Wednesday, March 26, 2008

Mana Pigi?? Lama Tarak Nampak ....

Hmmm ... dah lama giler tak update blog ni. Busy sejak balik dari bercuti. Banyak things happened around me & family. Antaranya :

1. 8-15/3/08
~ after mengundi kat Ayer Keroh, balik ke Kedah straight dari Melaka. At first nak balik Pahang dulu but cancelled last minit sebab program family Najib dipostponed. Takder la jam jalannya tapi penuh ngan perang poster kat sana dan kat sini.

~ hantar Si Midah the next day. Kat Baling dahsyat kempennya ... dia ada wau bulan, helikopter ngan infrared lagi, jet pejuang dan macam-macam lagi. Leka tgk benda-benda tu sampai terlepas simpang nak masuk ke kampung Midah.

~ hari Rabu tu, bawa the kids pegi jenjalan ke Perlis. Bawa ke Gua Kelam , Taman Ular , Projek Napuh Batu Pahat dan Padang Besar, Bermalam kat Putra Palace for the night sebab malam tu gi makan-makan dengan Syaf kat Kuala Perlis. It was a good dinner, kenyang makan ikan bakar. Accomodation was good, the kids enjoyed themselves kat pool walaupun rainy season.

~ Balik semula ke Melaka hari Sabtu tu . Terpaksa balik awal sebab nak exam on Monday. Jalan jam kat R&R Sg Buloh sepanjang 5 km. Sebabnya sikit jer..ada lori rosak kat jalan susur. Bengong!

2. 16-18/3/08
~ bergerak ke IBD ( drive Jimny Jabatan actually! ) untuk Peperiksaan PTK. Well, my first PTK sebenonya .. gabra jugak la. Mana ada study apa-apa sepanjang balik kampung tu. Dah tu, dapat sebilik ngan orang yang sekepala ... havoc dibuatnya! Keluar makan je sampai jam 11 mlm, balik, bukan nak study, tido terus. Habis je PTK hari pertama, gi ke Kuala Gandah, lepak ngan gajah-gajah kat situ, my friend lak siap mandi ngan gajah kat sungai.

~ Balik dari PTK, singgah UPM sekejap ... sempat beli handphone baru Nokia 3500C lagi! Klentong orang kedai cakap student, dapat harga murah! Baru RM 450 siap memorycard
256 MB.

3. 19/3/08
~Euthanised sekor Indochinese tiger. ID dia Mek Bunga. Lahir pada tahun 1992 di Zoo Melaka. Sebab euthanise? Dia ni ada Malignant lung tumour. Ia berpunca dari mastitis yang merebak jadik ketumbuhan pada "payudara" dia. We had removed the tumour tapi reoccured semula few months later. This time lagi teruk ..... dah takder selera nak makan, body condition makin hari makin menampakkan tulang, mata dah cengkung ke dalam dan macam-macam lagi.

4. 20/3/08
~ Kerja la ... dah cuti lama hari tu!

5. 21/3/08
~ Kena gi Seminar " Wanita ... kenali hakmu " di Masjid Al-Azim sempena MAulidur RAsul. Mazidul Akmar sebagai Moderator. Dia punya panel ok la jugak. Yang tak best, tetamu kehormat ( isteri CM ) datang lambat ... macam dia gi solat Jumaat lak! Supposed to start at 2.30 pm but dia sampai at 3.15 pm. Tension betul! Taula orang besau-besau!



6. 23/3/08
~ dapat panggilan suruh gi amik Tapir kat Labis, Johor. Memula diorang kata nak hantar, last-last kitorang kena gi rescue. Pandu pajero, lead the team untuk gi rescue. Tapir tu buta sebelah kiri mata, kaki kudung kena jerat ( tapi dah lama! ) dan kurus giler. Dah tu lokasi rescue kat Desa Sepakat. masuk kebun Kelapa Sawit sejauh 10 km ke dalam kebun baru sampai ke tempat tapir. Jalan dia takyah cakap la ... dalam kebun selepas hujan .... macamana jalannya?

~ Pajero buat hal masa nak balik. kat pekan Cha'ah, enjin berasap. Memula ingatkan bateri kong, tapi last-last rupanya radiator bocor besar! Stranded kat kawasan tu je dah 2 jam. Try contact merata ... even minta tolong driver backup untuk hantar kenderaan lain but that particular driver refused dengan alasan penat bawa tram ... hampeh betul! LAst-last team kitorang terpaksala bertunda ... hilux yang ada tapir tu tarik pajero perlahan-lahan sampai ke Melaka. Nasib baik tapir tu calm ... Sampai Melaka jam 1.00 pagi. Letih takyah cakap la ...

Ni pun ada senang sikit untuk update blog. Internet lak dua tiga hari ni buat hal ... hari ni boleh tahan sikit.

7. 25/3/08
~ Ada Meeting Bulanan Pegawai Zoo. Pepagi dah kena leter! Lagi tambah kerja ada la ... Exchange Programme menunggu. Yang bestnya, My Bos, My Vet tak tau I'm Pregnant ... saja taknak beritau diorang. Rasanya diorang notice kebesaran texture badan I but diaorang taktau pregnancy ni. Bagus laa...

Okayla...nak pi amik bebudak lak.
Till then, take care & cherio!

Friday, March 07, 2008

School Holidays ... Selamat Mengundi ...

I will be on leave this School Holidays ( emmm ... waktu tu je yang boleh travel jejauh ! ) dari 8/3/08 till 15/3/08 ... nak balik ke Kulim, Kedah Darulaman. Lepas ni dah susah nak travel jejauh sebab dah boyot ! BTW, balik tak balik pun selepas PRU ke-12 nanti. Balik ke Pahang dulu for a day sebab nak beli ikan patin yang orang Kedah pesan & then terus dari sana ikut Genting - Batang Kali punya route. Di mana mengundi? This year mengundi kat Melaka since alamat IC pun dah tukar ke Melaka. Kalau tidak haru biru sebab Najib akan mengundi kat Pahang & I will at Kedah. Dah menyimpang! That is why kitorang tukar alamat IC ke Melaka.

Lepas balik dari Kedah, nak ke Pahang semula sebab menduduki peperiksaan PTK ( TK1 ) kat IBD Lanchang, Pahang ( again! ). Buku satu apa tak baca lagi! Nak kena drive ke Pahang dari 16/3/08( petang ) and only be back to Melaka pada 18/3/08 ( malam ). Cuti Maulidur-Rasul? Kerja ... kena pulak minggu ke-3 bulan ni ( dah termaktub kena kerja! ). Sigh... sure restless giler!

Ok la, nak sambung kerja sikit lagi before bercuti.

Till then, take care & cherio!