Wednesday, August 01, 2007

When CRUELTY hit !





Yesterday, 31st July 2007 ( 2.00 pm ), went to Zoo Saleng, Kulai, Johor for a rescue attempt and confiscation of an elephant calf & a tapir calf, with co-operation of Johor DWNP. Arrived there at about 5 pm.

Anak Gajah tu adalah haiwan pertama yang dilihat. Then I proceed untuk gi lihat anak tapir pulak. Keadaannya amat menyedihkan. Anak haiwan yang kecil itu telah diseksa dengan kejam. Dunia sekarang heboh memperkatakan tentang child abuse & ini adalah kes abuse untuk wildlife. Lihatla gambar di atas dan anda semua akan tahu apa yang dimaksudkan. Menurut tokey zoo tersebut, haiwan ini baru 3 hari diterimanya ... Wallahua'alam dia dapat dari mana tapi I can guess dari mana dia dapat. Can you?

Anak tapir ni TERLALU LEMAH dan telah kehilangan banyak darah Mucose membrane dia dah pucat giler ... Kulit di sekeliling dadanya tersiat dan dagingnya dah mula busuk. Bayangkan bagaimana keadaannya jika tulang rusuk dapat dilihat dengan mata kasar !! So far, the Veterinarian and I hanya boleh bagi dia 50-50 chances untuk dia hidup. Kalau anak tapir ini seekor yang survival , INSYAALLAH dia akan hidup... tapi akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

Pagi ni, selama lebih kurang sejam setengah , the Vet & I buat rawatan ke atas dia. Keadaannya punya la lemah hinggakan masa treatment, kami sikit pun tak gunakan sedation atau tranquiliser ke atasnya. All the way, dia memberikan kerjasama yang sewajarnya dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan menyerang kami. Kami mula rwatan pada jam 9.15 pagi dan habis pada jam 10.50 pagi. Lama kan??!

Well, let us doakan anak tapir ni akan survive. Inilah kesan kekejaman terhadap hidupan liar yang ada di Malaysia sekarang.Orang sanggup buat apa saja untuk mendapat wang ... tanya diri sendiri, SANGGUPKAH ANDA MENCEDERAKAN HIDUPAN LIAR SEKECIL INI ? Think .....

Ok la..enough dengan leteran ini. Till then, take care & Cherio!

1/8/07 2.15 pm .........

Ini adalah update dari berita / cerita di atas. Anak tapir ini TAK SURVIVED ! Dia didapati mati oleh keeper apabila nak beri dia makan. Oh well ... lebih baik kematian berlaku dari dia menanggung kesakitan yang amat dahsyat !

Postmortem telah dilakukan oleh Team Veterinar di field. Hasil yang didapati, luka di dada anak tapir ini telah menembusi sehingga ke thoracic cavity. Dia juga ada jaundice dan keseluruhan vital organs pucat !

Diharapkan agar mereka yang menyeksanya akan menerima hukuman setimpal untuk kekejaman terhadap hidupan liar !

Saturday, July 21, 2007

Kepuasan , Kegembiraan & Keletihan ....






Di atas adalah gambar-gambar sekitar majlis kenduri kahwin di Temerloh, Pahang pada 7 Julai 2007 lalu. Perkahwinan antara Fazalina & Asfadhil ..... anak buah Najib.

Dapat dilihat muka-muka kepuasan ( dapat hidup bersama yang tersayang ) , kegembiraan ( mak-mak sedara dapat anak buah baru ) dan keletihan ( mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung ).

Well .... nanti tulis lagi. Till then, take care & cherio !

Wednesday, July 18, 2007

I've been TAGGED !

I've been tagged by Syafnidar in her blog ! OMG ... the things I hate most are coming right in front of my doorstep! Well... here are t he rules.....

If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many bloggers as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing RM127 to the Darul Izzah Orphanage".Then please copy and paste this rule somewhere in your entry. The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences.

