Friday, April 27, 2012

GILOSSS .... Giler Kerja Sungguh!

Urrmmm .... Nasib baik la hari Jumaat yang mulia ni tak kena kerja luar lagi .. kalau tak, genap 5 hari aku duk luar jer! Kesian kat my kiddos , dah la abahnya duk nun jauuuhhh kat selatan tanahair ... mamanya lak asyik kuar sokmo kerana panggilan kerja! Diorang taktau yang mamanya dah separuh mati dah ni dek kerana penat ...

Kerja kat mana? Hari Isnin lepas sampai hari Rabu, aku kena pi jengah Zoo Melaka yang pernah aku tinggalkan dulu. Ni semua gara-gara operasi menyelamat tapir yang berlangsung pada 22 hb kat Bandar Penawar. Nasib baik la senang tapir tu dimasukkan ke dalam crate oleh petugas Zoo Melaka.Kalau idak, konpem aku kena pi sana!Pergi Melaka  pada mulanya hanya nak stay untuk sehari ... pastu bila tengok keterukan kaki tapir yang patah tu, aku kena stay lagi sehari. Instinct aku mengatakan yang umur tapir tu tak berapa nak panjang ... kalau aku balik, ditakdirkan dia mati esoknya, dah nak kena datang semula untuk postmortem. Betul juga telahan aku bila awal pagi esoknya dapat sms ddari petugas kuarantin mengatakan tapir tu dah mati. Postmortem dijalankan di Bilik PM Zoo Melaka yang canggih gak tu pada sebelah petangnya. Giler sakit pinggang aku membongkok dan berdiri dalam jangkamasa lama! Nampak sangat la dah tua!

Balik dari Melaka, aku dikehendaki ke Zoo Temerloh lak untuk rawatan harimau kat sana. Masa ni la binatang tu nak sakit! Aku ni ibarat macam dah pegang Ijazah Kedoktoran Veterinar la pulak ... walhal baru diploma holder... aku ni sekarang dah jadi macam sorang konsultan yang percuma lak! Sana sini call aku tanya itu ini, walhal ada Pegawai Veterinar kat Ex-Situ HQ. Lotih den!

Okay la...pas ni taktau bila lak nak update lagi. Till then, take care & cherio!