Tuesday, June 27, 2006

Jadual Hidup Yang Pack bagi Julai 2006

1 Julai 2006

Hari Keluarga Anseri kat Zoo Melaka. What an honour bila pihak Anseri bagitau nak buat gathering kat Zoo. So, managed to pujuk my bos mintak dikecualikan bayaran sewa tapak untuk Hari Keluarga macam biasa....RM 500 woo.... Nasib baik dapat free untuk tables, kerusi, portable PA system & tapak kat boardwalk.. Makan, caterer yang terpilih adalah orang Masjid Tanah, purely Malaccan.. so, takder hal nak masak asam pedas seperti menu.

BTW, kat atas tu adalah gambar 2 ekor Kucing Batu yang aku berjaya besarkan dari baby... yang sebelah kiri nama dia Yen-yen @ Bulat dan yang kanan tu nama dia Poji.

2 Julai 2006


Birthday husband tersayang.. turning 33 years today. Happy Birthday Sayang .... semoga dimurahkan rezeki selalu dan dipanjangkan jodoh kita.

4-5 Julai 2006

Kena pergi Taman Kuang Ajil, Terengganu untuk ambil burung Kuang Elliot
( Symerticus ellioti
) sepasang dan juga Merak Putih jantan. Terpaksa bermalam semalam sebab bergerak petang dari Zoo Melaka. Sure penat giler...

10-12 Julai 2006

Hari ni, Keluarga Kelab Sukan dan Kebajikan Zoo Melaka akan mengadakan rombongan ke Taman Negara Merapoh, Pahang. Pas tu balik melalui Jalan Gua Musang - Cameron Highlands dan singgah sebentar kat atas tu. Journey tu dengan Bas dan kitorang satu family akan ikut except Midah the Maid ... My maid akan tinggal kat rumah. Katanya banyak kerja nak diselesaikan kat rumah bila the kids tak ada .. we will see about that....

13-27 Julai 2006

Ni jadual yang paling padat dalam hidup sebagai penjawat awam ( Orang Gomen ). I have to get through Kursus Induksi Umum kat INSTUN ( Institut Tanah & Ukur Negara ) , Behrang, Perak. Tak tau la apa jadual dia but dari pengalaman orang yang pernah pergi kursus tu, katanya padat giler...

Dah sampai hujung bulan ... gaji pun dah kuar, banyak nak diselesaikan selepas 2 minggu takde kat Zoo....

Till then, cherio!

Friday, June 23, 2006

Miss Him Like Crazy...



Why? Ntah laa... well, he is not around now... tetiba lak rasa rindu yang teramat sangat kat si dia walaupun baru semalaman tak jumpa. Najib ke Taman Negara Merapoh, Pahang untuk survey tempat untuk ahli-ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Zoo Melaka pergi bercuti. So, dia and a few guys and AJK go there to have a quick look of the activities yang dirancangkan untuk sesi outing tu. Dia bertolak ke sana pada jam 1.00 tengahari semalam dan hanya akan pulang pada hari Sabtu nanti. Maybe malam baru tiba sebab mereka nak balik ikut jalan ke Cameron Highlands. Kenapalah hati berdegup? Semalam, semasa perjalanan untuk pergi, Pajero "sezen" Zoo Melaka berplat MAF6100 pecah cermin hadapan. They all stranded kat depan Zoo Negara Ulu Kelang selama lebihkurang 3 jam dan hanya sampai Merapoh pada jam 9.45 malam. Nasib baik la kat Merapoh
( Pekan Kecil dia! ) ada line tipon...
Pagi tadi, call dia ... dia khabarkan pulak yang Pajero tu termasuk lubang dan terpaksa ditarik dengan bulldozer ke atas.Katanya lepas tu nak masuk ke Kuala Juram & begin Camel Trophy ... I do wish I was there coz I love adventure thingy like that...!!
Hmmm...tu baru 2 malam tak jumpa dia... nanti pertengahan Julai ( 13-27 Julai 2006 ) dah kena gi Kursus Induksi kat Perak lak tu... tak dapat bayangkan macamana nanti....??
Hmmmmmm....... I LOVE HIM VERY MUCH, WILL LOVE HIM FOREVER...
ONLY DEATH CAN SEPARATE US !

Till then..Cherio!

