Thursday, April 27, 2006

Seven Ways to CURB PANIC

Hi People!

Today I'm gonna give you some tips to curb your panic situation. Aku tau, ramai yang panic bila berlaku sesuatu yang tak dijangkakan.
We are not all soldiers, doctors or pilots but we can come in panic moments of life. Here are the seven ways to curb the panic situation..:
1. Learn CPR, AR and First Aid
- people around you will get sick or injured at some point
2. Grow your brain
- The hippocampus which calls up life experiences tp moderate fear, actually shrinks from prolonged
depression or anxiety.
- To grow back these lost cells, seek the appropriate combination of exercise, psycotheraphy and if
necessary, prescription of drugs.
3. Imagine the worst
- Don't have to worry...all you have to do is plan,plan and plan
- If you commute the public transport, notice the emergency exits in case of fire
- If you go hiking, imagine your response to a tiger
4. Practice makes perfect
- Don't just think about it..DO IT!
- Di fire drills routinely and if at the lake or sea, stimulate drowning rescues
5. SAP at 100
- What is SAP ? Rescue team should remember this acronym for STOP, ASSESS and PLAN at 100 metres
- The first impulse is not always the best. Keep a SAFE distance from fires, snakes, maniacs, you name it,
until you have decided the most useful strategy. Use your logical mind!
6. Determine risks versus benefits
- The key for the PLAN step of SAP
- Calculate the odds.
- NEVER endanger more people than would be saved.
7. Prioritise
- Prossionals use these scales :
RED - critically injured people
YELLOW - moderate injury or illness
GREEN - good to go
- Apply these logics to your own disaster

Well...hope you guys dapat dan faham apa yang nak disampaikan.
Gotto go for now.
Take Care & Cherio!

Sunday, April 16, 2006

Sakitnya...Semputnya...Seksanya...

Tak pernah aku hadapi semput sebegini teruk sepanjang hidup aku. Rasaanya macam dah tak lama lagi nak hidup. Aku sebenarnya TIDAK menghadapi masalah asthma semasa kecil. Asthma aku menyerang selepas aku grad dari Universiti Putra Malaysia ( UPM ). Betullah kata orang : " Seseorang yang aktif bersukan dan kemudian berhenti aktiviti sukannya secara drastik, akan diserang asthma".Ini lah terjadi kepada aku.
Semenjak di MRSM Beseri, aku bergiat aktif dalam sukan olahraga padang, tennis, ping pong dan softball. Kemudian semasa aku melanjutkan pelajaran di UPM, aku masih aktif dalam sukan tennis, olahraga padang dan juga softball... malah aku mewakili pasukan 3rd College ( Kolej Tun Dr Ismail ) untuk softball dan tennis. Selepas itu, aku terus stop bermain memandangkan tiada geng untuk bersukan. Kemudian, di Zoo Melaka pulak, aku dikelilingi oleh lelaki di field. Takkan pulak aku nak join mereka dalam permainan sepak takraw? Cukup lah menjadi umpire setiap kali mereka adakan perlawanan. Insiden jatuh dari gajah semasa menunggang sehingga retak buku lali kaki kanan pada tahun 1999 pula menambahkan lagi sebab untuk aku tak bergiat aktif. Bayangkan... aku, dalam dressing seorang srikandi, siap bercapal, jatuh di atas jalan tar akibat gajah Mahkota yang terkejut. Peristiwa tersebut masih segar di ingatan aku walaupun berlaku ketika aku belum berumahtangga. Setelah berumahtangga dengan suami tercinta, aku begitu teringin untuk bersukan selepas melahirkan anak sulung tetapi ada sahaja yang menghalangnya. Phobia untuk menghadapi kecederaan berulang pada buku lali membuatkan hasrat aku terbantut. Pada tahun 2003, selepas aku melahirkan anak yang kedua, mujur la mak-mak budak di Zoo Melaka ada yang nak bersukan badminton. Haaa...ada geng untuk bersukan! Akan tetapi, baru hari pertama aku main, dah lutut kaki kiri aku pulak terkoyak tendonnya.Hishhh..apalah nasib badan... Sekarang, sukan yang hanya aku boleh sertai adalah sukan yang tidak memerlukan pergerakan kaki yang terlampau seperti ping pong, dan juga permainan pool dalam internet..hahahaha..
Jadi, pada sesiapa yang sihat, tiada asthma dan ingin bersukan, bersukan lah semasa kaki dan kesihatan anda semua elok..
Semoga cerita ini menjadi tauladan kepada sesiapa yang membacanya. Right now, rasanya terlalu sukar untuk aku bernafas.Pergi medical check-up tadi pagi...alhamdulillah...MD kata aku belum sampai ke tahap penggunaan inhaler.Hanya pil ventolin 4 mg sudah mencukupi. Ataupun...sudah ada tanda-tanda bahawa aku akan meninggal dunia?? Hishhh...tak sayang mulut betul! Aku masih ingin melihat anak-anak aku membesar di depan mata...mahu melengkapkan amalan aku di dunia...UUuwaaaa...Nauzubillah...
Aku stop kat sini dulu. Doakan kesihatan aku bertambah baik.
Take care & cherio!

