... cilanat laaa ... hawau .... etc, semua tu boleh membuatkan " culture shock" orang dari luar Melaka. Masa mula-mula datang dulu tergamam jugak ... tetiba disambut dengan caci-maki ...

Ok la, stop kat sini dulu. Take Care ...

Wednesday, March 26, 2008

Mana Pigi?? Lama Tarak Nampak ....

Hmmm ... dah lama giler tak update blog ni. Busy sejak balik dari bercuti. Banyak things happened around me & family. Antaranya :

1. 8-15/3/08
~ after mengundi kat Ayer Keroh, balik ke Kedah straight dari Melaka. At first nak balik Pahang dulu but cancelled last minit sebab program family Najib dipostponed. Takder la jam jalannya tapi penuh ngan perang poster kat sana dan kat sini.

~ hantar Si Midah the next day. Kat Baling dahsyat kempennya ... dia ada wau bulan, helikopter ngan infrared lagi, jet pejuang dan macam-macam lagi. Leka tgk benda-benda tu sampai terlepas simpang nak masuk ke kampung Midah.

~ hari Rabu tu, bawa the kids pegi jenjalan ke Perlis. Bawa ke Gua Kelam , Taman Ular , Projek Napuh Batu Pahat dan Padang Besar, Bermalam kat Putra Palace for the night sebab malam tu gi makan-makan dengan Syaf kat Kuala Perlis. It was a good dinner, kenyang makan ikan bakar. Accomodation was good, the kids enjoyed themselves kat pool walaupun rainy season.

~ Balik semula ke Melaka hari Sabtu tu . Terpaksa balik awal sebab nak exam on Monday. Jalan jam kat R&R Sg Buloh sepanjang 5 km. Sebabnya sikit jer..ada lori rosak kat jalan susur. Bengong!

2. 16-18/3/08
~ bergerak ke IBD ( drive Jimny Jabatan actually! ) untuk Peperiksaan PTK. Well, my first PTK sebenonya .. gabra jugak la. Mana ada study apa-apa sepanjang balik kampung tu. Dah tu, dapat sebilik ngan orang yang sekepala ... havoc dibuatnya! Keluar makan je sampai jam 11 mlm, balik, bukan nak study, tido terus. Habis je PTK hari pertama, gi ke Kuala Gandah, lepak ngan gajah-gajah kat situ, my friend lak siap mandi ngan gajah kat sungai.

~ Balik dari PTK, singgah UPM sekejap ... sempat beli handphone baru Nokia 3500C lagi! Klentong orang kedai cakap student, dapat harga murah! Baru RM 450 siap memorycard
256 MB.

3. 19/3/08
~Euthanised sekor Indochinese tiger. ID dia Mek Bunga. Lahir pada tahun 1992 di Zoo Melaka. Sebab euthanise? Dia ni ada Malignant lung tumour. Ia berpunca dari mastitis yang merebak jadik ketumbuhan pada "payudara" dia. We had removed the tumour tapi reoccured semula few months later. This time lagi teruk ..... dah takder selera nak makan, body condition makin hari makin menampakkan tulang, mata dah cengkung ke dalam dan macam-macam lagi.

4. 20/3/08
~ Kerja la ... dah cuti lama hari tu!

5. 21/3/08
~ Kena gi Seminar " Wanita ... kenali hakmu " di Masjid Al-Azim sempena MAulidur RAsul. Mazidul Akmar sebagai Moderator. Dia punya panel ok la jugak. Yang tak best, tetamu kehormat ( isteri CM ) datang lambat ... macam dia gi solat Jumaat lak! Supposed to start at 2.30 pm but dia sampai at 3.15 pm. Tension betul! Taula orang besau-besau!



6. 23/3/08
~ dapat panggilan suruh gi amik Tapir kat Labis, Johor. Memula diorang kata nak hantar, last-last kitorang kena gi rescue. Pandu pajero, lead the team untuk gi rescue. Tapir tu buta sebelah kiri mata, kaki kudung kena jerat ( tapi dah lama! ) dan kurus giler. Dah tu lokasi rescue kat Desa Sepakat. masuk kebun Kelapa Sawit sejauh 10 km ke dalam kebun baru sampai ke tempat tapir. Jalan dia takyah cakap la ... dalam kebun selepas hujan .... macamana jalannya?