Saturday, June 17, 2006

1st SEAZA VETERINARIAN COURSE

Why am I disappearing for quite sometimes? Hmmm ... been busy lately. Ni pun baru habis Veterinarian Course yang diorang buat kat Zoo Melaka. Memang time restricted dan no sufficient rest for the participants. Bayangkan kalau rehat / break untuk makan hanya 10 minit and then lepas tu sambung kuliah or practical session for another 2 hours. Malam lak..break untuk makan malam dan solat maghrib hanya 30 minutes and then kuliah till 11.00 pm... Letih giler....!!

Day 1st -
banyaknyer kuliah... maklumla, semua fascilitators berpengalaman dan tak sabar-sabar nak mencurahkan pengalaman mereka kepada the juniors. Okay lagi la...baru first day. Mengantuk tak tau nak habaq la... Petang lak, tengahari rembang ok buat evaluation sangkar-sangkar mengikut group yang telah dibahagikan. My group was Group 1. My collegues were from Hong Kong ( Kadoorie Farm) , Cambodia , Vietnam and Malaysia. The one from Vietnam joined us on the second day. We had to evaluate the new Tiger Exhibit and also the Small-clawed Otter's Exhibit. We had to find what could be the defact for those exhibits.Tak banyak kesilapan yang boleh dicari since both exhibits were quite new. Malam, again with the kuliah.
Day 2nd - We started as early as 7.30 am, heading for the hoofstocks. We had to translocate the male Nilghai
( surplus ) to the Bachelor Group enclosure.The other participants were doing the Wildebeest, The Ankole Cattle, the male Scimittar-horned Oryx and another Nilghai ( supposed to catch the pregnant female for ultrasound, but ended with the subadult male with swollen leg ). We had our tea-break ( or breakfast ? ) at 12.00 noon. Then had our lunch at 1.30 pm. Petang, buat IM pinning for birds. For this practical, we have to potong tulang burung mynah ( Gembala Kerbau ) and then sambung balik dengan pinning. Ada yang survive dan ada yang mati.Malam after dinner, kuliah again.

Day 3rd -
Today was the reptiles day.We had our lectures in the morning and then practicals for restraining the Crocodylus porosus ( Saltwater Crocodile ) according to our groups. My group had to do treatment for the injured crocodile.My group was considered the BEST group coz kitorang really work as a team. Malam, semua keletihan...but have to dengar lectures again.

Day 4th -
Continue with the reptile restraint. We had to catch tortoises to take blood samples and do force feeding.Then tangkap biawak dan ular pulak lepas tu. Actually today was supposed to be the last day.Past break pagi, continue with lectures before the closing ceremony by our Director General of Wildlife Dept. at 4.30 pm. Malam, time to enjoy ourselves after 4 consecutive, restless and fun days. We had a Bar-B-Que night and also each group had to do sketsa. Apa lagi, ni la time untuk mengajuk para-para fascilitators.... Just For Fun! Balik at midnight..Letih giler.....letih makan, enjoyed myself tonight !!

Saturday lak minggu kerja ( 3rd week )... kena kerja lagi... Malam, ramai yang tipon beritau I masuk Majalah 3 for treatment of Tiger. Tak larat nak layan tipon.. dah la tak dapat tengok!

Hari Ahad pun sama... kerja... tapi nasib baik takdak Zoo Malam. Dapat la relax dan tido awal!
Today? Working days as usual. Ingat nak cuti rehatkan badan... but the vet dah dulu-dulu apply cuti... kena kerja juga la... dia cuti 3 hari lak! Dapat surat I have to go for the Induksi Umum ( the most IMPORTANT kursus in my job! ) from the 13 - 27 July 2006 kat INSTUN, Behrang, Perak. Hmmm... wondering macamana la kursus tu nanti??

Well... have to go now.Take Care & Cherio!

Sunday, June 04, 2006

Orang Gaji Buat Hal Lagi !!

TENSION!!

Sebenarnya aku dah naik bosan dengan perangai orang gaji aku yang kebudak-budakan, selfish...suka mengugut...
Bayangkan, kalau majikan sendiri tak boleh nak tegur... bila ditegur tentang sikapnya yang dah beribu kali dijanjikan untuk berubah, mula la muncung mulut timbul...mula lah jadi telinga pekak... Kalau diikutkan hati yang baran, maunya di LEMPANG sahaja mukanya.Kesabaran aku ada juga hadnya.... Ibu bapa aku tak mengajar aku jadi seorang yang biadap... mereka mengajar aku supaya menghormati orang lain.
Sikap orang gaji aku sebenarnya dah melampau! Apabila diminta menghulurkan sesuatu ( especially sewaktu aku yang meminta ), ok la, aku beri contoh... setiap kali aku meminta dia menghulurkan tisu yang berdekatan dengan dia, dia lemparkan kepada aku walaupun jarak kami hanya 2 kaki.. Geeerrrraaammmm nya!!! Suami aku sekarang memanggilnya MANGKUK.. dia yang penyabar dan lembut hati pun boleh memanggilnya sebegitu..

