Tuesday, December 27, 2005

Minggu Yang Penuh

Hello everybody.....Assalamualaikum....

Firstly, sorry la kalau lama dah tak update blog ni. Sibuk sikit last week... sebab?

Dari 19/12/05 hingga 23/12/05 , minggu ni Pegawai Veterinar Zoo Melaka kena gi Kursus kat INTAN Bukit Kiara. So, masa ni really... I had a verrryyy packed schedule.. Pada 21/12/05, have to attend a postmortem case on a Przewalskii Horse. In the same day, after got back from UPM, had to go to Palace of Golden Horses (PGH ) Seri Kembangan for " Malam Kegemilangan Atlit Malaysia" with our Prime Minister. Well...I'm not one of the athletes but I have to bring along "Nicky" , the Zoo most famous Tiger untuk dijadikan anak angkat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ( KBS ). Memang keletihan yang amat sangat masa tu sebab balik dari UPM, hanya sempat tarik nafas untuk 30 minit. Then masa kat PGH, kena lak our PM datang at 11.45 pm. Debuk debak pukul 1.00 pagi baru boleh kemas dan balik ke Zoo Melaka. Pagi esoknya lak, nak naik keje lewat sikit pun tak boleh sebab orang pejabat ( admin ) dah call me up at 8.00 pm.

Pada 23/12/05 lak kena gi rescue Panther ( Panthera pardus delacouri ) kat Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Panther tu betina tapi estimated age 10 tahun ( dah tua dah...!! ) Balik at about 10 pm. Bertambah la koleksi panther kat Zoo Melaka ni...

Dari 24/12/05 hingga 26/12/05.... I took my leave..saja untuk merehatkan fikiran dan juga badan. Dah tentu I have to inform my BIG BOSS... after dapat greenlight dari dia, shoot off ke Kampung Lompat, Temerloh ( kampung mertua laa... ). Kebetulan lak kawan baik my hubby buat kenduri sambut menantu ( dia la yang kawin!! ). For the first time, I pegi kenduri kawin tak dapat bunga telur atau sweets... Heran gak.. maybe adat orang sana macam tu kut!

Okay la...enough for the busy week. Pas ni ada lagi busy week yang akan muncul towards the NEW YEAR of 2006.

HAPPY NEW YEAR.. 2006, here I come!!

Cherio!

Monday, December 12, 2005

GATHERING OF THE 7 th BATCH ANSERIANS

Gambor-gambor nanti di tampek kan dalam next posting.

Saturday ( 9.30 pm ) 10/12/05.... Minah sampai dari Singapore dah malam.. cleared kat causeway pun pukul 4.30 petang. We all ( Aween, Minah and Me ) lepas tu gi makan-makan bersama family masing-masing kat Ikan Bakar. At first nak pi Perkampungan Ikan Bakar Pernu-Umbai but then terpaksa cari alternative place sebab parking takde dan orang nauzuBillah punya la ramai kat situ. I was wondering, " depa ni tak reti nak duk kat rumah ke hujung-hujung minggu ni "...hehehe..jangan marah... Kitorang punya alternative choice adalah kat Cristal Bay a.k.a Alai... orang tak berapa ramai kat Gerai Ikan Bakar Alaaa...Kassim.. We managed to get a long table for our group. Menu for that night were Ikan Siakap masak sweet sour ( 3 ekor ); Ikan Pari , Ikan Siakap dan Ikan Kembung ( one each.. ikan kembung for Aween punya Bibik ) bakar; Sotong goreng tepung ( borong satu tray ~ 1 kg ); Ketam 6 ekor goreng kunyit; Nasi lemak 20 bungkus dan Air Buah 2 jag dan air kosong 1 jag. Mesti korang berkata... " Itu makan ke melantak? "... We had a great time there and sooo kenyang too !! Harga? Well.. tak mahal actually.. we only spent RM 180.00 for the night ... and masakan dia okay jugak ! Balik and reached home at about 12.00 midnight... Semua kekenyangan..

Sunday ( 7.15 am ) 11/12/05 .... start masak Mee Kari , Nuggets and the Bubur Lambuk ( for the kids ). Nasib baik la pulak my maid dengan rela hati menolong untuk siang bawang and also rampai untuk mee kari.. Finished cooking at about 11.00 am. Linda Safri and co. sampai kat rumah at about 10.00 am but depa prefer pi Zoo dulu sebab nak tengok Animal Show. Pas tu Aida, Fahroe, Aween & co. and Minah & co sampai ( siap bawak kuih raya lagi tu ~ Thank You ! ) .. Mawaddah & co. sampai yang paling last ( pun, dia bawak kuih raya jugak! Thanx ! ) .. about noon baru sampai. Mula-mula depa ingat nak tengok Show Gajah pukul 12 tgh tu tapi sebab Mawaddah datang lewat, we proceed dengan acara makan-makan.... LEGA RASA HATI lihatkan kengkawan enjoy food yang dimasakkan untuk depa! Then, at about 1.30 pm, gi round Zoo..berpeluh jugak la.. even my kids yang biasanya waktu nap depa tengahari pun ikut jalan sama.. happy betul diorang ! Balik round at about 2.30 pm.. semua lepak ! Aida yang kurang sihat pun pecah peluh berjalan dalam Zoo.. !!
Dah sihat Aida ? ( http://www.11point5.blogspot.com )
Semua dah mula beredar at about 5 pm. Yang paling last balik adalah Aida, Fahroe dan Mawaddah & co. Terasa terubat jugak la rindu untuk jumpa dengan kengkawan yang baik ( Good Friends ) macam depa....