****************************************************************
1. A person is only as good as how you want to accept him/her as your friend
2. Friendship is forever
3. To love is to cherish the moment of life
4. Money makes me nuts about something I would want to have in future
5. I miss my parents, my school life & my friends
6. My way of saying I care is show I really care for them
7. I try to spread love and happiness by taking care of my love ones
8. Pick the flowers when they are blooms.. well, I don't really like flowers :P
9. To love someone is to accept he/she as they are, don't try to create them as you wish.
10. Beauty is secret .. ask yourself & you will find it
11. When I was thirteen, what I remember the most was I've been admired by someone at
school
12. When I was twenty one, I remember I've finished my diploma studies in UPM
13. I am most happy when I have my own child to take care of
14. Nothing makes me happier than... what I am now
15. If I can change one thing, I will change my maid to a better one!
16. If smiles were given with a sincere heart, you will find it sweet
17. Wouldn't it be nice if we could change the world to a peace world ...
18. If you want to, you will strive hard for them
19. Money is not everything but nothing! Money can make us go crazy enough to kill someone
20. The most touching moment I have experienced is when my first handraised tiger died on
1/1/97 , in my witness due to negligence of the keeper
21. I smile when I am happy
22. When I am happy, I will smile
23. If only I don't have to euthanised the old animals, I'll let them cherish their moment of life
till they die
24. The best thing I did yesterday was tranquilising the 2 pairs of gibbons successfully
25. If I ever write a book, I will give it this title My Personal Experiences
26. One thing I must do before I die is ask forgiveness from everybody especially my parents,
husband, children & family
27. Doing this meme, I feel like I was brainwashed!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

I would like to forward the tagging things to : 1. Aida Yurani Mohd Ariffin
2. Aminah Azirah Azmi
3. Azrina Mohamad Ariff
4. Noorhaszlinda Yahaya

Well guys...I pass it to you. Good Luck!

Dilemma


APA HAK ORANG GAJI UNTUK MELETERI MAJIKANNYA TENTANG CARA MAJIKAN TERSEBUT MENGAJAR ANAKNYA?


Aku geram dengan orang gaji aku ... anak aku buat perangai pagi-pagi, so aku marah la kat anak aku tu ... mangkuk ni lak yang sibuk dok berleter kat aku. Anak aku jadi camtu sebab dia manjakan budak ni sangat .. semua katanya diikutkan & bila aku larang budak ni dah jadi degil ... Kata mak bapak dilawan cakap, ikut perangai orang gaji aku tu, tak pasal-pasal makan pelempang aku ni !! Hiiissshhh... GERAM AKU!!!


Mak mana tak sayang anaknya? Aku sayang anak-anak aku tapi bila depa buat perangai pepagi buta .. memang aku melenting ..tapi tak sampai ke tahap memukul budak. Anyway, aku ada cara aku tersendiri untuk mengajar anak-anak aku tentang kehidupan & MANGKUK TU TAK ADA HAK untuk tegur aku!


Okay la...aku stop lepas geram kat sini. Nanti-nanti aku lepas geram lagi.

Till then, take care & cherio!

Thursday, July 12, 2007

Sakit Tekak vs Flu ...

Hmmm .... got back from my hubby's hometown in Temerloh, Pahang for a kenduri on Monday. Went there from Thursday. Masa balik okay je ... tapi on the day, 7/7/07 ... pepagi lagi dah kena flu. Bersin macam nak tercabut hidung. Najib followed me the next day ... kesian dia ! Masa hari siang ok sikit sebab kat my room macam duduk kat sauna. Tapi waktu malam, sejuk bagai nak beku kaki! Waktu-waktu camtu teringat all my friends ( Batch 7 MRSMPs ) dok BBQ and enjoy themselves kat Bayu Beach Resort. Sedeh sangat sebab tak dapat join diorang ! UUuwaaaaa .....

Masa hari nak balik, Adib marahkan Amir masa diorang main-main kat laman, terus dibalingnya batu ... bila check, ada fine cut wound kat betul-betul belakang kepala dak Amir. Apa lagi, meraung la si Abang ! Nasib baik tak kena jahit.... dia tak beri doktor sentuh pun kepala dia. Balik Melaka, nak tak nak , luka dia dibuat daily dressing oleh mak dia sendiri. As for today, dia dah boleh tido menelentang ... kalau tak, kesian dia kena tido meniarap dan mengiring je. Alhamdulillah ....