Sunday, April 09, 2006

Cerita Nicky



Remember Nicky? The Famous Malayan Tiger ( Panthera tigris malayensis ) kat Zoo Melaka. Cuba bayangkan betapa sihatnya dia... last kitorang timbang dia sometimes in November 2005, berat badan dia 25 kg dan pada 8/4/06 lalu, kita timbang dia.... berat dia dah bertambah 20 kg! Ini la akibatnya jika asyik makan-tido--makan-tido...tanpa exercise. Hmmm... macam sindir diri sendiri lah pulak!
Anyway, Alhamdulillah...Nicky dah bertambah sihat & besar. Next month dah nak sambut birthday pertama. Heboh diperkatakan dalam mailing anseri tentang gambar aku ni. Tak sangka lak kuar paper front page lagi! Ingatkan kat Mesia je paper ni... rupa-rupanya satu dunia! Thanks to Redza Rais Jamil yang announced tentang ni kat e-mail. Even me myself tak beli la paper The Star hari ni.. Baru gi beli petang tadi masa balik dari pasar malam.Huishhh...
Masa dok baca paper tu, terbaca la satu article yang salah sorang ex-MRSM Beseri tulih tentang sweet memories duduk asrama di MRSM Beseri. Bangga siot! Memang betul...MRSM Beseri is the BEST and the BEST is MRSM Beseri!
Okay la.. nanti kita sambung lagi.
Till then, Take Care & Cherio!

Cerita Seorang Sahabat





Aku mula mengenali Peanut ( nama samaran ) semasa menjejak kaki ke MRSM Beseri, Perlis pada tahun 1991. Beliau seorang yang periang dan jarang sekali kelihatan bersedih. Lama aku terpisah, hilang khabar berita dari beliau...iaitu selepas beliau ditipu oleh tunang sendiri di malam sebelum pernikahan mereka.Akhirnya, dengan restu Allah swt , beliau berjaya juga dipertemukan dengan seorang yang penyayang. Itulah hikmah di sebalik segala yang berlaku.Beliau menghubungiku kemballi baru-baru ini dan mengumumkan kehdiran cahayamata sulung beliau, seorang baby girl bernama Nur Syahirah. Sangat comel...muka saling tak tumpah seperti mamanya. Baby GIRL...entah bila la aku nak dapat sorang! Intan Mawaddah may be akan dapat sorang lagi baby. Aku? Kalau boleh mungkin bukan dalam tempoh terdekat ni...Dua orang Hero aku tu bukan main lasak! Tunggu la Muhammad Adib Najwa besar sedikit.
Okay la...for those yang mengenali Peanut a.k.a Syafinaz Ramle ( ex-5B )... sudi-sudi la contact dia kat MIDA. Semoga persahabatan kita semua kekal abadi di kalangan Batch ke-7 MRSMPs.
Till then, take care & cherio!

