Monday, October 20, 2008

Sesi Latihan Menembak Jabatan PERHILITAN Melaka / Zoo Melaka


Satu sesi latihan menembak anjuran Jabatan PERHILITAN Melaka dan Zoo Melaka telah diadakan pada Sabtu 18/10/2008 jam 8 pg - 4 ptg. Kitorang telah mendapat kerjasama dari KPD Muar untuk menggunakan Lapangsasar RELA di Bukit Kangkar, Muar. Dari segi persenjataan, kitorang mendapat kerjasama dari KPD Melaka Tengah. Sesi ini dianjurkan pada setiap tahun , demi memenuhi syarat untuk memperbaharui lesen senjataapi , tertakluk bawah Akta Senjataapi tahun 1960. Guna peluru hidup sei...

Kitorang gerak dari Zoo pada jam 8 pagi. Seronok ada ... takut pun ada ... Semalam, my life almost ended coz, ada sorang ranger yang terlalu gelabah ... dia tertarik picu pump gun semasa loading peluru. Nasib baik la muncung senapang menghala ke tanah. Kebetulan pulak, aku ni duk kat sebelah dia semasa tembak target. Phewww! Alhamdulillah .... masih bernyawa. Senapang yang digunakan adalah senapang patah ( double barrel / double barrel side by side / double barrel automatic / center fire 458 iaitu senapang gajah ). Acara yang paling disukai adalah penggunaan pistol .38 revolver sumbangan PDRM. Pekak la sekejap semasa tembak-menembak tu berlangsung....

Balik pada jam 4 ptg, semua dah flat giler... senapang-senapang tu bukannya ringan!

Malam, tido awal ... sakit / lenguh tangan takyah cakap la. Tu tak termasuk lebam kat bahu akibat menahan tembakan ( keterujaan senapang ). Masa tembak guna revolver tu, rasa macam dalam penggambaran CSI MIAMI lah pulak ( ceh! perasan!! )

Open House? Well ... tak banyak yang buat open house tahun ni. Semua sibuk kerja. My House? Hmmm ... kalau sesiapa nak datang, my house sentiasa opened ... kalau nak buat besar-besaran maybe tak sebab tak menang tangan. Maklumlaa ... Najib takder kat rumah untuk membantu buat persiapan.

Okay la ... stop kat sini dulu. Nanti sambung lagi.

Till then, Take Care & Cherio!

1 comment:

Anonymous said...

Bila nak cerita tentang anank anak Nicky?? Tak ada suruatkhabar yang cover cerita tu pun.