Thursday, December 28, 2006

OPERASI BUAYA

~ Najib ( Suami tersayang ) & Renjer PERHILITAN Melaka di lokasi ~

Pada jam 12.39 malam, tanggal 26/12/06 lalu, received a phone call from my Bos saying that my hubby & I have to go for an operation regarding Crocodylus porosus ( Buaya Tembaga laaa... ) kat laman rumah orang, melahap ternakan orang kampung. Tak percaya gak at first but called him back at 6.50 am to confirm. At 7.30 am, susah payah la sediakan team untuk menangkap haiwan tersebut. Dalam hujan renyai-renyai, pi kat lokasi. Mula-mula gi kat Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Surau Kampung Tasek Sg. Rambai untuk jumpa ngan orang kampung yang witness sendiri kehadiran makhluk berkenaan. Lpeas interview lebih kurang, kitorang gi kat lokasi sebenar kejadian. Turut sertai kitorang adalah ADUN Sg Rambai, Datuk Abu Pit dan Pengarah Zoo Melaka sendiri. Kat lokasi, air bah masih lagi pada paras 4 kaki dari lantai ( paras pinggang orang dewasa ). Nak masuk ke situ terpaksa menggunakan boat. Sementara nak uruskan bot, kitorang balik ke Zoo jap. Tak sampai 15 minit, orang kampung telefon mengatakan buaya tu timbul semula melahap ternakan ayam orang kampung. Kali ni kat rumah bersebelahan lak. Tiba kat lokasi, kitorang diikuti oleh krew RTM Melaka yang dahagakan berita sensasi. Untuk elakkan mereka, kitorang gi kat benteng di seberang kampung untuk tinjau jalan untuk bot lalu. tinjau punya tinjau, rupa-rupanya krew RTM dapat merakamkan hamba Allah tersebut timbul .. mereka ni masuk redah jer air bah ngan pajero mereka. Mulanya tak caya gak, tapi lepas replay rakaman, memang sah itu Buaya Tembaga. Dianggarkan panjang buaya tu lebih kurang 4-5 kaki dengan berat kurang dari 100 kilogram. ( kategori buaya "remaja"). Pengarah soh kitorang berkerjasama ngan anggota Unit Kuatkuasa PERHILITAN Melaka untuk pemantauan 24 jam. Sonye .... aku pun kena la oncall 24 jam jugak! Hari pertama aku balik jam 7.00 malam. Pas tu had to entertain akak aku yang kerja JPA tu lak .... had dinner with them kat Asam Pedas Hajah Mona kat Tengkera. Hmmmm....

Hari Kedua, 27/12/06 aku gi lewat sikit at 11 am ke lokasi. Tak nampak kelibat langsung timbul walaupun dah round guna bot 4-5 kali. Habis satu kampung kitorang pusing sebab air lambat surut. Hingga hari ni, kat rumah yang belakang-belakang, air bah masih lagi paras pinggang ( ~ 4 kaki dalam ). Bangkai kambing, ayam, kucing bergelimpangan sana sini. Kalau tak kerana kerja, aku tak sanggup nak meredah air bah tu yang dah berbau hanyir semacam jer.... Isskhhh .... uuuwwweeekkk! Tapinya, yang aku herankan, orang-orang kampung yang dok kat kawasan tu berduyun-duyun balik ke rumah depa dengan alasan nak basuh rumah. Nak basuh apanya kalau air masih kat paras pinggang? Siap bawak anak-anak kecil & mandi air bah tu ... Kalau aku, tak sanggup! Sanggup kah anda? Alasan depa, takut ada orang curi bebarang kat rumah mereka. Hisshhh.... siapa berani nak redah air yang dah tertera ada buaya kat situ?

Hari ni hari ketiga... malas aku nak stay sebab dah 48 jam berkawal, bukan sahaja kelibat buaya tu, bunyi kentut buaya pun tak kedengaran! Hampeh!! Lagipun tadi ada perjumpaan dengan Ketua Pengarah PERHILITAN yang baru dilantik. Tunggu jer call dari UKK Melaka untuk penangkapan kalau mereka terjumpa. Lagipun air lambat betul surutnya!


