Friday, November 24, 2006

Moody .....

Kenapa ? Tah la... semenjak dua menjak ni aku moody sangat kat rumah. Habih anak-anak aku dan orang gaji aku kena hambur.. ada saja yang tak kena di mata aku. Aku kesian kat depa tapi ... TAHLA... Nak kata pre-menstrual syndrome tak pula sebab aku tak pernah kena before ni. Tapi... memang aku belum period lagi !


Anak aku merengek-rengek nak ajak berjalan-jalan ... bukan tak mau tapi aku terpaksa bekerja siang dan malam sepanjang minggu ... maklumla , masa balik raya tempohari dah cuti lama. Lagipun minggu ke-3 adalah minggu aku standby kat Klinik Haiwan Zoo Melaka. Pastu kena gantikan rakan setugas aku yang pi kursus selama 4 hari. Hari ni aku last kerja malam.. Yea..yea.. Aku dah promise anak aku nak pi bawak depa main kat amusement park Jaya Jusco. Kebetulan lak esok aku cuti dan aku ada nak beli sesuatu kat JJ sempena minggu JCard. Sepanjang cuti sekolah ni, Zoo Malam kat Zoo Melaka dibuka setiap malam dari 8.00 malam hingga 11.00 malam sehingga 31 Disember ni.


Cuaca kat sini setiap hari akan hujan selebat-lebatnya di sebelah petang. Lagi la suasana tersebut akan menambahkan mood tak elok aku ni. Rasa malas nak kerja dan macam-macam lagi.


Kesihatan anak aku beransur baik kecuali batuk sesikit lagi. Pas Adib balik hospital, Amir pula kena demam selsema dan batuk. Hishhh... lepas satu...satu... Tapi kalau Amir demama, aku tak risau sangat sebab dia ni cepat recover dari demam. Adib yang aku risaukan. Tak sabar nak gi follow up check-up pada 14/12/06 nanti.

Okayla.. aku stop kat sini dulu sehingga mood aku stabil semula.Till then, Take Care ...

Cherio!

Friday, November 17, 2006

Where Have I Been Lately?


The answer is : I'm at the Melaka Hospital ( Paediatric ward 1-4, bed 27 ) ..... why? Hmmm...

Adib was admitted at 3.45 pm 13/11/06 and was discharged yesterday .. 16/11/06 at 4.30 pm. He has got a very high fever and coughing ever since last Thursday ( 9/11/06 ). Ingatkan demam cam biasa coz dia selalu gak high fever ni. Gi kat Klinik Amal hari Jumaat and dia beri antibiotik ( Trimetho-sulpha or BS Suspension )..Lepas makan ubat tu, batuk & demamnya makin menjadi-jadi. Dia jadi lembik tak bermaya... On Monday, 13/11/06, brought him to the private paediatrician kat Malim.. dia terus ja consult I ke Hospital Besar sebab dia kata Adib dah ada infection kat right lung( Broncho-pneumonia ). So dia soh gi Unit Kecemasan and get warded. When admitted his temperature was 39.5 Celsius. I'm alone with him kat hospital masa warded sebab Najib has to go to Kuala Lumpur ( arahan our Veterinarian ).

Hari pertama ( 13/11/06 ) kat sana... diorang letak IV Drip with H5D5 saline ( Normal Saline + Dextrose 5% ). Masa nak cucuk tu, sikit pun dia tak nangis sebab dah terlalu letih and lembik. Masa pindah pi ward, dia kena ambil darah lak... Bila result sampai, diorang diagnosed Pancytopenia ( aplastic anaemia ) coz dia nye leucocytes very low ( count : 114 ; normal 150-220) pas tu ambil darah lagi sebab diorang buat diagnosis sementara Dengue Fever lak... Dah pulak... dah la budak ni tak minum & makan... Masa Doktor Pakar check.. adib ada hepatitis lak... Liver dia bengkak dan membesar... He was on nebulizer 4 hourly ( Salbutamol 2 mg/5 ml ) dan 8 hourly ( Salbutamol 2 mg/5 ml + Atrovent 250 mg ). Malam tu, I have to wake up every 4 hours untuk beri dia nebulizer. Tido? Kat wad kelas satu ( kelayakan GL aku ) , ada la meja besar untuk makan minum kat situ. Aku tido kat atas meja. Sejuk Ya Rabbi! Air conditioner kat wad tu lak centralised... Menggigil aku!