~ Pajero buat hal masa nak balik. kat pekan Cha'ah, enjin berasap. Memula ingatkan bateri kong, tapi last-last rupanya radiator bocor besar! Stranded kat kawasan tu je dah 2 jam. Try contact merata ... even minta tolong driver backup untuk hantar kenderaan lain but that particular driver refused dengan alasan penat bawa tram ... hampeh betul! LAst-last team kitorang terpaksala bertunda ... hilux yang ada tapir tu tarik pajero perlahan-lahan sampai ke Melaka. Nasib baik tapir tu calm ... Sampai Melaka jam 1.00 pagi. Letih takyah cakap la ...

Ni pun ada senang sikit untuk update blog. Internet lak dua tiga hari ni buat hal ... hari ni boleh tahan sikit.

7. 25/3/08
~ Ada Meeting Bulanan Pegawai Zoo. Pepagi dah kena leter! Lagi tambah kerja ada la ... Exchange Programme menunggu. Yang bestnya, My Bos, My Vet tak tau I'm Pregnant ... saja taknak beritau diorang. Rasanya diorang notice kebesaran texture badan I but diaorang taktau pregnancy ni. Bagus laa...

Okayla...nak pi amik bebudak lak.
Till then, take care & cherio!

Friday, March 07, 2008

School Holidays ... Selamat Mengundi ...

I will be on leave this School Holidays ( emmm ... waktu tu je yang boleh travel jejauh ! ) dari 8/3/08 till 15/3/08 ... nak balik ke Kulim, Kedah Darulaman. Lepas ni dah susah nak travel jejauh sebab dah boyot ! BTW, balik tak balik pun selepas PRU ke-12 nanti. Balik ke Pahang dulu for a day sebab nak beli ikan patin yang orang Kedah pesan & then terus dari sana ikut Genting - Batang Kali punya route. Di mana mengundi? This year mengundi kat Melaka since alamat IC pun dah tukar ke Melaka. Kalau tidak haru biru sebab Najib akan mengundi kat Pahang & I will at Kedah. Dah menyimpang! That is why kitorang tukar alamat IC ke Melaka.

Lepas balik dari Kedah, nak ke Pahang semula sebab menduduki peperiksaan PTK ( TK1 ) kat IBD Lanchang, Pahang ( again! ). Buku satu apa tak baca lagi! Nak kena drive ke Pahang dari 16/3/08( petang ) and only be back to Melaka pada 18/3/08 ( malam ). Cuti Maulidur-Rasul? Kerja ... kena pulak minggu ke-3 bulan ni ( dah termaktub kena kerja! ). Sigh... sure restless giler!

Ok la, nak sambung kerja sikit lagi before bercuti.

Till then, take care & cherio!

Monday, February 25, 2008

I'm SORRY ... I was too BUSY to Update!


Firstly , sorry, terlalu busy sampai tak terupdate blog ni. Any new story? Hmmm ... baru balik dari menghadiri Kursus Modal Insan & Organisasi Berintegriti anjuran PERHILITAN kat IBD, Lanchang, Pahang. Since kat IBD hanya ada pemancar CELCOM, so, I bought another CELCOM number : 019 - 974 6447. La ni kena guna dua handphone la jawabnya. My MAXIS is still my primary number tapi kalau tak dapat dihubungi, boleh call another number tu. Went there dari 12-15 hb hari tu. Balik, dah sibuk ngan kes itu la..kes ini la... kena gi sana la...kena gi sini laa.. tu yang tak ada kesempatan nak update tu.


About my pregnancy .. dah masuk 23 minggu dah. Baby pun dah mula main sepak terajang dalam perut. Cuma my bodyweight semakin menurun. Last time turun 2.3 kg and then after kursus, weight lagi turun 1.5 kg. Nurses pun risau gak. Gi scan, perkembangan baby normal like a 22 weeks foetus. Maybe terlalu stress out kut! Muntah still ada sampai la ni PLUS asthma attack teruk. Sebelum preggy, takder la cenggini. Bila asthma dah kurang, batuk berkahak lak serang . Macam nak tercabut dada ... nak terkeluar baby !

Ok la .. cukup untuk update sesikit. Bebila ada kesempatan, nanti coret lagi.
Till then, Take Care & Cherio!

