Wednesday, October 29, 2008

Erti Persahabatan

Got this article from http://isuhangat.blogspot.com ... Nice one to read.

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.

2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.

3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.

5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.

7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.

9. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.

10. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu.


Well, for me .... kawan senang dicari TETAPI sahabat amat susah dicari. Persahabatan adalah untuk selamanya. Renung-renungkanlah ....

Till then, take care & cherio!

Thursday, October 23, 2008

NEW ARRIVAL for Zoo Collections...

~ Chiko ( left ) and Chiki ( right ) ~


SPECIES : Panthera tigris jacksoni ( Malayan Tiger a.k.a. Harimau Belang )

NAME : CHIKO ( Male ) & CHIKI ( Female ) given by our beloved Director, Tn Hj Mohd
Nawayai bin Yasak.

SEX : MALE & FEMALE

SIRE : DIDO

DAM : NICKY

D.O.B : 15 October 2008

These are the newcomers at the Melaka Zoo.. Depa ni anak Nicky ( yang famous tu!! ) dan Dido. Rasanya sekejap sangat ... dulu bela Nicky masa kecik-kecik dulu. La ni jaga anak-anak dia pulak! Anyway, diorang ni tak diberi exposed pada public atas sebab-sebab keselamatan. So, saya boleh update dalam blog ni saja la nampak gayanya! Hmmm ....

Memang la kalau boleh nak biarkan dia bersama maknya tapi maybe stress kut, mak diorang nampak macam nak reject depa. Jadi, sebelum depa tak dapat diselamatkan, kitorang ambil tindakan proaktif untuk handraise diorang kat Klinik Zoo Melaka. Best? Well.... biasa-biasa saja cuma workloads bertambah.

Susu? Kitorang kasi depa minum susu kambing. So far bagus untuk ketahanan badan & juga pembentukan bulu serta kulit yang cantik. Harga? Takpayah cakap laaa ... unless ada hamba Allah yang nak sponsor susu kambing. Sekarang ni diorang menyusu 1 1/2 botol sekali penyusuan. Pemberian susu setiap 3 jam sampai 11 malam. Makin hari semakin meningkat jumlah susu .... Camner? Ada berani??

Okayla , enough for the announcement. Later tulis lagi.

Till then, take care & Cherio!

Wednesday, October 22, 2008

9 perkara yang tak boleh dibincangkan dengan SUAMI/ BF

1.Jangan cerita ttg lelaki lain yg dalam diam-diam mencintai korang.

2. Membenci ibunye.mmg lelaki pantang.

3. Cerite ttg kecurangan yg korang buat belakang lelaki tu.

4. Jgn jugak cerita ttg keburukan kawan baik lelaki tu.kawan tu penting bagi mereka
.
5. Jgn membanding2kan dia dulu dgn skrg,lg-lg ttg kegagahannyer.buruk padanya.

6. Jgn buat dia patah semangat terhadap pekerjaan yg dia lakukan.sebaliknya cubela bantu.

7. Bercerai.mmg satu perkataan yg lelaki takleh dengar.elokla dhindarkan.

8. Kalau anda pendapatan melebihinya.jgn la nak diperbesarkan.bende tu akan menyinggung perasaan dia.

9. Bila jumpa dengan teman lelaki lama .Takpayah la terlalu ghairah dan takyah la diceritakan perasaan tu kat dia.bender tu bkn lama.

Monday, October 20, 2008

Sesi Latihan Menembak Jabatan PERHILITAN Melaka / Zoo Melaka


Satu sesi latihan menembak anjuran Jabatan PERHILITAN Melaka dan Zoo Melaka telah diadakan pada Sabtu 18/10/2008 jam 8 pg - 4 ptg. Kitorang telah mendapat kerjasama dari KPD Muar untuk menggunakan Lapangsasar RELA di Bukit Kangkar, Muar. Dari segi persenjataan, kitorang mendapat kerjasama dari KPD Melaka Tengah. Sesi ini dianjurkan pada setiap tahun , demi memenuhi syarat untuk memperbaharui lesen senjataapi , tertakluk bawah Akta Senjataapi tahun 1960. Guna peluru hidup sei...

