Thursday, August 30, 2007

Cerita Balik Kampung...20/8 - 27/8/07

Seperti diwar-warkan sebelum ni, aku & family balik ke Kedah selama lebih kurang seminggu dari 20/8/07 hingga 27/8/07 lalu. Kitorang gerak dari Melaka jam 10.30 pagi dan sampai lebih kurang jam 7.00 malam kat Kulim. Kitorang gi hantar maid kat Baling dulu.

Hari pertama kat rumah, I'll do the kemas & cooking. Tak banyak yang buat sebab my sister nye anak2 akan semakkan semula. So, kemas je apa-apa yang patut.

Second day, cakap kat mama & abah nak pi Langkawi. Cadangnya nak pi sehari je sebab nak bawak anak2 jenjalan since cuti sekolah. Abah risau takut takder tempat tido ... Rezeki kitorang, sampai kat Kuala Perlis, ada hamba Allah menawarkan hotel reservation, sewa kereta and jaga kereta kat Jeti Kuala Perlis. Kitorang reserve 2 malam Holtel Langkasuka Beach Resort kat Padang Mat Sirat ( deluxe room with 2 Queen size bed & bathtub ) for only RM 140.00/ night. Kalau walk-in, bilik tu harganya RM 168.00 ( I asked the receptionist .. takut kena tipu !) Bilik tu included breakfast for 2 persons. Puashati la dengan layanan resort ! Next time boleh sewa situ lagi. Lagi satu, resort tu hanya bersebelahan dengan Perdana Beach Resort untuk ahli Leisure Holidays ( since I'm the member but tak dapat nak booking awal sebab tak rancang pun nak pi Langkawi ! ). Sewa kereta Iswara aeroback MAF 3436 for RM 70 / 24 hrs. Semua booking hamba Allah tu yang uruskan. Petang sampai tu just recci cari jalan nak pi tempat-tempat menarik. Next day, the kids sanggup bangun at 7.30 am utk berendam dalam bathtub. Habis banjir satu bilik ! Biarkan diorang berendam for an hour before gi breakfast at 9.30 am. The kids actually kena bayar for RM 13.00 but I bayar untuk sorang je sebab my kids tak makan banyak... bermain je lebih. Then the first tempat kitorang gi adalah Underwater World. Dapat masuk free sebab ada kawan kat sana & juga atas tiket PERHILITAN. Dah puas kat situ, gi Oriental Village & Cable Car pulak. Lunch for that day kat Pantai Kok. Seronok bebudak tu sambil makan Popper Wall's ice-cream ! Kat Cable car, my first son, Amir tak sangka lak gayat ketinggian ... dah jadi macam nenek tua sakit kaki berjalan kat jambatan gantung ! Pas balik dari Gunung MatChincang, lepak kat Oriental Village. Jumpa kawan lama kat tempat riding gajah. Kawan tu siap minta pandangan sebab gajah dia sakit. Keluar dari Oriental Village at 6 pm, sesi mandi-manda lah pulak kat private beach resort. Cantik beach dia & bersih too! Bagi bebudak mandi kat pool dia sekejap but after ternampak ada sorang malaysian yang tak reti adab meludah dalam pool...terus ajak bebudak tu sambung mandi kat beach. Yuck !!

Hari kedua kat Langkawi, gi shopping minyak gamat , chocolates, bag & gi jalan ziarah kubur Mahsuri. Banyak betul perubahan kat Langkawi since I went there in 2005 ! Before balik ke Kuala Perlis, lepak posing kat Dataran Lang. Bergerak balik ke Kuala Perlis dengan 2.45 pm nye feri. Pergi sana bawa satu beg tapi masa balik , beli lagi satu beg roda 24" . Penuh barang belian dalam tu. Sampai Perlis, ingat nak gi jenjalan kat MRSM Beseri , Gua Kelam dan lain2 but dah terlalu lewat. Sampai Kulim at 8.30 pm. The kids siap cakap nanti balik Kulim minta gi Langkawi lagi. Seronok lihat diorang gembira walaupun letih melayan mereka ! Next time, I cakap kat Najib nak naik aeroplane lak gi Langkawi dari Penang. InsyaAllah !

Okayla..hope you guys enjoy all the photos posted yesterday. Nak kena continue working lepas bercuti lama !

Till then, take care & bye!

Sunday, August 12, 2007

Kawan Baik

Lagi seminggu nak balik kampung..yea ! Yea ! Yang tak best nya dapat SMS dari Jamaq di Kulim berbunyi camni ...

" A'kum, jadi ke balik Kulim cuti sekolah nanti ? Cubalah minta tukar kerja dsblh sini supaya senang nak jaga mak.Mak dah tak suka dkt kamidah, dia terlampau benci dkt kami. La ni tibalah masa u balik jaga mak pula,kak dah tak larat dok asyik meluat tengok kami. "

SMS tu menyepoil kan mood nak balik kampung. As far as I knoiw, kalau dengar je I nak balik Kulim, my sis will hantar SMS camni. Tension ! Cuba bayangkan apa yang membuatkan mama meluat dengan mereka? Hmm ... my sis ni laki bini kerja. My sis is a nurse & her hubby technician kilang. Her hubby ni pemalas giler ... bukannya nak kisahkan anak2 langsung, anak lak dah 5 including twins.Her hubby ni always amik syif 7 am - 7 pm sedangkan ada syif lain bila refer kengkawan dia. Diorang ni stayed at my mom's place. I know my mom sebenarnya tak meluat kat my sis but meluat kat hubby dia. Dia punya hubby jadi rajin bila I balik ke sana ... sebab? Dia dah kena smash kaw-kaw dengan I & I cannot stand bila tenmgok dia goyang kaki. He expect his wife to serve him makan like the KING & masa dia nyer wife kerja, dia expect I will do the same .. YUCK! Dia ingat dia siapa? Najib pun tak demand camtu. One more thing, Najib kalau balik Kulim akan tolong my father kemas laman & kemas apa-apa yang patut. Biasa kalau kitorang balik, kitorang la jadi housekeeper .... mesti mengeluh bila balik sebab tgk rumah semak macam tongkang pecah. I wonder camner my sis boleh duduk dalam rumah keadaan camtu ? My job kalau balik sana, I'll do the cooking while Najib kemas rumah. Kalau you guys dok ngan mertua, takkan nak biar mertua yang sakit do all the job? Hmmm ....