Balik, my collegue lak bawak durian makan ramai-ramai kat Unit Vet ... apa lagi, durian free .... bantai jer la. Banyak gak makan durian. Next day, suara rock giler ! Rasanya rockers Amok pun kalah ! Sekali dengar sedap jer .... tapi masuk kali kedua dah macam itik serati jer ! Lepas makan durian, makan rambutan lah pulak. My neighbour beri seplastik besar rambutan gula batu ... aku ni memang hantu ngan rambutan, sebat jer laaaa !!

Well, nanti aku upload photos masa kenduri tu.

Till then, Take Care & cherio!

Monday, July 02, 2007

Berita Bowling - Kekalahan vs Kemenangan

KEKALAHAN

Bowling untuk Sukan NRE ke-2 telahpun diadakan di Sunway Pyramid Bowling Center pada jam 8.00 malam 30/6/2007. Seramai 11 pasukan yang terdiri dari Jabatan-jabatan di bawah naungan NRE telah bertanding. Mereka-mereka yang bertanding semuanya hebat-hebat belaka. Individual & berpasukan wanita .... juaranya adalah FRIM. Kakak-kakak tu memang POWER SIOT! Score terbanyak adalah 199 jatuhan pin bagi wanita. Aku cuma 130 the highest malam tu. Bukan salah aku tapi aku salahkan lane ... nama je gah .. MEGALANES ... tapi tak pernah service ! Ada ka lane 31 ...asyik kena reset pin je masa nak mula balingan! HAmpeeehhhh .... Secara tak langsung, ia mengganggu konsentrasi. Akak-akak dari JKPTG lane sebelah asyik duk panggil service. By the way, kitorang main cross lane.

KEMENANGAN

The best part, pasukan bowlilng wanita PERHILITAN dapat tempat ke-6 dari 11 pasukan bertanding. NOT BAD ... 2 tahun lagi, azam kitorang in the next 2 years , kitorang boleh gain tempat ke-2 atau ke-3. Of course kitorang tak kosisten macam FRIM. Akak-akak FRIM tu siap ada bola & kasut sendiri ! Yang penting, kitorang akan perkerapkan praktis ...

Bowling habis around 12 midnight. Lepak ngan Aida Yurani after the game kat Nasi Kandar Restaurant nearby our Hotel. Pukul 1.30 pagi baru naik ke bilik. Macam-macam citer !

BTW ... alfatihah untuk a friend of mine, NORDIN RAMLI ( ex-5D MRSMPs ) yang ibu & adiknya telah terbunuh dalam kemalangan kat Pendang on Saturday. Refer sini :

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Nasional/20070630233110/Article/

atau

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

atau

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20070701111348/Article/indexm_html

Sesama la kita doakan mereka dan sedekahkan Al-Fatihah ...

Till then, take care & Cherio!

Wednesday, June 20, 2007

Good Bye TEMOH !


Nama Melayu : HARIMAU DAHAN

English Name : CLOUDED LEOPARD

Nama Saintifik : Neofelis nebulosa

Jantina : JANTAN MACHO !


Temoh ni berasal dari Temoh, Perak Darul Ridzuan. Dia masuk perangkap yang dipasang oleh PERHILITAN PERAK di sebuah kampung. Dihantar ke Zoo Melaka pada 22/11/2003. Ia adalah seekor jantan yang comel, sihat, tembam dan estimated age adalah 8 tahun.

Pada 19/7/2007, tepat jam 3.30 petang, TEMOH ni telah disumbangkan dan dipersembahkan
kepada DYMM Sultan Johor di dalam satu istiadat di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Seramai 7 kakitangan Zoo termasuk aku dan diketuai oleh Pengarah Zoo Melaka telah menyempurnakan istiadat penyerahan ni. Ketua Pengarah PERHILITAN , En Abdul Rasid Samsudin yang baru dilantik juga turut serta. Kitorang sampai ke Johor Bahru pada jam 12.30 malam dan debuk-debik memparkingkan haiwan di Zoo Johor sebelum istiadat dah jam 1.00 pagi. Kitorang check-in kat Hotel Indah dan masing-masing keletihan terutama diri aku sendiri sebab dari pagi sampai malam berulang-alik dari Melaka ke Johor ... pagi, ke Pontian, then balik Melaka ... then at 9 pm lak bergerak ke JB bersama haiwan.Hanya sempat mandi & celebrate birthday Amir ala kadar je ...