Friday, February 08, 2008

New Arrival on Festive Season


This morning, 8/2/2008, I was surprised with the news .. " NICKY DAH BERANAK ". I'm supposed to have my break today but I am also oncall for 24 hours, during these festive season. Yeah ... my kiddo used to be my tiger cub has given birth to a healthy female cub. Muka sebijik cam mak bapak dia. Nicky was paired up with my another kiddo cub ( dulu laa.. ) DIDO since 2006 but baru sekarang dia beranak. Tapi sayang, we have to handraise the cub sebab si Nicky ni terlalu manja & refused to take care anak dia. Tadi, kena tranquilise untuk beri anak dia susu awal harimau ... . Lucky anak dia terer hisap susu .. Terus saja inform the Vet yang kini sedang bercuti for CNY & also our beloved Bos, Tn Hj Nawayai. He seemed to be happy to hear the good news. Dia namakan tiger cub ni dengan nama NICOLE ( macam nama Nicole Kidman ! ).

Kat Klinik Veterinar Zoo Melaka, lagi satu tugas berat yang disandang oleh kitorang. Anak harimau ni akan menyusu 3 hourly ... memang sedap kalau claim OT tapi penat la. I remembered masa bela Bayu & Boboy dulu ( masa belum kawen dulu ) ... bawa balik ke rumah & kena menyusu walaupun jam 3 pagi. Ni perangai sebijik macam baby manusia.

Okay la .... dah dekat jam 12 tgh. nak balik dah.
Take care & cherio!


UPDATE 11/2/2008

The cub, NICOLE was pronounced dead at about 11.15 am this morning. She was found weak and anaemic when I saw her this morning. Dia meninggalkan kita semasa dalam pangkuan keeper dia after merengek for about 1 hour... Maybe dia dah tau dia akan meninggalkan kita. Dia pun tak menyusu macam biasa pagi ni. Semoga rohnya aman di sisi Tuhan.... AMINNN...

Tuesday, February 05, 2008

I'm Turning 33 Years OLD!

Happy Birthday to Me...Diam tak diam, dah 33 tahun aku hidup .. Dah nak masuk kategori veteren dah ni ...
Anyway, Hadiah yang bermakna adalah baby yang bakal lahir nanti ..... dan juga keberkatan hidup yang dikurniakan kini, anak-anak yang cerdik , suami yang memahami dan sebagainya.

Okay la...banyak kerja pulak hari ni. Nanti sambung citer. Till then, take care.
Cherio!

Wednesday, January 30, 2008

Pewaaii i... Letih tahap CIPAN !...

Just got back dari KLIA untuk penghantaran binatang ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Sabah. Ada 15 ekor binatang yang terdiri dari 6 spesis.Started crating them as early as 5.30 pm till about 11.30 pm aru habis tranquilised them untuk masuk kotak. Kotak / crate pulak besau giler .. Binatang-binatang yang dihantar adalah :

1. Kuda Belang / Equus burchelli boehmi = 2 jantan
2. Kuda Mini / Equus asinus = 1 jantan
3. Lembu Ankole / Bos taurus = 2 jantan & 2 betina
4. Nilghai / Boselaphus tragocamelus = 2 jantan & 2 betina
5. Brown capuchin / Cebus apella = 2 jantan
6. Ring-tailed Lemur / Lemur catta = 1 jantan & 1 betina

Kitorang gerak dari Zoo lepas loading atas low loader & lori 13 tan ( 2 kenderaan ) pada jam 3 pagi & sampai KLIA ( non-stop ) pada jam 5.30 pagi. Pas tu buat declaration & weighing the crate with the animals selama 2 jam .. . Morning breakfast kat KLAS cafetaria & lepak sekejap sebelum nak buat custom declaration. Letih giler... tak tido sekerlip pun! Habis document declaration kat kastam dalam jam 11.45 pagi.

Gerak balik ke Zoo secepat mungkin sebab semua dah pewaaii. Dah rasa macam tak larat nak bangun tido. Sampai Zoo dalam jam 2 petang, minta excuse kat bos untuk naik keja balik at 3 pm. At least dapat tido jap dlm 1 jam setengah. Then naik keja, mata bengkak tak cukup tido. My asthma lak bersilih ganti datang sebab letih ( induced asthma ).

Pagi ni, clear documentations before cuti esok and also dapat excuse meeting bulanan! Yeaaahh..! Takder case sangat. Petang ni dah Najib lak kena gi ke Kedah untuk amik buaya di Pusat Pembiakan Tuntung Bukit Pinang. Khabarnya panjang buaya tu 14 kaki. Terpaksa bergilir-gilir keluar atau outstation sebab my kids dah start sekolah. Tidak, siapa nak hantar diorang??

