~ Neofelis nebulosa a.k.a Harimau Dahan ~
Apa perasaan anda bila melihat gambar di atas? Pihak Zoo Melaka telah menerima haiwan ini pada jam 2.00 petang 21/9/2006 oleh PERHILITAN Negeri Sembilan. Dari sumber PERHILITAN, haiwan betina ini diambil di Balai Bomba Rahang, Seremban. Ia ditangkap kerana memasuki rumah orang di sebuah kampung.Tak dinyatakan pulak kampung mana yang terlibat....
Cuba bayangkan, seekor anak harimau dahan ( usia anak harimau dahan ini dianggarkan dalam 10 bulan ) yang hampir extinct di Malaysia ini dipukul dengan kejam di kepalanya? Apa yang seekor anak harimau yang tak berdaya untuk buat kepada orang kampung tersebut? Kenapa mesti dipukul sampai patah tulang hidung dan juga pecah tempurung kepala?
Masa sampai, anak harimau ini sudah tidak berdaya, lemah, kurus dan kemungkinan besar telah buta kedua-dua mata akibat hentakan yang kuat. Kenapa mesti dipukul? Kenapa tidak terus telefon pihak berwajib ( PERHILITAN ) ? Mungkin anak harimau dahan ini tersesat kerana Seremban dipenuhi banyak pembangunan dan habitatnya telah diterokai? Fikirkan....
Sebaik tiba di Klinik Haiwan Zoo Melaka, team Veterinar telah berhempas-pulas untuk cuba menyelamatkan haiwan ini walaupun kami telah menjangkakan percent untuk ia survive hanya 5 % ... dan seperti yang dijangkakan, anak harimau ini mati pada hari ini 22/9/2006. Macamana nak selamat kalau ia dah bernafas ikut mulut dan apabila menarik nafas, dahinya seperti belon mengembang dan menguncup ikut pernafasan? Kalau rejim Zionis kejam kerana membunuh umat Islam yang tak berdosa, mereka-mereka yang memukul haiwan yang tak berdosa ini pun boleh digolongkan sebagai rejim Zionis jugak! Anak harimau dahan ini adalah seperti anak kucing lain walaupun gah namanya harimau ... kalau anak kucing boleh dibelai dan dimanja, inikan pula anak harimau yang takder taring lagi ...
SIAPA YANG AKAN CONSERVE HIDUPAN LIAR KALAU TAK KITA SENDIRI ?
Fikir-fikirkan lah .......
Till then, take care & Cherio!