Event habih dalam 30 minit je tapi nak menunggu para Pengarah habih mengadap tup-tup dah jam 6 pm. So, kitorang lepak-lepak kat Zoo Johor sambil bermain dengan anak singa diorang bernama " MANJALARA " Check this out!

Amacam ?? Best tak? Lara ni dibela oleh En Mohd Sham, AVO kat Zoo Johor. Baru berusia 10 bulan. Manja giler ! Tapi, dia ni pantang nampak bebudak sebab kengkawan dia bebudak kampung kat rumah En Sham.

Kitorang gerak balik ke Melaka jam 6.30 petang after Bos gi hantar KP kat airport Senai. Sampai Melaka at about 8.30 pm dan Bos terus ajak gi makan sebab KP beri duit suruh belanja kitorang makan after all the hard work we have done. DYMM Sultan Johor mood baik, banyak cerita & KP pun senang hati. So, kitorang ber DINNER kat Tomyam Klasik. Gila babas nyer banyak Bos order makanan. Alhamdulillah ....

Balik rumah, mandi & terus tido sebab kepenatan. Main ngan anak2 pun sekejap je .. Letih giler!

Okay la ... kena siapkan laporan. Till then, Take care & Cherio!

Monday, June 18, 2007

AMIR turns 6 years old Today!




Amir is turning 6 years old today. diam tak diam, aku kawin ngan husband dah masuk 7 tahun. Hmmm... next year Amir dah Tahun 1. Next year gak Adib akan masuk Tadika, ganti Amir.

Well ... pagi-pagi kena panggil oleh Bos. Dia suruh aku gi amik sangkar Harimau yang dia tempah kat Pontian. Nasib baik la dia tak suruh gi pepagi. At 10 am, aku gi Kedai kek, amik 2 bijik kek yang aku tempah khas untuk Amir . 2 bijik? Yup! Satu biji dia celebrate kat Tadika Anak Pintar & lagi satu dia celebrate ngan keluarga kat rumah. I buat tempahan untuk Chocolate Orange Cake berhiaskan spider web & Fresh Chocolate Walnut Cake. Dua-dua dengan american cream & sponge cake. Seeedappp...!

Aku dah suruh dia celebrate je ngan abah dia kat rumah since hari ni kebetulan aku dinobatkan orang yang paling sibuk giler! Aku sedih bila anak Amir kata kat abah dia.." Amir nak tunggu mama ! " Dahh... nak taknak aku terpaksa luangkan masa & suara untuk nyanyikan dia Happy Birthday walaupun ruang masa aku hanya 15 minit! Aku sampai balik dari Pontian jam 7.15 malam. Then, kena prepare untuk tranquilise clouded leopard at 8.30 pm. Pas tu at 9 pm kena bergerak ke Johor Bahru.


Lupa lak nak citer ... kesibukan aku tu sebab nak kena tranquilise & hantar satu ekor Harimau Dahan a.k.a Clouded Leopard ( Neofelis nebulosa ) jantan bernama " TEMOH " untuk dipersembahkan serta disumbangkan kepada Sultan Johor pada 19/7/07. Ini arahan KP PERHILITAN ... so, kena bertolak malam ni jugak!

Well ... to MY DEAREST Muhammad Amir Najwa ... HAPPY 6 th BIRTHDAY ... Semoga berjaya selalu dan mama doakan Amir menjadi anak yang patuh, taat serta cerdik sepanjang masa. Mama & Abah Sayang Kamu!






Till then, take care & Cherio!

Sunday, June 17, 2007

A BBIIIIGGG Tournament Ahead ...

DATE : 30 th JUNE 2007
DAY : SATURDAY
TIME : 8.00 pm
VENUE : SUNWAY PYRAMID
The grand tournament will turn up soon. Game ni adalah between jabatan-jabatan dalam NRE ( Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar ). Date , venue, time adalah seperti di atas. So, pada siapa-siapa pembaca blog ni , boleh la drop by kalau nak jumpa saya. Hmmm...siap promote la pulak! Anyway .... wish me luck !

Tuesday, June 12, 2007

Bowling Friendly Tournament 8/6/2007



Bebaru ni aku ngan neighbour aku gi KL untuk Bowling Tournament antara Jabatan PERHILITAN ngan Edaran Computer. Game ni buat kat Pandan Indah Lake Club. Kitorang beegerak awal dari Melaka sebab nak cari tempat tu... itu la first time gi sana. Ingatkan yang dikatakan Pusat Boling tu se GAH namanya tapi hampeh...! Tak best langsung lane nya.

