Diam tak diam, dah sebulan aku dalam confinement ... kata orang Melayunya BERPANTANG. Tapi bagi aku, pantang kali ni punyai dugaan yang besar. 100 % kali ni aku kena berdikari since husband dah bertukar tempat kerja ... ke Jabatan PERHILITAN JB. So, sekarang ni semua urusan kat rumah 100 % diuruskan oleh aku sendiri. Kalau tak ... siapa lagi?
Amira dah memasuki sebulan sehari hari ni. Dah macam-macam posing dia boleh buat sekarang. Dah pandai senyum pun ! Setiap kali rindukan abahnya, aku tatap jer muka dia ..... anak abah la katakan!Abang-abang dia yang dua orang tu ...... setiap kali balik sekolah, nak tido, balik dari main , mesti cari dia ... cium dia ... dan kalau dia takder kat katil, mesti mereka tanya di mana Amira? Satu sikap si Puteri ni ... penggeli sungguh ... sebijik macam Adib. Bila nak tido, mengamok sakan dulu seperti Amir. Apa-apa pun ... Amira dalam keadaan sihat tu dah kira Alhamdulillah !
Main problem sekarang, my mom's personality ... kerap marah-marah, cakap menengking especially to my maid. Kesian pulak nengoknya ... sudden change sedangkan sebelum ni boleh duduk bersembang & nonton TV sekali . Sekarang? Nak pegang baby pun my mom tak kasi ... Mungkin dah terlalu tua kut! Emmm .... Amira pun rasanya pening dengan sikap toknya .. even Adib yang baru 5 tahun pun kerap cakap kat mamanya nak tukar tok baru sebab tok lama suka marah-marah. Even myself rasa kesian kat my kids sebab nak bercakap dalam rumah sendiri pun kena marah ... alasannya Amira nak tido ... sedangkan my mom dok menengking my maid tu lagi kuat dari my kids punya suara . Pening ... pening ... bila ditegur, terus merajuk taknak makan .... serba salah myself!
Okay la... nanti update lagi.
Till then, take care & Cherio!
Friday, July 25, 2008
Tuesday, July 08, 2008
Beri Laluan....Tuan PUTERI nak lalu...!
Yuuuhuuu .... Hari ni dah genap 2 minggu umur my little princess ni. Nama ? Namanya NUR AMIRA NAJWA binti MOHD NAJIB. Comel tak? Sebijik muka abang Ngah dia, Muhammad Adib Najwa. Birthdate dia sama ngan my beloved father ... 25 Jun . Waktu lahir ? 5.39 pagi , waktu bilal kat masjid tengah mengalunkan Azan Subuh. Dia keluar awal sebab takut kena induce guna Foley's Cathether ... lepas je doktor cakap nak induce esok harinya, terus dia ada contraction 2 kali dalam 10 minit. Berat ? sekarang dah 3.5 kg. Masa lahir 3.45 kg. Kecik berbanding abang-abang dia iaitu 3.55 kg & 3.7 kg.
Okay la ... nak balik rumah. Nanti tulis lagi. Ni nak gi mandikan dia. Nak buat camner ... berpantang kat Melaka, semua kena buat sendiri ! Tapi best juga ... boleh gi shopping kat JJ dalam hari sebab kena berdikari babe!
Till then, take care & Cherio!
Okay la ... nak balik rumah. Nanti tulis lagi. Ni nak gi mandikan dia. Nak buat camner ... berpantang kat Melaka, semua kena buat sendiri ! Tapi best juga ... boleh gi shopping kat JJ dalam hari sebab kena berdikari babe!
Till then, take care & Cherio!
Subscribe to:
Posts (Atom)