~ Semasa crating ~

Dalam perkembangan lain, pada 20/12/06 lalu, aku gi Kompleks Kargo & Animal Hotel kat KLIA untuk penghantaran pulang seekor Orang Utan Sumatera ( Pongo pygmaeus abellii ) ke Jakarta dan seterusnya ke Sumatera. Jangan sangka manusia je ada PATI, hidupan liar pun ada PATI. Orang Utan ni namanya " HANSEM ".. dah bermastautin kat Zoo Johor sejak usianya 5 tahun. masa hantar pulang, usianya lebih kurang 16 tahun. Lamanya dia jadi PATI kat Malaysia. Kalau dia kerja, dah jadi trillionaire dah dia bila balik ke Sumatera. Pas ni ada 4 ekor lagi nak hantar pulang ke Kalimantan lak. Hmmm....

Penuh jadual aku sepanjang Disember ni. Anak-anak aku lak kedua-duanya dah kena demam selsema & batuk. Kesian diorang ... tapi nak buat camner, dah kerja mama & abah dia camtu, kena oncall jer !

Nanti aku tulis lagi bila ada perkembangan.

Till then, take care & Cherio!

Sunday, December 17, 2006

PENGAJARAN atau PENDERAAN ?

First impression ... what do you all get from these pictures? When I got home from work this evening, I found out my son's thigh had a pinched mark on his right leg. I asked him and he said " Kakak buat " Then I asked the maid the reason for what had happened ... she said " Amir tu .. suka bergaduh dengan adik, jadi Midah cubit la .. " Dah berapa kali sepanjang 3 tahun, nak masuk 4 tahun this mangkuk kerja ngan my family but still ... suka sangat cubit halus kat Amir. One day rasa macam nak bagi dia rasa sakit atau tidak cubit halus tu pada diri dia. I know my first son ni nakal sikit .. tapi adakah perlu dihukum sebegitu ? Adakah perlu sampai terkeluar kulit untuk beri dia pengajaran ? Sometimes rasa macam nak terminate je mangkuk tu tapi memandangkan I dah terlanjur berjanji kepada mak dia yang miskin untuk beri dia kerja .... I terpaksa harung juga hidup dengan parasit ni ! My kids pun dah terlalu rapat dengan dia memandangkan my husband & I terpaksa oncall. But ..... I'm not keeping it for silence, I took pictures of what had happened. Kalau apa-apa I 've got evidence & anytime boleh lapor kat polis.


Dah nak masuk tahun baru dan bertambah lah tahun si maid ni menetap kat my house. Apa lah nasib dapat maid yang 2/4 tak cukup dan lurus bendul ni ... kalau my mom tak paksa I ambik dia kerja, I wouldn't have take the Indonesian maid as a choice. Tah la..
Till then, take care & Cherio !

Tuesday, December 12, 2006

Busannnn Gillleeeerrr....


Bosan! Itu yang pertama aku terpikir sejak dua tiga hari ni. Mana taknye...anak sulong aku, Muhammad Amir Najwa pepagi lagi telah menaikkan darjah kepanasan darah aku! Actually dia ada Program Mambaca Cahayaku sepanjang cuti sekolah ni kat Tadika dia. So , dia kena gi sekolah macam biasa... hanya Sabtu , Ahad dan Cuti Am aja yang dia cuti.

Aku kejutkan dia setiap hari jam 7.20 pagi. Tak payah pakai baju sekolah sepanjang cuti ni. Biasanya dia mandi ngan aku... semenjak dua menjak ni dia nak bermanja ngan abah dia lak...pastu abah dia bukan nak layan sangat .. habis-habis diberinya "hanger" ...... maunya aku tak bosan! Kesian budak tu. Tapi kalau fikir semula ... memang patut pun sebab degil sangat! Kesabaran kita pun ada hadnya! Segala benda yang dia nak aku beli... semua tempat yang dia nak gi aku bawak... dia tetap degil...! Perangai siapa la yang dia ikut ...!! Rasanya both of us tak la degil camtu ... Aku lasak jer...

