Tuesday, January 20, 2009

Perghhhh Tuaa....

Apa yang dicatat di bawah adalah copyright dari isuhangat.com ....
Bulleted List
  • 1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

  • 2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tue..

  • 3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue...

  • 4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

  • 5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...

  • 6.Melentikkan Bulu Mata - Pakai ler Bulu Mate Palsu...

  • 7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...

  • 8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..

  • 9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .

  • 10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...

  • 11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...

  • 12.Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo...

  • 13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

  • 14.Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice..

  • 15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..

  • 16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...

  • 17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..

  • 18.Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir

  • 19.Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..

  • 20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

Sebenarnya aku ni boring ... takder idea & bahan nak ditampekkan kat blog. Kalau tampek tentang anak2, sure korang boring , lagipun takder isu sangat ... nanti kalau mira dah besar, banyak la keletahnya.

Okayla ... kalau ada story nanti aku tampekkan.

Till then, Take care & Cherio!

Saturday, January 17, 2009

Keserasian Pasangan

Got this info from isuhangat.com. Depends on individual nak percaya atau tidak. As for me, Najib boleh dikatakan anak yang tengah & myself anak bongsu. So far ALHAMDULILLAH ... hubungan kitorang baik, lancar & boleh bertolak ansur dalam segala hal rumahtangga. Well, here is ...

1. Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah.. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

2. Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

3. Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

4. Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

5. Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

6. Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Amacam? Dah tau keserasian masing-masing? So, pepandai la mengadaptkan diri jika ditakdirkan jodoh bersama pasangan masing-masing .... GOOD LUCK!

Wednesday, January 07, 2009

PD MINI ZOO ... NO Animal Welfare noted!

PD Mini Zoo ni terletak bersebelahan dengan sebuah tempat pengumpulan besi buruk, on the way to Teluk Kemang ( kalau dari Melaka !) . Pada mulanya, memang teruja nak pi lawat kat sana , at least sambil menyelam , minum air ... mana tau kut-kut boleh buat exchange programme ngan Zoo Melaka! Tapi , alangkah terkujatnya bila sampai ... Mini Zoo nya sungguh daif, kebajikan haiwan-haiwannya yang tak seberapa ekor tu TAK TERBELA ... I wonder siapa la owner mini zoo ni. Dah la tiket masuk sama harga ngan Zoo Melaka ( Dewasa RM7 & Bebudak RM3 ) , binatangnya ada la dalam 22 spesis haiwan ... antaranya:

  1. Merak Biru ( Pavo cristatus ) 2.2.0
  2. Golden Pheasant ( Chrysolophus pictus ) 1.1.0
  3. Silver Pheasant ( Lophura nycthemera ) 1.1.0
  4. Japanese Pheasant 1.1.0
  5. Beruk ( Macaca nemestrina ) 4.5.0
  6. Kera ( Macaca fascicularis ) 1.0.0
  7. Musang Pandan ( Paradoxurus hermaphroditus ) 1.0.0
  8. Racoon 0.0.1
  9. Dromedary Camel 1.1.0
  10. Sabah Pony 2.4.0
  11. Keldai 1.0.0
  12. Arnab 0.0.6
  13. Persian Cat 1.1.0
  14. Kambing Katjang ( ~ 20 ekor )
  15. Black-necked Ostrich 1.0.0
  16. Rusa Timor 1.1.0
  17. Guinea Fowl 2.2.0
  18. Turkeys 2.2.0
  19. Green Iguana 0.0.1
  20. Ayam kampung ( ~ 4-5 ekor duk berkeliaran! )
  21. Ular Teding Selar 0.0.1
  22. Ular Sawa Batik 0.0.1
Yang kesiannya, ada sekor Kuda Padi Sabah yang pregnant ... diikatkan kat tengah panas tanpa tong air kat sisi. Dah la kuda ni dah sarat ... Pastu, makanan haiwan-haiwan ni rasanya memang tak mencukupi. Rusa Timor hanya diberi makan sedikit dedak lembu & daun kelapa sawit... Mewah lagi makanan binatang-binatang kat Zoo Melaka! Unta-untanya pulak kotor giler ... tapi dibuat riding lak! Kawasan persekitarannya macam kat dalam junk yard. Yang kelakarnya, Musang Pandan dinamakan sebagai "MEERKAT" ... jelas bau pandannya!

Masa kitorang melawat, ada la satu group ni, foreigners juga melawat mini zoo ni. Siap nak buat laporan ke SPCA tentang kemelaratan haiwan-haiwan kat sini. Dah la pekerja-pekerja Zoo ni purely dari India ( legal @ illegal ... tahla! ), sepatah haram bahasa melayu tak tau. Inggeris pun harapkan geleng2 kepala je ... yang diorang tau, harga tiket RM 7 adult & children RM3.

I hope la, kekalau PERHILITAN punya orang ada membaca blog ni ( although I am one of them! ), TOLONG la pi check kat Mini Zoo PD ni ... especially bahagian Penguatkuasaan ( UKK - bahasa PERHILITAN ). Owner ni boleh didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76 tahun 1972 ( Akta 76/72 ), bawah seksyen 92 ( 1) (a),(b),(c) & (f). Harap maklum ....!



Okay for now! Take Care & Cherio!

PD trip 2-4 January 2009


Yup! Kitorang gi last minute family vacation kat Kemang Indah Condo, Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Bukan apa, dah lama tak gi trip cenggini. Kesian kat bebudak tu since I tak dapat cuti kerana menanggung kerja masa cuti sekolah tempoh hari. Sure ! .... The kids enjoyed it! Seronok tengok gelagat diorang yang tak jemu-jemu nak mandi kat pool. Tak pandang dah mandi laut macam selalu!

Amira? Well, this is her first vacation sejak lahir. Bibik ? Dia pun sama ... Yang pentingnya, SEMUA ORANG GEMBIRA!

Tak banyak gi melawat tempat. Banyak lepak kat Kondo, mandi pool!

Balik, kelam kabut sediakan perkakasan persekolahan yang akan dibuka pada 5/1/09. Nasib baik Najib ambil cuti sampai 6/1/09 ... at least dia boleh settlekan persekolahan Amir.

Hari ni, first day I have to send diorang ke sekolah. Haru-biru sekejap. Dah la terlewat , traffic light kat sekolah lak macam bengong! Ada ka ... kereta masih kat line kuning ( besar giler line kuning dia! ) tetiba lampu bertukar merah! Siapa la engineer yang design traffic light kat simpang sekolah tu! I wonder ...

Okay la. Stop sini dulu. Take Care & Cherio!