Kitorang sampai KL around 1.00 pm. Masa tu orang tengah Solat Jumaat. Mana kitorang lepak? Hmmm... kitorang gi praktis bowling kat Flamingo Hotel ( kan ada Ampang Superbowl kat atas hotel tu ! ). Lane dia cun siot! Letak je bola bowling tu ... meluncur je... Banyak lane lak tu ! Dah tu murah giler. Pakej yang ditawarkan adalah 4 games hanya untuk RM 12.00. Murahkan? Pas tu lepak sekejap kat Tasik Pandan Perdana. Sempat lagi shopping kat Econsave berdekatan. Took a short nap kat tepi tasik tu. Bila bangun, teringat la nak pi Refleksologi kat Lake Club tu. Harga boleh tahan ... RM 40 sejam, siap soaking kaki lagi. Sedap orang Cina tu urut. Dia pure Chinese dari Tanah Besar China. Dah tu tak reti cakap Melayu ataupun Inggeris. Yang dia tahu Mandarin. Jadi la umpama ayam & itik bercakap ... dia cakap mandarin & kitorang cakap Melayu ngan dia .. hehehehe ... Last-last, kitorang jadi cikgu, ajar bahasa malaysia kat dia ni.


Bowling game started at 8.45 pm and finished at about 11.30 pm.I got 2 nd place dalam game ni. Secara tak langsung, aku ni juara PERHILITAN ..... BANGGA siot! Tak rugi habiskan duit datang KL untuk itu. Malam tu tido kat rumah my sis kat Bukit Antarbangsa. Balik time, singgah Bangi jumpa my aunt.Pas tu baru balik Melaka.

Sampai Melaka at about 5 pm. Ada Karnival Gegar nearby kat Dataran Sejarah Ayer Keroh. Orang toksah cakap la.. ramai giler! Depa ni tak reti dok kat rumah ke cuti-cuti ni! Hmmm....
Malam, depa ada lak pertandingan karaoke 60-an . Bising kat rumah takyah cakap ler.. nak tido pun seksa! Malam Ahad lak ada Konsert Gegar. Sempat la gi beli biskut julie's & juga Pearl Cafe. Murahhhh...!

Okayla.Nanti bila ada story citer lagi.

Till then, Take CAre & Bye!

p/s, Happy 25th Birthday to Nor Azura Zakaria kat PERHILITAN Melaka. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

Thursday, May 31, 2007

AARRRGGGHH ... MESIN BASUH KU ROSAK !!


AARRRGGHHH .... Hanya itu yang dapat ku luahkan . Bayangkan betapa tensionnya bila mesin basuh yang dah berkhidmat selama lebih kurang 7 tahun itu rosak. Yang lebih tension ... mekanik dari LG Services tu sendiri tak tau apa yang rosak. Sebelum dia datang ke rumah, mesin basuh tu boleh gak wash dan spin .. tapi bila mekanik tu check, langsung tak jalan semuanya. Sat dia kata motor rosak, sat dia kata motherboard computer tu rosak ... hmmm... berapa la aku kena bayar nanti ? For sure, service charge dia mai ke rumah pun dah RM 75.00. Washing machine aku tu adalah first model LG full computerized Fuzzy logic 6.0 kg. Nampak gayanya aku akan menjadi pengguna setia mesin basuh kat Klinik aku yang 10.5 kg tu. Hehehehe ......Jangan marah BOS ! Aku taktau bila nak ok mesin tu sebab kata mekaniknya, semua barang kena order sebab model aku tu fully imported dari Korea sebab tu spare parts dia kena order.... first model la katakan!


Kewangan untuk bulan lepas dan dah nak masuk Jun 2007 amat tidak memberangsangkan ... dah la OT lambat dapatnya ... pas tu masa sekarang la nak rosak itu ini. Nasib baik la kereta aku tak buat perangai dan aku doakan takkan jadi camtu sampai la kenaikan gaji bulan Julai nanti..Wuuuhhuuu ... naik gaji ..yea! yea! Setelah di kira-kira, gaji aku akan naik RM 440.80 TAPI... bila tolak hutang itu-ini, tinggal je berapa sen ... hmmmm .....