Okay la...nak sambung kerja sikit lagi.Till then, Take Care & Cherio!

Thursday, January 24, 2008

What is the meaning of YOUR NAME? Hmmm...

What JAWAHIR Means

You are fair, honest, and logical. You are a natural leader, and people respect you.
You never give up, and you will succeed... even if it takes you a hundred tries.
You are rational enough to see every part of a problem. You are great at giving other people advice.

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.

You are very charming... dangerously so. You have the potential to break a lot of hearts.
You know how what you want, how to get it, and that you will get it.
You have the power to rule the world. Let's hope you're a benevolent dictator!



You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.
Success comes rather easily for you... especially in business and academia.
Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.
You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.
You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.

Friday, January 18, 2008

Update !!!

Salamz....

Sorry la sebab dah lama tak update. Busy maaa... My anak sulong masih dok buat perangai taknak gi sekolah.Hari-hari kena tunggu habis dia perhimpunan, masuk kelas, then cikgu kelas dia kena pegang dia or else dia melalak nak balik. Almost sebulan dah and dia masih ada perangai camtu. Anyone has an idea? Dengan abah dia boleh la berlembut, ikut jer cakap dia but dengan myself, ubatnya pelempang jer .... Tengok anak orang lain takder lak camtu.Ended, kitorang yang masuk lewat untuk kerja. Nasib baik la rumah dekat, so, punchcard dulu baru gi hantar dia. My bos pun dah alert pasal tu. Berlainan ngan adik dia ... this fellow suka gi Tadika. Sanggup dia tak makan pagi kat rumah hanya untuk makan bersama kengkawan dia kat Tadika. Hmmm ....

My pregnancy? Dah masuk 17 weeks & 3 days hari ni. Semalam cuti seharia untuk gi thorough checkup kat Klinik Kesihatan. Went there dari 8 am till 12.00 noon baru habih. Sebelum tu , gi buat ultrasound again kat GP kerana risau baby tak rasa bergerak. But, masa dok scan tu, bagus lak dia gerak ... siap angkat tangan, angkat bontot dia ... doktor agak dia girl sebab tak nampak kelibat testicles dia. Kalau betul la...ALHAMDULILLAH ... Doktor cakap maybe sebab dah lama I tak ngandung, tu yang kulit perut dah tebal...sebab tu tak rasa pergerakan baby.Hehehehe......

My maid...? Masih dalam dilemma.Yang dapat oleh agent tu hanya yang dah pernah kerja 5 tahun kat Malaysia. Kalau boleh I want yang fresh ... yang tak pernah kerja kat Mesia, so, tak lah dia bukak mata bila sampai sini. Betul tak?

Okay la...ada kerja sikit. Nanti bebila sambung balik.
Till then, take care & cherio!

Saturday, January 05, 2008

Just For Fun ...... Malay Version of Thriller!

Got this link from YouTube, given by my friend at xbeseri7@yahoogroups.com. Hope you guy enjoy this show ...

Wednesday, January 02, 2008

Happy New Year 2008

HAPPY NEW YEAR 2008
to ALL!


Rasa-rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua blog readers ...

Sorry la sebab dah lama tak mengupdate blog ni ... antara sebab-sebab utama :

1. Networking macam sial ... takder network for almost one week!
2. Sibuk ngan anak-anak nak bersekolah ... nak beli kelengkapan la, baju skolah laa, beg skolah
ultraman laaa.. dan macam-macam lagi!
3. Sibuk bercuti .. macam-macam cuti ada .. Krismas laa, Raya Haji laa ...Tahun Baru laa ...
4. Sibuk sakit ... migraine pun waktu cenggini la nak serang .... hypertension laa ... my BP
140/103. Alhamdulillah, sekarang dah normal semula except kalau I terlalu banyak berfikir .
5. Malas nak update lagi ... hehehehehe

Azam baru? Hmm ... azam tahun 2007 untuk tambah anak terpaksa dicarry forward ke pertengahan 2008 nanti. So, azam tahun 2008? Masih dalam peringkat penapisan .. atau filteration!

Okay la, nanti bebila free lagi I update news.
Till then, take care & Cherio!

Sunday, December 16, 2007

Res-Q @ Rompin


Baru balik dari Res-Q anak gajah berumur lebih kurang 1.5 bulan kat Pejabat PERHILITAN Rompin dari 14-15/12/07. Nama anak gajah ni Rompin. Kesian dia ... parents dia lari selamatkan diri & tinggalkan dia. Dah la masih menyusu lagi!