Hari kedua kat sana ( 14/11/06 ).. pepagi buta as early as 6 am, depa ambil darah lagi. Result came & leucocytes count dia masih lagi rendah. Dah... pastu Pejabat Kesihatan nye orang datang interview coz doktor kat situ report kata Adib kena Denggi. Yang herannya... camne dia diagnose Denggi sedangkan sign & symptom untuk denggi fever langsung tadak! Adib takdak bintik-bintik ruam, tak de gusi berdarah dan sebagainya. At 6 pm , ambil darah lagi sekali.Attenden wad datang pasang kelambu... Adib akan tetap dengan nebulizer sampai la dia discharge nanti. Alhamdulillah..batuk dia berkurangan. He was treated also for broncho-pneumonia... antibiotik Cefuroxime @ Zinnat IV 370 mg 3 kali sehari.


Hari ketiga kat sana ( 15/11/06 ), time ambil darah at 6 am, doktor oncall kejutkan aku untuk ambil darah. Kali ni dia masukkan branula kat tangan kiri Adib. Dah... kiri kanan tangannya bertebuk.. satu untuk IV Drip & satu lagi untuk ambil darah. Doktor oncall lak macam tak biasa je ambil darah.. Rasa macam nak cakap kat dia " Dok tepi diam-diam..biar aku yang ambilkan darah tu! " Digerodaknya untuk cari vein ... kesian Adib .. sakit camner pun dia tak nangis.. Bagus budak ni! Anyway... demam dia dah kebah... back to normal temperature. Dia pun dah start makan sesikit and also nak minum. Beri dia air susu sebab air suam dia kurang sikit...
Pukul 6 pm dia diambil darah again.. leucocytes count dia dah naik sikit. Lab report untuk Dengue Serology test pun dah dapat... NEGATIVE! but Mycoplasma count dia 1:40.... Alhamdulillah...bukan denggi.

Hari last kat sana ( 16/11/06 ), Doktor Pakar Kanak-kanak yang round nampak Adib dah start makan dan minum masa dia round. So she decided nak discontinue IV Drip. dia kata kalau result darah pagi tu leucocytes dia dah increase and back to normal range, Adib boleh kuar Hospital... Result sampai at 2.00 pm, leucocytes count dah back to normal range. So , dia kata petang ni boleh discharge... dia pun tengok Adib dah active and back to his own normal characteristic. Alhamdulillah... Kitorang discharged at 5.30 pm. Doktor suruh aku observe kalau-kalau demam dia menjelma semula... bawa semula ke wad sebab dia kata Adib maybe kena Mycoplasma infection. After 2 minggu, kena gi check-up semula pada 14/12/2006 jam 9 pagi. Ubat oral antibiotik Zinnat @ Cefuroxime125 mg dibekalkan untuk 5 hari dan juga Ventolin 2 mg/5 ml.

Today ( 17/11/06 ) aku ambil extra cuti sehari lagi untuk observe dia. Dia dah mula active macam Adib yang dulu sebelum sakit. Dah makan banyak dan juga minum banyak. Kenangan masa aku kat hospital adalah... setiap kali doktor nak periksa Adib or nurse nak check temperature & BP... Adib akan kata " BO LAYAN " and also " ADIB MALU! ". suara dia je yang kedengaran pepagi buta bo layan kan doktor dan nurse. Hmmm... ALhamdulillah.. SYUKUR kepada ALLAH .. Adib beransur sembuh...

Till then, Take care & Cherio!

