Thursday, August 28, 2008

Balik Kampung .... Potong Jambul .....


Went back to Kulim from 17/8/08 till 22/8/08. Mama decided nak buat kenduri sikit ( kesyukuran ) sambil nak potong jambul Amira .Biasanya orang potong jambul dalam masa 7 hari bersalin, tapi .... camner nak balik dalam masa tu dengan keadaan kesibukan aku sekarang? LAgipun bebudak sekolah ... takkan nak ponteng semata-mata nak buat upacara tu ? So, decided buat masa cuti sekolah lepas. Tak banyak, buat pulut kuning & gulai ayam as the dish, distributed to neighbours and family members . Hujan selebat-lebatnya all the times masa kat sana. Rarely nak jumpa panas the whole day.

Balik Kulim yang lepas gak, gi ke Baling untuk hantar balik Midah ( the maid! ) ke pangkuan keluarganya. Berair bijik mata maknya bila I minta maaf kerana tak dapat nak tunaikan janji untuk beri Midah kerja ngan I, since dia selalu sangat buat perangai. Luckily maid dari Bandung tu dah sampai. ALHAMDULILLAH .... the worst fear dah terjawab. My second son boleh terima the new bibik ... manja pun dengan dia. Dia slowly lupakan kakak Midahnya and semuanya bibik yang buat. The maid pun pandai tackle bebudak ni, lembut & sopan compare to Midah. Tak dinafikan , Midah dah bela depa selama 5 tahun... still kalau dia tak jadi kurang ajar dengan majikan & my mom, for sure I tak amik maid Indonesia tu. You know what? ... Sebelum my mom balik ke Kedah, berlaku konflik antara my mom & Midah ... hanya kerana my mom tegur dia nak buang sampah waktu Azan Maghrib berkumandang ... dia boleh kata kat my mom " Ikut suka aku la ... mai sini buatpa? Pi balik laa... " See ... betapa kurang ajar & biadapnya dia! On the spot dia kena lempang dengan I . TAk sedar diri punya maid! Alhamdulillah ... seksa dah berakhir ... I did pulangkan dia dengan keadaan yang baik walaupun dia biadap ..... Alhamdulillah Adib tak demam sehingga sekarang & boleh terima bibik barunya! SYUKUR ....

Today, Amira start demam since yesterday pi vaksin buat kali pertama ( umur 2 bulan ) . Tak tinggi suhunya, cuma the highest 37.4 Celcius. Syukur dia tak banyak buat perangai. Dia dah mula terima feeding guna botol susu puting besar ( ala ... yang puting gemuk, rupa sekali imbas macam breast jugak! ) . Kali ni pelaburan yang mahal aku kena buat. Started feeding formulated milk dengan Dulac .. then tukar pi Lactogen bila dia diarrhoea. Dah minum Lactogen lak, dia constipate laks ... la ni susu dia Snow P7 A+ Infant formula. Mahal tu! Tin 400 gm jer dah RM 21.50 ! Tin terbesar hanya 1 kg dengan harga RM 44.95 ! Alhamdulillah, takder lagi constipation ... najis pun normal. Tak kisah la asalkan dia mahu minum susu tu. Sebelum ni, botol susu pun dia takmau hisap. Bukan apa, dia still breastfeeding malam hari ( full breastfeeding ), cuma persediaan jika I have to go somewhere & left dia ngan bibik. Tak ker haru kalau dia taknak minum guna botol!

Okayla, dah panjang lebar update kali ni. Sibuk sikit nak update selalu since my bos dah lantik I sebagai Coordinator untuk Program Pertukaran Haiwan denagn WRS ( Wildlife Reserves Singapore / Singapore Zoological Garden ).

Nanti I update lagi bebila ada kesempatan.



Till then, take care & Cherio!

Monday, August 11, 2008

Musim Buah ... Musim Batuk ...Musim Demam ....

Rasanya dah lama jugak tak update kat blog ni . Bukan apa nya, dok kat rumah jer, malas nak naik ke opis dan dapat tau internet kat opis pun down lama gak.

Update? Hmm ... last week, me & anak beranak semuanya diserang demam panas & batuk. Macam yang dah tau, sekarang ni kan musim buah-buahan , aku ni dah la hantu buah rambutan & durian. Apa lagi, mengadap macam dah tak ingat makanan lain dah ! My kids ( except the baby , of course! ) ikut jejak mama dia. Well, demam tu start dengan Amir.... then Adib lak follow . Oleh kerana diorang ni tak boleh nak berenggang dengan baby, Amira yang kecik tu pun kena demam, batuk & selsema ( pakej 3 in 1 tu! ). Lagi la aku stress ... last-last end up aku kena jugak ! La ni dah kebah sikit cuma batuk jer yang tinggal. Hari Jumaat hari tu ( 08/08/08 ) , siap sms Najib minta balik awal sebab aku dah tak larat ... aku paksakan diri gak untuk gi amik Amir kat skolah dan juga Adib kat Tadika. Pastu , gi amik ubat Amira lak sebab risau dia masih belum divaksin lagi ... memang susceptible! Last sekali, dah settle semua baru gi amik ubat untuk aku sendiri.

Maid baru sampai jam 2.30 petang Hari Jumaat tu jugak. Nama dia Sarimas ... orang Bandung. Alhamdulillah, first impression menyenangkan dan mahu belajar, solat 5 waktu tak tinggal, lembut , soft spoken dengan the kids and the main thing, my kids sukakan dia. Dak Amir siap makan pun minta bibik suapkan. Adib sikit slow sebab nak berpisah ngan Midah. But bila tengokkan hari kedua & ketiga maid tu pujuk, dia pun nak dengan maid tu ... Syukur! Midah? Next week, bila cuti sekolah baru nak hantar dia balik Baling. Adib pun dah dapat terima kehadiran maid Indonesia tu sebagai pengganti Midah nanti.

Hari Khamis lepas ( 07/08/08 ) , genap 44 hari tempoh berpantang officially ( cuma pada penulisan ... hakikatnya, TAK PANTANG pun! ) . Sekarang ni dah bebas ... walaupun dulunya pun bebas jugak ... cuma sekarang dah bebas nak makan apa pun. Baby aku menyusu badan sepenuhnya pada malam hari & campur susu formula pada siang hari. Bukan apa, senang keja nanti. Next week, insyaAllah nak buat potong jambul anak dara tu kat Kedah. Nanti aku update gambarnya.

Okay la, nanti aku update lagi. Till then, take care & Cherio!