Ok la..cukup merepek kali ni. Tengah tension giler ! Mesin basuh pun dah berenti.Wa balik dulu. Nanti bebila free, aku tulis lagi.


Till then ... Take Care & Cherio!

Saturday, May 26, 2007

Hari Keluarga & Sukaneka



Hari ni, bebudak Tadika Anak Pintar & juga Taska Seri Utama bergabung untuk mengadakan Hari Keluarga & Sukaneka . Ini melibatkan Parents, Teachers & juga the Kids. Programme started at 8 am with mostly acara for the kids.



Amir dipilih untuk mewakili rumah Kuning. Cikgu yang mewakili rumah tu adalah Cikgu Najiha , Cikgu Yati dan juga Cikgu Fatin. Dia juga perlu ada upah ais-krim untuk menyertai acara-acara yang dah disediakan as he is a bit shy guy & also kureng for social activities ... Dia da Adib masuk acara Larian Kasih Sayang and also Bawa bola pingpong dalam sudu. Well .... Rumah Kuning dapat nombor 4 ... Semua orang dapat hadiah. Acara habis at about 11.30 am. MAsa tu panas gila-gila nye terik.



Balik rumah, semua kepenatan. Lepas lunch semuanya tido. Esok, dah janji untuk practice bowling kat MP dengan my neighbour. Tournament at Pandan Indah Lake Club Bowl pada 8/6/07 ( Jumaat ) ... Bangga siot dapat wakil Jabatan PERHILITAN untuk friendly match dengan e-Dagang Team.

That's all for now. Nanti bebila free tulis lagi. Till then, Cherio & Take Care.

Friday, May 25, 2007

NEW ARRIVAL at the Zoo !






Hi all .... This is LEKIR. He was born last night or at dawn this morning. His Dam is Sg Besar a.k.a GEMUK and his Sire is Tabin. Tabin was born in Singapore Zoological Garden and Gemuk was caught from the wild. He got a brother, TUAH but he was sent to Sungai Dusun last April. Is he Cute or what ???

Saturday, May 12, 2007

Orang Gaji buat Hal lagi....

I am really..really GERAM with my orang gaji yang tak sedar dek untung.Perasan diri dia bos. Last night, my husband yang pendiam dan penyabar pun jadi tak sabar ngan dia. Dia mencabar my husband. So as the reward, dia kena syarah panjang oleh my husband. Me? I buat-buat je masuk bilik tidur.. malas nak interrupt takut jadi lebih teruk.

Last night, during watching Gerak Khas on TV, my Adib berak. Since we ( my hubby & I ) tengah dinner & masa tu iklan, my hubby soh le si Midah ni basuh berak. Suruh sekali dia tak berganjak dari depan tv, suruh kali kedua pun camtu ... last-last my hubby hilang sabar, ambik remote Astro & sorok kat atas almari yang dia tak boleh panjat. FYI. dia ni buta IT sikit. My Amir lagi pandai dari dia. Dia bengang & kononnya nak lari balik rumah dia kat Baling, Kedah. My husband c abar dia nak beritau mak dia apa yang dia buat selama ni kat our house. I'm keeping a record as in diary of what activities & kerja-kerja yang dia lakukan sepanjang dia kat rumah.... since last year dah buat dah. Semua perangai kuang ajor dia recorded as a hard evidence. Dia ugut kitorang nak lapor kat mak dia & kitorang ugut dia lak dengan video aktiviti dia kat rumah and also recording yang menunjukkan dia kurang ajar ngan majikan. Larat ke ... setiap kali buat perangai, dia minta maaf the next day dan kata dia menyesal & also yang last. Hmmm... masuk yang today, dah beratus kali dah. Gap dari maaf yang lepas hanya 7-12 hari je.Pastu buat lagi.

Kerja-kerja yang dia buat kat rumah most of the time jaga the kids. Selain dari mop lantai, jemur kain, lipat kain & masak nasi untuk the kids. Untuk dia pun I will do the cooking... padan la ngan gaji dia hanya RM 270. Tapi cuba fikirkan ..... dah 4 tahun duk ngan kitorang, gaji minta dinaikkan but kerja masih the same, no improvement .Wajarkah dinaikkan gaji? This year sebab dia duk buat perangai & prestasi buruk... tak ada kenaikan gaji for this year. Kalau mak dia tanya , we will beritau + evidences lagi. Baru padan muka dia! Semua kerja kat rumah nak kena bersuruh besides yang routine. Lembap betul! Kalau sesiapa yang pernah datang ke my house, tau la dia punya perangai camner. Aida..Aween...Fahroe...is that true?