Yang best sebelum balik Kedah, dapat jumpa ngan my best friend from the same origin iaitu Kedah jugak ... MINAH . Dia ni dok kat Singapore since dia ikut Omar, suami dia. Dia singgah sat jumpa I masa on the way balik Singapore dari Port Dickson. Dia ni rajin gi holiday .... Uuuuuiiii ... banyak story yang kitorang citer, maklumla dah lama tak jumpa. Lepas satu topik ke satu topik ...Tapi yang sedihnya, dia singgah sat je. Dia gak citer dia sesat kat dalam Bandar Melaka, on the way nak pi Banda Hilir. Nasib baik ada sorang Pegawai Kastam yang sudi tolong tunjuk jalan kat depa ni.


Okay la .... nanti update lagi. Nak pergi field jap. Hari ni kena kerja sebab semalam tak kerja. I went to service my car yesterday ... tukar keempat-empat tayar & service engine. Kopak jugak la RM 1,073.00 for the day.Pastu top-up Touch n Go RM 200.00 ... wuiiii... banyak jugak la ! Nasib baik la balik Kedah tu tak selalu. Setahun ada la 3 kali . Bukannya tak nak lawat orang tua tapi ingat semula, nak bawa mama & abah datang tinggal kat Melaka. Senang sikit !

Well, got to go. Take Care & Cherio!

Wednesday, August 01, 2007

TIME OFF ...

~ Adib, Abah & Amir ~

Sekadar makluman ... saya & keluarga akan bercuti dan akan balik ke KEDAH dari 19/8/07hingga 26/8/07 . During the time off, bolehla contact me through handphone ... nak jumpa ke ..... nak belanja makan ke ... Dah lama tak balik Kedah. Ingat nak jengah mama & abah yang kurang sihat tu.

Dapat tau abah dah boleh gunakan fistula kat lengan untuk dialisis. No more dialisis kat jugular. Alhamdulillah .... Mama lak dah tak berapa sakit lagi kat lutut & pinggang.

Well, Selamat Bercuti Sekolah pada 2 minggu yang akan datang !

When CRUELTY hit !





Yesterday, 31st July 2007 ( 2.00 pm ), went to Zoo Saleng, Kulai, Johor for a rescue attempt and confiscation of an elephant calf & a tapir calf, with co-operation of Johor DWNP. Arrived there at about 5 pm.

Anak Gajah tu adalah haiwan pertama yang dilihat. Then I proceed untuk gi lihat anak tapir pulak. Keadaannya amat menyedihkan. Anak haiwan yang kecil itu telah diseksa dengan kejam. Dunia sekarang heboh memperkatakan tentang child abuse & ini adalah kes abuse untuk wildlife. Lihatla gambar di atas dan anda semua akan tahu apa yang dimaksudkan. Menurut tokey zoo tersebut, haiwan ini baru 3 hari diterimanya ... Wallahua'alam dia dapat dari mana tapi I can guess dari mana dia dapat. Can you?

Anak tapir ni TERLALU LEMAH dan telah kehilangan banyak darah Mucose membrane dia dah pucat giler ... Kulit di sekeliling dadanya tersiat dan dagingnya dah mula busuk. Bayangkan bagaimana keadaannya jika tulang rusuk dapat dilihat dengan mata kasar !! So far, the Veterinarian and I hanya boleh bagi dia 50-50 chances untuk dia hidup. Kalau anak tapir ini seekor yang survival , INSYAALLAH dia akan hidup... tapi akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

Pagi ni, selama lebih kurang sejam setengah , the Vet & I buat rawatan ke atas dia. Keadaannya punya la lemah hinggakan masa treatment, kami sikit pun tak gunakan sedation atau tranquiliser ke atasnya. All the way, dia memberikan kerjasama yang sewajarnya dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan menyerang kami. Kami mula rwatan pada jam 9.15 pagi dan habis pada jam 10.50 pagi. Lama kan??!

Well, let us doakan anak tapir ni akan survive. Inilah kesan kekejaman terhadap hidupan liar yang ada di Malaysia sekarang.Orang sanggup buat apa saja untuk mendapat wang ... tanya diri sendiri, SANGGUPKAH ANDA MENCEDERAKAN HIDUPAN LIAR SEKECIL INI ? Think .....

Ok la..enough dengan leteran ini. Till then, take care & Cherio!

1/8/07 2.15 pm .........

Ini adalah update dari berita / cerita di atas. Anak tapir ini TAK SURVIVED ! Dia didapati mati oleh keeper apabila nak beri dia makan. Oh well ... lebih baik kematian berlaku dari dia menanggung kesakitan yang amat dahsyat !

Postmortem telah dilakukan oleh Team Veterinar di field. Hasil yang didapati, luka di dada anak tapir ini telah menembusi sehingga ke thoracic cavity. Dia juga ada jaundice dan keseluruhan vital organs pucat !

Diharapkan agar mereka yang menyeksanya akan menerima hukuman setimpal untuk kekejaman terhadap hidupan liar !