Kenapa kami tak berhentikannya atau amik orang gaji Indonesia saja?

Soalan tu kerap aku terima. Sebenarnya aku terpaksa bersabar dengan karenah kurang ajar & biadap dia kerana fikirkan keluarganya yang miskin dan porak peranda... fikirkan janji aku dengan mak dia ... dah la bapa dia berpoligami tetapi tidak adil... lebihkan bini muda.. Oh ya, lupa nak beritau, si MANGKUK ni adalah orang kita, orang Malaysia yang bermastautin di Kg Surau, Baling, Kedah. Aku sebenarnya pada awal dulu nak ambil maid Indonesia, mama aku puas pujuk untuk ambil dia kerana takut dia apa-apakan anak2 aku.Di awal kerja, dia ok, taat majikan dan jaga anak2 aku dengan baik. Tapi bila masuk tahun ketiga, sikapnya seperti jadi bos lak...dah la masak aku yang masakkan..sampai breakfast pun dia tunggu aku buatkan baru dia makan...
Yang aku tak tahan bila mama dam abah datang bertandang awal bulan lalu, bila aku suruh dia buatkan air untuk breakfast tetamu, dia boleh jawab.. " nak minum, buatla sendiri" Sakit hati tak? Aku bukan suruh dia buat air utk aku, dia boleh cakap camtu, depan mama & abah lak tu!
Aku terpaksa bersabar kerana Muhammad Adib Najwa, anak kedua aku terlalu rapat dengan dia. Bila dia ugut aku untuk berhenti kerja, Adib akan mula muntah-muntah dan panas badan... pas tu si Amir lak jadi camtu.
Dia salah satu sebab kenapa aku tak nak tambah lagi anak... aku pernah berkata kepada suamiku, kalau perangai orang gaji camni, kalau aku pregnant, maunya aku gugur disebabkan darah tinggi & stress.
Bagi aku, Si Midah ni adalah seorang yang tak pernah berterima kasih! Bila kami sekeluarga pergi bercuti, kami heret dia sama ..beri dia bilik yang cozy...apa yang kami makan tak pernah lupakan dia untuk join sekali...dinner aku masakkan untuk family..kerja tak banyak kat rumah tu...APA LAGI DIA NAK?? APA DIA NAK TUKAR TEMPAT DENGAN AKU UTK POST MAJIKAN? Well... GO TO HELL LAAA...!!!
Minta naik gaji tapi kerja tak seberapa!! Sekarang gaji dia RM 270 ( baru naik this year ).. makan, telefon semua aku tanggung... apa lagi dia nakkk??

Kerja dia kat rumah?
Pagi : Mop lantai. Rumah aku takdak sofa... rumah kerajaan la katakan.. Pas mop lantai, sidai kain kat
ampaian. Pastu masak nasi & lauk untuk anak2 aku.
Tengahari : Suap makan anak2 aku, nonton TV all afternoon masa anak2 aku tidur ataupun dia tidur sama.
Petang : Kutip kain kat ampaian... lipat kain. Pastu nonton tv lagi, then gi jalan2 kat taman dengan anak aku
Si Adib. Kengkadang tu dia gi sorang, tinggalkan anak2 ngan aku yang sedang memasak.
Lain-lain kerja seperti cuci toilets, cuci dapur masak , buang sawang dan kemas fridge hanyalah kerja-kerja yang sekali sekala dibuat.
Aku buat jadual kat dia ..dia kata kat aku "kak ingat midah ni bodoh ke sampai kena buat jadual ?"

Ini baru sebahagian cerita aku untuk merelease kan tesion aku. Nak diluahkan kepada suami, kami sama-sama tak tahan dengan sikap dia dan sama-sama terpaksa bertahan... aku taknak lihat anak2 aku demam dan muntah-muntah.. Inilah pengorbanan aku dan suami kepada anak2 kami.

Ni pun dah cukup panjang.. till then..
Take Care & Cherio!