Terminate her? Hmmm ... part ni susah sikit sebab everytime dia kata nak berenti, both my kids demam giler-giler punya. Dilemma both of us. Lagi satu, nak amik maid Indon dah susah sekarang plus nak guna duit banyak. Hmmmm .... Kitorang dah pernah gertak dia beritau dah order maid baru ... termenung dia. Pastu bila my hubby beri kata dua kat dia, dia janji nak kerja lagi and also taknak buat perangai lagi. Heck! Cakap tak serupa bikin punya orang !

Okay la .... cukup untuk lepaskan tension buat masa ni. Nanti tulis lagi. NAk kena gi field round. Next week, the whole week sibuk ngan kursus tangkapan hidupan liar for the new officers. Mesti sibuk giler !

Till then, take care & cherio!

Tuesday, May 01, 2007

HAPPY 4th BIRTHDAY TO ADIB !



Muhammad Adib Najwa bin Mohd Najib is turning 4 years old at 10.30 am today. Happy Birthday Sayang ... semoga hidupmu diberkati ALLAH selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayatmu. Mama doakan semoga kamu membesar dengan penuh kasih sayang daripada mama dan abah mu.


Ketahui lah ..... mama tidak pernah mengalami apa-apa kesulitan semasa mengandungkan mu. Nak deliver kamu pun amat senang ... hanya 10 minit di dalam bilik bersalin. Kamu seorang budak yang sihat tatkala berat badanmu semasa lahir adalah 3.7 kg. Kamu juga "budak yang ada ONG " kata orang Cina kerana mempunyai 4 pusar di kepalamu( 3 di tengah kepala dan 1 di depan ; kesemuanya berlawanan arah antara satu sama lain) . Semua orang cakap kamu seorang yang lasak, cerdik dan juga arif tentang perihal haiwan. Memang betul ! .... Rambutmu tidak boleh dibiarkan panjang !



...... SELAMAT HARI LAHIR SAYANG .....

p/s;

Juga Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia.





Tuesday, April 24, 2007

Kisah Adib

Adib dapat tonsilitis again ... for the second time of his life tonsil dia bengkak teruk. He got a very high fever ... 40.5 degree Celcius at about 1.30 am 2 days ago. Tersedar dari tidur, lihat dia menggigil because of the very high fever. Dia jadi kesejukan. Lucky I ada belajar serba-sedikit tentang first aid for the toddlers. I bukak baju dia, terus showerkan dia walaupun dia menangis kesejukan. Bukan sejuk kerana sejuk, but kesejukan kerana terlalu panas suhu badannya. Then, I balut dia ngan tuala mandi. Pastu make sure kepala dia sentiasa basah. Took about 2 hours untuk suhu badannya turun after masukkan Voren 12.5 suppository. Puas melayankan dia muntah , sampai keluar muntah hijau-kuning. Kesian dia! Alhamdulillah, akhirnya Adib dapat tidur again & include me too. Suhu badannya dah turun ke 37.4 degree Celcius.

Satu perkara yang dapat dilihat kat sini. Kalau Adib hanya diserang tonsilitis, without any coughing or flu, dia akan cergas walaupun dalan keadaan suhu badan yang teramat tinggi. Doktor yang I gi semua kata dia ni happy boy. A private GP ada beri dia Erythromicin untuk tonsil dia but tak da effect langsung. Semalam gi kat Paed's Specialist kat Malim ... Alhamdulillah ... lungs dia clear. Specialist tu tukar antibiotik dia ke Augmentin 5 ml BID. Semalam , berjaga-jaga juga takut kalau berulang semula demam panasnya. Syukur dia dapat tidur dengan lena. Hopefully dia tak ada apa apa masalah kesihatan coz abah dia akan menghadiri kursus di IKB Lanchang, Pahang dari 24-27 hb April which is today. Actually bukan kursus tetapi pemilihan untuk mewakili sukan jabatan yang akan berlangsung Mei ini.
Okayla. Nanti update semula. Till then , Take Care & Cherio !
p/s - Selamat bercuti untuk Aida Yurani , yang akan bercuti-cuti ke Russia this week. Selamat berhijrah ke Dubai juga untuk Intan Nazrahayu. BTW, Aminah Azirah ... ke mana kamu menghilangkan diri?? Hmmmm ......