Kitorang gerak dari Zoo pada jam 8 pagi. Seronok ada ... takut pun ada ... Semalam, my life almost ended coz, ada sorang ranger yang terlalu gelabah ... dia tertarik picu pump gun semasa loading peluru. Nasib baik la muncung senapang menghala ke tanah. Kebetulan pulak, aku ni duk kat sebelah dia semasa tembak target. Phewww! Alhamdulillah .... masih bernyawa. Senapang yang digunakan adalah senapang patah ( double barrel / double barrel side by side / double barrel automatic / center fire 458 iaitu senapang gajah ). Acara yang paling disukai adalah penggunaan pistol .38 revolver sumbangan PDRM. Pekak la sekejap semasa tembak-menembak tu berlangsung....

Balik pada jam 4 ptg, semua dah flat giler... senapang-senapang tu bukannya ringan!

Malam, tido awal ... sakit / lenguh tangan takyah cakap la. Tu tak termasuk lebam kat bahu akibat menahan tembakan ( keterujaan senapang ). Masa tembak guna revolver tu, rasa macam dalam penggambaran CSI MIAMI lah pulak ( ceh! perasan!! )

Open House? Well ... tak banyak yang buat open house tahun ni. Semua sibuk kerja. My House? Hmmm ... kalau sesiapa nak datang, my house sentiasa opened ... kalau nak buat besar-besaran maybe tak sebab tak menang tangan. Maklumlaa ... Najib takder kat rumah untuk membantu buat persiapan.

Okay la ... stop kat sini dulu. Nanti sambung lagi.

Till then, Take Care & Cherio!

Tuesday, October 07, 2008

Satu Hari di Musim Raya ....


Yup! That photo is supposed to be the latest photo of my family.Was taken on the first day of Raya.

Masa bertolak balik ke Kulim 4 hari sebelum umat Islam menyambut Hari Lebaran ni, aku dikejutkan dengan berita abah & mama accident. Berderau darah aku ! Abah who happened to be the driver when the car collapsed nearby the PGA Kem at Kulim. They were on the way back from my sister's house that afternoon. Mujur la mereka berdua selamat ... ALHAMDULILLAH! Kalau tengokkan rupa kereta, memang tak ada yang menyangka mama akan selamat sebab remuk teruk di sebelah mama punya side. Gandar roda depan patah bila abah termasuk ke dalam lubang besar di pinggir jalan bila abah nak amik selekoh. Mujur juga kereta terbabas ke arah tepi jalan. Kereta skidded about 50 meters dan langgar paip besar kat tepi jalan ... abah terpaksa langgar sebab brake tak berfungsi bila gandar dah patah ... steering pun jammed! Dah tu, mereka dibawa ke kecemasan Hospital Kulim by my sister but then discharged tanpa x-ray muka mama yang bengkak teruk dan hidung abah yang masih berdarah tanpa henti.Apa la punya bahagian kecemasan .... lepas tu sikap MA yang kurang adab sopan ... memang tak lama la MA tu kat situ sebab my sister dah amik nama dia & IC untuk dibawa kes ni ke Kementerian Kesihatan by my other sister yang kerja kat JPA tu. Kitorang adik-beradik berpakat bawa mama gi Klinik Swasta untuk x-ray. Kesian Mama! Masa kitorang sampai kat rumah, mata mama sebelah kanan tak boleh dibuka langsung sebab dah membengkak. Luckily masa raya, dah surut bengkak dan penyudahnya, sebelah muka lebam ....

Kitorang lepak kat Kulim sampai 2nd day raya ... at 3 pm hari tu dah gerak balik ke Temerloh pulak. Jalanraya tak jam tapi ramai pulak yang nak pi Genting Highlands. Camner tahu? Hmmm ... kitorang shortcut ikut Genting dari Batang Kali. Sampai Temerloh dah jam 9.30 malam. Meriah suasana kat sana. Siap keesokannya diorang buat kenduri tahlil / arwah. Lepak Pahang sampai Hari Ahad lepas. Kitorang masih cuti hari Isnin tu ... nak settle things yang ditinggalkan seminggu before Hari Raya.

Amira? Dah besar dah anak dara aku ni. Tak caya? Tengok gambar kat bawah ni ...
Dah pandai ketawa bila diagah ... dah pandai senyum ... dan juga tak lupa, dah pandai mengamok!

Okay la, stop update kat sini. Nanti bebila free update lagi. Ada kerja sikit nak buat.

Till then, Take Care & Cherio!