Thursday, December 15, 2011

Musim Cuti Sekolah ... musim bebudak lelaki BERKHATAN!


Same goes to my boys ... Tanggal 10/12/2011, bermula la proses "Transformasi" mereka berdua. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun Dak Amir ada sedikit ketakutan & ke-ngerian ... Aku respect Dak Adib kerana berani, sanggup melihat sepanjang proses berkhatan tersebut. Cuma dia kalah bila nak gi buang air pada malam setelah berkhatan .... memang pedih! Aku yang nengok mereka pun dapat merasakannya ...

Pantang makan? Hmm ... pantang jumpa makanan! Aku tanya kat doktor kut2 ada yg kena dipantangkan tapi doktor kabar takde mende yg nak kena pantang. So, apa lagi, mereka pun pantang jumpa makanan ... blasah jer!

Ada lagi citer HOT ke?

Ok la...wa stop sini dulu..
Take care & cherio!

Friday, December 02, 2011

Bapak Lamanya Koi Menyepi!!


Koi perasan ... blog kesayangan koi ni dah lama tak di update. Sekarang ni koi bapak la busynya ... dengan kehidupan seharian ... dengan keja luarnya ... dengan facebooknya ... dengan main game nya ... ( huh?! ) ... pendek kata busy sokmo! Iskh! pelik pulak aku rasa nak guna dialek Pahang ni!

Aku pi mana? H mmm .... banyak tempat aku gi sepanjang dari Sept lepas sampai sekarang ni. Ada gak la 2 - 3 kali jengah semula , berpijak di bumi Melaka. Buatper? Kenduri la...Hari Keluarga la .. macam-macam lagi! Yang aku nampak semasa jejak semula ke sana adalah keriangan di muka anak-anak bujangku sebab dapat jumpa kembali 'long lost friends' mereka kat sana. Aku bahagia melihat mereka gembira!

Dari pencapaian akademik anak-anak bujang ku ... ALHAMDULILLAH ... mereka mendapat tempat ke-2 dalam kelas masing-masing. Bebaru ni, sebelum sekolah start cuti, mereka menerima hadiah masing-masing atas kejayaan mereka itu.

Dak Mira pulak, sibuks dengan nak masuk tadikanya ... walaupun usia baru nak masuk 4 tahun, tapinya, sibuks suruh beli beg skolah. Dak Afiq lak, perkembangan terbarunya, dah buleh berjalan & nak mula berlari. Sehari aku ganti bibik menjaganya ... bercurah-curah peluh dengan kelibat lasaknya! Dah panjat sana sini ... mau sakit jantung aku dibuatnya!!

Suami tersayang lak, masih lagi bertugas di JB .. masih lagi weekend father & weekend husband to me. Alhamdulillah ... dia masih menjadi suami & abah terbaik dalam family kitorang!

Dalam perkembangan lain, hatiku melonjak riang bila mama & abah tersayang akhirnya dapat juga datang ke rumahku di Pahang setelah setahun lebih aku berpindah ke sini....

Di sini aku tunjukkan beberapa gambar sepanjang aku menyepi diri ...


Abah & anak2 bujang














Ok La.... sebenonya, banyak lagi ...tapi bior la dulu. Aku stop kat sini dulu. Len kali aku tulih lagi.
Till then, take care & cherio!