Thursday, April 19, 2007

Blood Donation at Pantai Hospital

Dracula ke?? Heh .. heh ... Nak buat amal jariah sedikit. Buat apa darah bebanyak dalam badan, lebih baik kita donate sedikit kepada yang memerlukan. Well .... I am a regular donor ever since kat Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dulu. Masuk yang ini, dah lebih 23 kali I donated my blood. Cuma gapped sikit bila preggy. But now, since dah gugur, lebih baik I teruskan niat nak buat amal ni. Lagipun my blood group adalah O positif.

Actually, derma darah ni bagus untuk kesihatan. Ia akan bina sel darah merah yang baru untuk badan kita. Cuma yang dikesalkan, tak ramai yang sanggup mendermakan darah mereka kat Malaysia ni. Macam dalam iklan kat radio tu .... pelbagai alasan diberikan ... sibuk la... takut darah la ... macam-macam lagi. Especially LELAKI, kalau nak tau, kaum ini lah yang paling kedekut dan paling penakut nak derma darah mereka. Berani untuk benda lain tapi kalau nak buat amal jariah , paling hampeh .... even though berat badan mereka dah nak dekat satu tan, mereka sanggup untuk boroi seumur hidup dek kumpulkan sel-sel darah mati bercampur lemak kat perut mereka tu. Kaum wanita ni, kalau tak derma darah mereka pun tak apa sebab mereka dah mengeluarkan darah kotor mereka setiap bulan .... kaum lelaki nak keluarkan darah kot mana? Tu yang terjadinya BOROI !

Kepada sesiapa yang belum tahu, mereka yang mempunyai berat badan melebihi 50 kg adalah dialu-alukan untuk menderma darah. Banyak yang diperlukan di hospital kerana kadar kemalangan adalah tinggi sekarang di Malaysia. Kalau ada yang kata derma darah buat dia gemuk ... itu pandangan yang salah ... sebenarnya derma darah ni membuatkan kita maintain berat badan kita. Penyakit pun susah nak hinggap kat kita sebab sel darah kita sentiasa bertukar baru setiap 3 bulan.

Okaylah, nak prepare myself untuk derma darah ni. Tadi baru habis rawatan haiwan kat dalam kawasan. Petang nanti pun ada satu kes lagi. Pegawai Veterinar kena outstation tengahari ni, so, kenalah standby untuk petang nanti. Lepas tu baru nak pi derma.

Till then, take care & cherio!

Thursday, April 12, 2007

Balik Temerloh, Pahang 14/4/07-17/4/07




I will be at my MIL house from 14/4/07 till 17/4/07 , have not yet been there since January 2007. Bukan taknak balik rumah inlaws but tak berkesempatan lagi. Balik ke Kedah dah 3 kali since awal tahun ... itupun sebab my abah tak sihat. Lagipun commitment kerja terlalu banyak and the Veterinarian selalu je outstation. Nak buat camner, itu la nasib sebagai Penolong Pegawai Veterinar. Therefore, I shall not be online or updating the blog sepanjang kat Pahang sebab takde komputer.




Apa citer terbaru? Hmmm .... tak der apa sangat. Actually, since missed abortion yang lepas, I tak pantang apa-apa pun. Bukan nak ignore petua orang tua-tua tapi the miscarriage tu hanya sarung je & masa D & C tu, that particular sac dah ada kat pintu rahim dan memasuki my vagina. So, benda tu memang dah nak kuar sangat. I assumed macam period nak kuar je.
Cuma sekarang ni kena tunggu 100 days before I boleh try again ... untuk bagi rahim tu chance untuk pulih. ... ( katanya lah ... )


Okayla .... will get back to you as soon as I balik dari Temerloh, Pahang. Till then, Take Care & Cherio !

Wednesday, April 04, 2007

The ART of Hand Printing ...

























Received these from a friend few weeks ago. Hope you all enjoy the pictures .....