Team kitorang bergerak dari Zoo Melaka lepas solat Jumaat.At first Pegawai Vet sendiri nak gi tapi dia takut tak sempat balik sebab hari Ahad dia ada kursus. So, dia suruh I gantikan tempat dia. Kitorang gerak dengan 2 kenderaan. I drove all the way to & fro Pajero and another vehicle was lori 3 tan. Mula -mula staff kat situ kata dalam 3 bulan but bila sampai, kecik giler... assumed tak sampai 2 bulan pun ! They gave his name as ROMPIN sempena nama tempat ia dijumpai. Habis calar-balar badan dia ... rasanya dia manyusup bawah pagar chain-link. Nasib baik lukanya superficial jer. Sampai klat Pejabat PERHILITAN Rompin at about 9.30 pm. Semua keletihan.

Terkejut jaga at about 5 am sebab si Rompin ni memekak. Hujan tak yah cakap la ... sepanjang hari hujan. At 7 am, baru beri dia susu . Okay la ... dah pandai minum susu. Senang kerja! Pas tu gi cari kedai untuk beli susu lagi. Kitorang hanya bawa 10 kotak susu Dutch Lady Full Cream 1 liter. Rompin ni minum setiap 3 jam dengan 2-3 kotak sekali minum. Bila tanya roti ... guess what? Kat Pekan Rompin dah 3 hari takder supply roti ( semua jenis yang common) disebabkan banjir. Kesian orang-orang kat sana. Dapat la witness banjir kat sana. Jalan ke Pekan hanya untuk kenderaan berat & 4X4 je. Nasib baik ikut Mersing tak der halangan. Jalan Muaazam Shah masih tak boleh lalu due to banjir.

Gerak ke Melaka at 2 pm the next day dalam keadaan hujan renyai. Sepanjang jalan anak gajah tu tido je . Kitorang letak dia dalam crate , siap beralaskan rumput tebal lagi. So, sedap la tido. Sampaikan orang nak susukan dia pun dia marah! Sampai Melaka at 9 pm.Berhenti banyak kali gak ... As soon sampai, Saleng ( another calf yang dah lama kat Quarantine ) dah memekak. Habisla reputasi dia sebab ada lagi anak gajah yang lagi comel dari dia! Tumpuan semua sekarang pada anak gajah yang kecil ni ... Kesian Saleng!

Pagi ni, Si Rompin boleh adapt ngan persekitaran . Dia menyusu pun okay & banyak! Hope dia boleh survive .... Pada sesiapa nak sponsor susu kotak ( 1 liter ) Dutch Lady Full Cream, untuk both the Elephant Calves, please contact direct ngan Zoo Melaka ( En Masri ). At least nama korang akan terpampang bawah sponsorship kat kaunter depan Zoo Melaka. Saleng minum 4 kotak, 4 kali sehari bercampur dengan 1 buku roti 450 g setiap penyusuan. Rompin lak 3 kotak sekali penyusuan , setiap 3 jam tanpa roti sebab kecil lagi. Rompin akan minum susu bercampur roti pada usia 4 bulan. Fikir-fikirkan laa...

Okay la, stop sini dulu. Take Care & Cherio!

Wednesday, December 12, 2007

Banjir ... Oooo.... Banjir......

Went back to Temerloh lepas Amir nyer Graduation Day. Sampai Temerloh malam dah ... On the way, call my SIL tanya keadaan kat kampung. My SIL beritau air dah naik kat Sungai Semantan dan dah melimpah ke jalan. So, nampak gayanya , we all terpaksa bermalam kat rumah my another SIL kat TJ.

My husband attended his gathering kat Seri Malaysia as planned. Hujan the whole day ... sekejap lebat and sekejap gerimis. Pagi tu, gi shopping bahan mentah untuk masak lunch ( although I'm not the COOK ! ) . My another SIL ni memang terer masak ... so, dia la yang conquer dapur.