Thursday, November 09, 2006

My Beloved Family

Barisan paling hadapan ( dari kiri ) : Muhammad Adib Najwa, Muhammad Syahir, Faeq Aariz ( ribaan ), Siti Nur Bahirah, Muhammad Adam dan Nur Jazirah
Barisan tengah ( dari kiri ) : Jawahir, Muhammad Amir Najwa ( ribaan ), Jamsiah ( eldest sis ), Hajah Jamaliah, Nur Jamilah ( ribaan ), Haji Jaafar , Nur Juzailah
( ribaan ), Jamaiyah ( 3rd sis ) dan Nur Jazilah ( ribaan )
Barisan belakang ( dari kiri ) : Mohd Najib ( husband ), Fatimy, Juwairiyah ( 2nd sis ), Siti Nur Bisyarah, Muhammad Syukri, Bukhari dan Mohd Amzi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mereka-mereka di atas adalah insan-insan penting dalam hidup aku. Balik raya tahun 2006 ni telah mengumpulkan kami semua. Maklumla...semua dah berkeluarga.......

Let's begin ngan Abah. Abah seorang pesara Jabatan Pendidikan Kedah ( bekas KPP Kokurikulum Sukan ). Dulu dia ni pernah jadi guru & guru besar. Abah seorang penghidap diabetes mellitus tapi stabil. Mama lak seorang pesara guru. Dia dulu ngajar kat SRK Tunku Abd Halim, Alor Setar. Mama tak berapa sihat sekarang ... sakit lutut, pinggul dan juga penghidap darah tinggi. La ni abah yang dok take care mama kat rumah.

My eldest sister seorang guru di SRK Sg Kechil, Sg Bakap. Husband ( Bukhari ) dia pun seorang guru tapi lupa lak sekolah menengah mana dia ngajar. Tapi dia di tinggal di Relau, Kedah, tak jauh la dari rumah mama & abah. Boleh balik selalu.

My 2 nd sister seorang KPP ( Psikologi ) kat Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) Putrajaya. Husband dia ( Fatimy ) bekerja sebagai Asst Manager kat Malaysian Reinsurance Bhd, Damansara. Depa ni takder anak ... tapi dah dapat anak angkat ( Faeq Aariz ).

My 3 rd sister ni Nurse kat LPPKN Kulim. Dia ni la yang selalu jenguk mama & abah kat rumah sebab depa tinggal berdekatan. Husband dia ( Mohd Amzi ) kerja kat LRC HP Kulim sebagai Technician. Dia ni yang dapat twins tak seiras kat dalam gambar tu.

Aku ? Well, aku ni memang anak bongsu tapi yang tak manja sebab kakak aku yang nurse tu lagi manja dari aku. Alhamdulillah ... aku ni seorang yang berdikari. Aku seronok dan sayang kerjaya aku sebagai Penolong Pegawai Veterinar kat Zoo Melaka ni. Husband aku ( Mohd Najib ) bekerja kat satu tempat ngan aku sebagai Pembantu Hidupan Liar. Bulan ni dia start kerja kat Klinik Zoo sama ngan aku ... pasai apa? Hmmm... dia ni sebenarnya "SNIPER" a.k.a. shooter untuk rawatan haiwan. Lebih stahun dia pi training untuk gelaran tu dengan Senior Veterinarian PERHILITAN. Ada pro ngan kontra dia kerja kat Klinik Zoo ni... Yang pro nya kitorang dapat kerja bersama.. tahu aktiviti masing-masing. Tang kontra lak ... aku tak berdaya nak marah dia kalau dia salah / silap sebab aku ni isteri dia.... dan dia lak bekerja di bawah seliaan aku. Iskh..iskh..

APA-APA PUN, AKU AMAT SAYANGKAN FAMILY AKU NI ...

Sekian, terima kasih...

TAke CAre & ChErio!

Tuesday, November 07, 2006

Post RAYA 2006














Semua gambar-gambar di atas adalah kenangan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri 2006 lalu..... Semua aksi-aksi yang dipertunjukkan adalah asli dan tidak "mengopy" mana-mana aksi sebelum ini. Segala kesulitan amatlah dikesali.

MAAF ZAHIR DAN BATIN