Saturday, April 01, 2006

PORT DICKSON - 28/3 hingga 30/3/06


~ Kat Muzium Kota Lukut ~



Port Dickson? Nama itu adalah sinonim dengan tempat percutian yang menarik di Malaysia. Well... hakikatnya, bandar kecil itu adalah seperti bandar-bandar kecil yang lain di Malaysia...
The first day there, we were just hanging around the Kemang Indah Condominium. Went for swimming at the swimming pool there at about 6.30 pm. Awat lewat sangat? Kitorang mandi pool lewat sebab nak elakkan pihak pengurusan kondo tu dari halau kitorang tak bagi mandi. Punya la teruk pengurusan kat situ.. pasai apa? Syarat-syarat mandi kat swimming pool kat situ semua kena pakai swimming gear, pompuan pakai bikini. Gila betul! So, receptionist kat Leisure Holidays nyer office cakap all guests dia diminta mandi kat pool ( kalau nak mandi pool laa... ) at 6 pm and above, sampai malam. Nasib baik the kids nak mandi... nak tak nak kena la bawak jugak! Puas depa berendam, mak bapak dia pun puas jugak berendam... Si Adib sampai menggeletar kesejukan. My maid... at first dia tak mo mandi but kena tarik ke dalam air jugak..
Second day there, gi jalan kat Muzium Kota Lukut, one and only interesting place to visit kat sana and FREE! Nak pi Muzium Armor RAMD tapi tutup la pulak... Petang, kat PD hjan selebat-lebatnya sampai petang. Guess what?.. Kitorang gi mandi laut kat Teluk Kemang at 6.50 pm, after hujan berhenti. Masa tu pulak air laut pasang penuh... Puas jugak la mandi walaupun sekejap. Balik jer mandi laut, semua kelaparan...
The best place untuk makan kat sana was the restaurant called " JOM MAKAN " .Harga makanan kat situ berpatutan and also sedap. The best roti canai lak kat one of the gerai nearby jalan masuk ke kondo yang kitorang duduk.
The last day kat PD, kitorang pay a visit kat PD Ostrich Farm. Bayaran masuk dia lagi mahal dari masuk Zoo Melaka... RM 8.00 adult and RM 4.00 children above 4 years old. Kat sini yang best hanya the souvenir
( ostrich product ) and the satay ( daging ostrich ). Try ler survey ... ingat nak tukar wallet baru, bila tanya harga wallet kulit ostrich, harganya RM 480.00.Terkezut badak aku! Katanya kulit ostrich adalah yang kedua terbaik selepas kulit buaya. Betul ke? Nnnntahhh... Jumpa my junior kat UPM, manager kat Ostrich Farm tu. Nama dia Yasser Araffat bin Mokhtar. Respect dia... walaupun dia ni lebih minat kat reptile seperti buaya.. tapi dia boleh manage ostrich farm.
Pas tu kitorang gi borong t-shirts kat souvenir shop kat Teluk Kemang before going back to Melaka. For me, I've been to the Leisure Holidays resort homes... GreenHill Apartment, Cameron Highlands... Desaru Impian, Desaru and Kemang Indah Condominium, PD.... the best is GreenHill Apartment and the worst is the Kemang Indah Condo.Kat Desaru tu ok la... dia punya pool takyah pakai bikini and the pengurusan tak strict sangat, cuma tempat menarik kat sana kurang. Pas tu apartment dia sedikit creepy... Next trip may be pi Perdana Resort Langkawi, Leisure Cove Penang or... KL kat Dynasty Hotel. Jom Cuti!
Well guys, I belajar something dari percutian keluarga ni... for those yang dah ada family especially kids, do spend times with them kat tempat-tempat yang boleh menyeronokkan depa... like my kids, they were very happy bila gi bercuti.
Till then, Take Care & Cherio!