Petang, after Najib dah balik dari perjumpaan since noon, I ajak dia gi balik rumah mak dia. I cakap, since I ni tak pernah harungi / alami banjir, nak jugak tengok keadaan dari dekat. So, we brought our kids ( & of course the maid too! ) to witness the situation. Bestnyer ... tengok bebudak kampung siap menjala ikan & also youngsters yang berkubang kat banjir. Gambar kat sebelah adalah padang bola on the way masuk ke jalan Kampung Lompat. Paras air taklah tinggi sangat ... paras betis dewasa. But .... the other route to Kampung Lompat through Paya Kecik , air dah sampai paras pinggang. So, dua-dua jalan ke Kampung Lompat terputus .... Rumah Najib tak kena banjir sebab atas bukit but jalan masuk ke rumah dia habih .... I called up my SIL yang terperangkap kat dalam kampung, suggest tibus paya kat sebelah rumah & buat landasan untuk helikopter landing untuk bantuan ... hehehehehe ...

We all balik dari Temerloh through LPT sebab nak kena gi AQUARIA untuk launching pameran. Since I am the project coordinator, I have to be there walaupun tak duk ngan VIP. Masuk pun terus je... selama ni kena tinggal IC but for that day, siap ada penyambut tetamu suruh kitorang masuk lagi! Went there with the family dari Temerloh. The kids enjoy giler & the parents penat giler ... Had our lunch kat Medan Selera Sri Serdang. Kenyang giler! Nasi Ayam kat situ sedap! Teringat masa zaman-zaman student dulu ...

Sampai Melaka at about 5 pm. Malam, the kids tido awal sebab kepenatan. Mak bapak diorang pun tido awal gak sebab esok dah naik kerja. Banyak kes menanti kat tempat kerja....

Okay la, nanti post lagi. Till then, take care & Cherio!

Saturday, December 08, 2007

Graduation Day


Amir just graduated from his pre-school today at noon. Diam tak diam , anak teruna aku ni dah nak masuk sekolah betul next year. Tak tau la macaman nak hadapi sebab dia ni a bit manja sikit. Nak amik gambar kat atas pun, kena ada mama & abah kat sebelah. Nasib baik amik kat kedai gambar, photographer tu terrer....

Nak suruh amik sijil kat pentas pun I have to accompanied him. Si adik tu okay je tapi next year, Adib gak masuk Tadika tu. I have chose Tadika Anak Pintar sebab senang & also dia punya nursery sekali ngan tadika but at different room. So tak takut sangat if my hubby & I kena outstation & lewat amik dia.

Yang bestnya hari tu ... dapat jumpa kawan lama, Haiza & family. Rupa-rupanya nak dijadikan citer, anak dia yang second ( rasanya laa ... ) dia hantar ke tadika yang sama. So, masing-masing sibuk melayan karenah anak-anak masing-masing. Berlari sana sini tak yah nak cakap la ... lagipun kat Melaka Mall tu masih tak banyak vendor yang buka kedai.

Lepas graduation ceremony, lunch disediakan but bihun goreng ja . Then, kitorang terpaksa tunaikan janji pada Amir untuk gi Jusco. Janji tu terpaksa dibuat sebab kalau tak, dia taknak amik sijil kat pentas. Kids nowadays .... teguh berpegang pada janji. As soon as ceremony tu habis, Amir minta kitorang tunaikan janji. pi la sat kat Jusco, bagi depa main kat Amusement Park tu sampai taktau nak main apa dah ... habis gak RM 12.00 untuk depa.

Petang, habis je ni, nak balik kampung kat Temerloh lak sebab Najib ada gathering sekolah lama dia kat Seri Malaysia Temerloh esok.

Well, nak kemas barang ... Till then, take care & Cherio!

Thursday, December 06, 2007

Hujannnnn...

Dua hari ni hujan selebat-lebatnya di Melaka & kawasan selatan. Johor dah start banjir dah ... harap-harap takder la buaya yang terlepas dari sungai & masuk ke rumah orang. Hmmmm ..... serik dah berkhemah kat jalan nak masuk kampung untuk cari buaya tu !

This weekend cadang nak balik ke Temerloh right after Amir nyer graduation ( Tadika ). Hari Ahad tu Najib ada reunion dengan kengkawan sekolah lama dia. Maybe ikut dia or may ber not. Kalau hujan , lepak je kat rumah MIL .Malas nak kuar rumah hujan-hujan cenggini.

My pregnancy dah nak masuk 3 bulan this month. So far tak teruk muntah-muntahnya. Cuma suka benda-benda makan yang masam, minuman yang masam. My favorite drink sekarang adalah ice-lemon tea ... juices. Hope semuanya ok during these fragile perioid.