Next week pulak... ada appointment dengan Syukur Manaf ( 91001 ) . Dia pun nak bawak family dia jugak datang ke Zoo Malam.. Pas tu Irmawati & co. lak nak mai.. To both of you ..Please do the confirmation...

To ALL MY FRIENDS... really appreciate kalau kita dapat gather atau jumpa di mana-mana mengikut kesempatan masing-masing... to refresh our memories kat Beseri dulu. Mesti havoc giler ! Sedangkan semalam punya event pun dah havoc... tu baru 3 families dan 3 singles yang gather... kalau semua... mesti havoc... kalau buat kat Melaka, I boleh sewakan Dataran Sejarah kat tepi Zoo ni utk merai kan semua..!! Aida, Fahroe.. nanti boleh buat gathering besar-besaran kat Melaka... Aida : tukang buat aturcara hahaha... Jangan Marah Aida! Please make sure you are in the perfect MOOD..!

Well, nanti akan dipost kan gambar-gambar gathering kali ini. Diharapkan akan dapat berkumpul macam ni selalu...

... Thank You for being my friends ...

Take care & cherio!


Sunday, December 04, 2005

7 PERKARA LELAKI PERLU FAHAM TENTANG WANITA


Lagi interesting topic kan? Well... bagi lelaki-lelaki di luar sana, baca lah supaya kamu lebih memahami apa yang berlaku kepada teman wanita kamu ...
This great article I found in Eh! Magazine dated about a year ago ( Dis 2004 ). Tengah dok mengemas Klinik, happened to came across this magazine.. interesting to share with all of you... Here goes:

1. " Mengapa wanita suka bergayut di telefon berjam-jam lamanya?"
Men and women have completely opposite ways of approaching the telephone. Satu kajian menunjukkan, lelaki lebih suka & selesa membuat panggilan telefon dengan kerap ( pemanggil produktif ) tetapi mengawal perbualan dgn penjimatan kata-kata kerana lelaki beranggapan dengan cara begitu lebih berkesan bila memancing cinta. Wanita pula memiliki cakupan topik yang lebih luas. Segala macam perkara yang akan dibualkan oleh wanita bermula daripada sebesar-besar isu hingga sekecil-kecil isu.

2. " Mengapa wanita suka bergossip? "

Tidak semua wanita suka bergossip sebenarnya.. selebihnya wanita pasti akan menjawab "Saya punya sebab untuk bercakap kerana saya perlu tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling saya " Ingat... wanita sememangnya dibekalkan dengan naluri suka mengorek rahsia, suka menggali sesuatu yang tersembunyi daripada cukup sekadar berpuashati dengan mendengar kenyataan orang sahaja.

3. " Mengapa wanita selalu berleter? "

Wanita berleter kerana itu adalah mediumnya untuk melampiaskan sepenuh perasaan kepada lelaki. Malah ada yang mengakui mereka terpaksa berleter kerana itu sahaja cara untuk memecahkan tembok ego lelaki
yang enggan menerima nasihat, enggan meminta pendapat malah enggan mengakui kesalahan sendiri!

4. " Mengapa pasangan saya cemburukan kawan wanita saya "

Selain cemburu, sikap dan kepercayaan wanita terhadap pasangannya juga menjadi persoalan. Jealousy
adalah manifestasi tidak sengaja yang tercetus daripada rasa kasih dan sayang seorang wanita terhadap
pasangannya. Kerana tidak percayakan lelaki, dan kerana fikirannya selalu memikirkan tentang masa si lelaki yang 'dicuri' oleh kawan-kawan wanitanya di pejabat, maka kerana itulah cemburu terbenih. Daripada itulah timbul sikap " she wants to control you ! "

5. " Mengapa isteri saya menelefon memberitahu anak demam kala saya keluar minum dengan rakan-rakan? "

Memang adat wanita jengkel dan tidak senang duduk jika suaminya keluar minum ( walaupun minum teh tarik!) dengan rakan-rakan pada waktu malam. Ini kerana wanita lah yang tersekat dan terkedang dengan
anak-anak di rumah, menjaga anak yang berteriak dan menangis. Wanita sebenarnya menghantar isyarat
" Jangan tinggalkan Saya ". Jadi, kepada suami-suami di luar sana... apa kata peruntukkan sedikit masa
untuk membawa isteri dan anak-anak keluar makan sekali-sekala.

6. " Mengapa wanita kuat berbelanja "

Tidak seperti lelaki , wanita memerlukan 10 pasang kasut yang disesuaikan dengan aktiviti sosialnya...dan
wanita juga memerlukan 10 helai bra yang disesuaikan dengan pantiesnya! ... Namun, lelaki harus ingat...wanita adalah pemegang kunci perbelanjaan dapur dan wanita juga orangnya dalam menata masa depan rumahtangga .. daripada pemilihan langsir hinggalah kepada pasu bunga!

7. " Mengapa pasangan saya tidak berapa rapat dengan famili saya terutama emak saya "

Tidak ada ibu mertua yang tidak gembira menerima menantu. Namun, apabila terjadi kepada seorang wanita yang perlu menerima kehadiran seorang wanita dalam hidup anak lelakinya, maka fasa pertukaran kasih sayang pasti akan berlaku. Di sini lah first exchange yang unik berlaku. Perasaan khuatir atau takut dilihat sebagai perampas takhta atau controller baru adalah perkara lazim kepada seorang menantu wanita. Jadi, jangan hairan lah jika dia takut-takut untuk mendekati si ibu mertua!

Well guys...fahami wanita di sisi anda semua. Semoga hubungan kalian akan berkekalan....

Take Care & Cherio!