TENSIONNYA AKU!! AAARRRGGHHHH...!!!! Rasanya macam aku nak get rid perangai dia for a while... aku nak gi tempat yang aku boleh release tension. Aku nak pi jumpa kengkawan!!!! Leave me alone for a while!

Aku juga nak suamiku yang lama ..... Semenjak cuti sekolah ni, Kelab Sukan Zoo Melaka ada buka gerai jual burger. Suami aku salah seorang orang kuat kelab tersebut. Semenjak tu la... dia jarang meluangkan masa bersama keluarga, bersama anak-anak. Dia lebih pentingkan hal kelab dari family. Sekarang ni, aku nak ajak gi beli barang dapur bersama-sama pun susah... kena berkeras baru dia nak ... tapi kalau barang jualan kelab kehabisan ... on the spot dia sanggup gi beli ... Balik kerja pun selalu dah nak masuk waktu maghrib. Pastu kalau Timb.Presiden Kelab phone ke apa... dia kuar semula. Masa bila dia nak spend time ngan family? Masa bila nak ajak anak-anak bersiar-siar? Tak sabar aku nak tunggu musim cuti sekolah ni habis!! HUaaaaa .... aku nak suami aku yang lama....!!

Takper la ... sekadar meluahkan isihati aku yang terbakar jer...

Till then, take care & Cherio!

Tuesday, December 05, 2006

Alhamdulillah....Syukur...


Alhamdulillah... Syukur aku ke HadratMU... Adib akhirnya sembuh dari demam yang tak kunjung kebah. Semalam, aku bawa kedua anak-anak ku serta aku punya maid pergi berjalan-jalan di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Waktu tu dah 6.30 petang & SUNSET time.
Mereka berdua sangat happy kerana dah lama aku tak bawa berjalan-jalan di tepi pantai ever since Adib demam. Seronok melihat mereka berdua bermain di gigi air. Mereka juga merengek-rengek untuk mandi di situ. Lots of people ... I guess they were tourist bermandi-manda kat situ walaupun airnya kotor yang amat sangat!
Kitorang spent time kat situ dari 6.30 petang hinggalah masuk waktu maghrib. Then, singgah beli dinner jap kat restoran yang berlambak-lambak kat situ. Cuti sekolah ni Zoo Malam kat Zoo Melaka buka setiap hari dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Sebenarnya aku sepatutnya bertugas sebagai Pegawai Incharge Klinik dan standby tapi.. aku minta kat Bos untuk ONCALL sahaja. Penat aku! Minggu ni sepatutnya minggu aku bertugas tapi MALAS...
Banyak benda aku nak buat kat rumah... kesian anak-anak aku, aku & suami asyik bekerja sampai takder masa nak bawa diorang berjalan-jalan.
Berita yang paling aku geram pada Bulan Disember ni adalah... ELAUN RISIKO aku dah kena potong. Bukannya aku sorang tapi Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai Veterinar dan Pekerja Rendah Awam ( PRA ) di Jabatan aku dikategorikan sebagai TIDAK LAYAK untuk menerima elaun tersebut. BODOH ke Pihak Berwajib ? Ataupun mereka ini SELFISH ? Adakah pekerjaan seperti kami yang setiap hari berdepan dengan hidupan liar dikatakan Tidak Layak menerima elaun risiko tersebut? Bukan nya sikit anak... RM 150.00 sebulan! Alasan mereka ialah... pekerjaan kami tidak ada perkataan "HIDUPAN LIAR" kat hujung nama skim kami. Logik kah alasan itu? Yang aku kesiankan sekali adalah para-para PRA kat tempat kerja aku... hari-hari membersihkan kandang dengan binatang merbahaya tanpa diberi insentif. Dah la gaji depa semua kecik! Fikir-fikirkan lah...
Okay lah... aku taknak timbulkan kontroversi apa-apa cuma menyuarakan rasa tidak puas hati aku dan rakan-rakan senasib sahaja. Kalau kitorang buat donno jer dan biarkan pegawai-pegawai yang ada liar kat hujung nama skim mereka yang buat baru padan muka! Fikir-fikirkan lah....

Till then... Cherio!