Maid? Still waiting untuk maid baru. Dah minta orang cari dah. Maid lama dah semakin malas nak buat keja rumah. Tension betul!

Okayla. Nak start keja . Buat internal work je today as it rains heavily outside.

Till then, take care & Cherio!

Tuesday, November 27, 2007

Buat HAL Lagi !!


My maid buat hal lagi .... untuk sekian kalinya dia kata nak berhenti kerja. Katanya dah terlalu lama dia ngan our family. Korek punya korek , rupanya dia malu bila semua pekerja Zoo dok mengata kat dia kerana asyik lepak dengan seorang pengawal keselamatan Zoo setiap petang. By any chance, mesti nampak dia lepak kat pondok pengawal tu ... including bawa my kids sekali. Macamana orang tak mengata. Dari dulu lagi my husband & I dah nasihatkan dia suruh jaga tingkahlaku, jangan memalukan majikan. Bila I berleter kat dia, dengan kurang ajarnya dia kata ..... " Kak tak penat kah asyik berleter kat Midah? " How do you guys face that situation? Denagn keadaan myself yang asyik penat & mabuk ni ... that MANGKUK duk buat perangai ... macamana tak kena leter !!

I've told my hubby ... better send her off kerana dia ayik duk buat perangai & I am sick of it ... Lagipun dia asyik menengking my kids every now & then ... Last night, I have dinner kat atas and I've asked her to masak whatever such as sardines ke... for their dinner. At first she agreed but bila petang, I dah balik kerja, dia boleh sound : " Kak masak la sardin tu untuk malam ni " Siapa tak geram? Dia boleh arahkan majikan dia semula! Tried to contact the agen here in Melaka. Dia kata harga semasa untuk amik maid indon adalah antara RM 5500-6000. Wuish... nampak gaya terpaksa la I berkorban ... Cakap kat hubby, baik tukarkan dia sekarang dari dia duk buat perangai masa my perut masih kecik ... boleh handle lagi. Kalau perut dah boyot nanti susah la .... Lagi satu, orang dah tak sudi & benci nak kerja ngan kita buat apa nak simpan dia lagi?

Pagi ni , my anak dah start demam & panas badan. Amir siap ngan batuk & Adib siap muntah-muntah lepas makan ... Boleh tahan ke bila anak-anak asyik demam kalau dia cakap nak berenti? Biarla diorang demam sekarang dari suffer kemudian hari ! Terpaksa la kitorang as parents berkorban demi anak-anak. Next year Amir dah Tahun 1 sekolah, lagi la renyah ... Adib lak masuk tadika .... and me? Dah boyot! Kalau jadik apa-apa kat my pregnancy ( Nauzubillah ! ) I takkan maafkan my maid sampai akhirat ... and akan gelarkan dia pembunuh ! Sounds kejam but biar dia rasakan ! Kalau gugur kali kedua ... biar dia tanggung dosa tu . HAri tu pun gugur sebab stress perangai dia ! Selama dia setiap kali buat perangai, dia minta maaf & janji tak buat lagi ... Now, kalau dia janji lagi ... I takkan percaya sampai mati ... Manusia berpegang pada janji, maybe dia bukan manusia kut! Sebab tu duk buat janji selalu tapi tak pernah tunaikan.

Okay la ... sekadar meluahkan perasaan supaya tak stress sangat! I want everybody to know that I WON'T FORGIVE HER ! Biar dia rasa!

Stop here for now. TAke Care & Cherio!


Wednesday, November 21, 2007

Ultrasound ....20/11/07

Yup!... that was my ultrasound picture for my 8 weeks & 2 days pregnancy. Doktor cakap semua ok cuma my uterus terrrrkebawah sikit. And that is why selalu sakit & cramp di bahagian ari-ari ? ...

Due date : hmmm ... expected to due on the 27th June 2008. Now, that date is a week ahead from my first son's birthday, Muhammad Amir Najwa. Ntah .. ntah ... nanti jadi hadiah birthday dia !

Well, so far so good with the pregnancy ... cuma selalu letih, makan ? Hmmm ... macam orang yang dah seminggu tak makan ! Punya la banyak makan! Yang letih maybe because had to run the clinic since the vet outstation. Then have to attend a 7 days First Aid course with JPA3 kat Zoo dari petang hingga malam. Ni kena belajar untuk rawat orang pulak ! Nasib baik makan di support!

Okay la, nak stop dulu ... nanti update.

Till then, take care & cherio!