Thursday, May 31, 2007

AARRRGGGHH ... MESIN BASUH KU ROSAK !!


AARRRGGHHH .... Hanya itu yang dapat ku luahkan . Bayangkan betapa tensionnya bila mesin basuh yang dah berkhidmat selama lebih kurang 7 tahun itu rosak. Yang lebih tension ... mekanik dari LG Services tu sendiri tak tau apa yang rosak. Sebelum dia datang ke rumah, mesin basuh tu boleh gak wash dan spin .. tapi bila mekanik tu check, langsung tak jalan semuanya. Sat dia kata motor rosak, sat dia kata motherboard computer tu rosak ... hmmm... berapa la aku kena bayar nanti ? For sure, service charge dia mai ke rumah pun dah RM 75.00. Washing machine aku tu adalah first model LG full computerized Fuzzy logic 6.0 kg. Nampak gayanya aku akan menjadi pengguna setia mesin basuh kat Klinik aku yang 10.5 kg tu. Hehehehe ......Jangan marah BOS ! Aku taktau bila nak ok mesin tu sebab kata mekaniknya, semua barang kena order sebab model aku tu fully imported dari Korea sebab tu spare parts dia kena order.... first model la katakan!


Kewangan untuk bulan lepas dan dah nak masuk Jun 2007 amat tidak memberangsangkan ... dah la OT lambat dapatnya ... pas tu masa sekarang la nak rosak itu ini. Nasib baik la kereta aku tak buat perangai dan aku doakan takkan jadi camtu sampai la kenaikan gaji bulan Julai nanti..Wuuuhhuuu ... naik gaji ..yea! yea! Setelah di kira-kira, gaji aku akan naik RM 440.80 TAPI... bila tolak hutang itu-ini, tinggal je berapa sen ... hmmmm .....


Ok la..cukup merepek kali ni. Tengah tension giler ! Mesin basuh pun dah berenti.Wa balik dulu. Nanti bebila free, aku tulis lagi.


Till then ... Take Care & Cherio!

Saturday, May 26, 2007

Hari Keluarga & Sukaneka



Hari ni, bebudak Tadika Anak Pintar & juga Taska Seri Utama bergabung untuk mengadakan Hari Keluarga & Sukaneka . Ini melibatkan Parents, Teachers & juga the Kids. Programme started at 8 am with mostly acara for the kids.



Amir dipilih untuk mewakili rumah Kuning. Cikgu yang mewakili rumah tu adalah Cikgu Najiha , Cikgu Yati dan juga Cikgu Fatin. Dia juga perlu ada upah ais-krim untuk menyertai acara-acara yang dah disediakan as he is a bit shy guy & also kureng for social activities ... Dia da Adib masuk acara Larian Kasih Sayang and also Bawa bola pingpong dalam sudu. Well .... Rumah Kuning dapat nombor 4 ... Semua orang dapat hadiah. Acara habis at about 11.30 am. MAsa tu panas gila-gila nye terik.



Balik rumah, semua kepenatan. Lepas lunch semuanya tido. Esok, dah janji untuk practice bowling kat MP dengan my neighbour. Tournament at Pandan Indah Lake Club Bowl pada 8/6/07 ( Jumaat ) ... Bangga siot dapat wakil Jabatan PERHILITAN untuk friendly match dengan e-Dagang Team.

That's all for now. Nanti bebila free tulis lagi. Till then, Cherio & Take Care.

Friday, May 25, 2007

NEW ARRIVAL at the Zoo !






Hi all .... This is LEKIR. He was born last night or at dawn this morning. His Dam is Sg Besar a.k.a GEMUK and his Sire is Tabin. Tabin was born in Singapore Zoological Garden and Gemuk was caught from the wild. He got a brother, TUAH but he was sent to Sungai Dusun last April. Is he Cute or what ???

Saturday, May 12, 2007

Orang Gaji buat Hal lagi....

I am really..really GERAM with my orang gaji yang tak sedar dek untung.Perasan diri dia bos. Last night, my husband yang pendiam dan penyabar pun jadi tak sabar ngan dia. Dia mencabar my husband. So as the reward, dia kena syarah panjang oleh my husband. Me? I buat-buat je masuk bilik tidur.. malas nak interrupt takut jadi lebih teruk.

Last night, during watching Gerak Khas on TV, my Adib berak. Since we ( my hubby & I ) tengah dinner & masa tu iklan, my hubby soh le si Midah ni basuh berak. Suruh sekali dia tak berganjak dari depan tv, suruh kali kedua pun camtu ... last-last my hubby hilang sabar, ambik remote Astro & sorok kat atas almari yang dia tak boleh panjat. FYI. dia ni buta IT sikit. My Amir lagi pandai dari dia. Dia bengang & kononnya nak lari balik rumah dia kat Baling, Kedah. My husband c abar dia nak beritau mak dia apa yang dia buat selama ni kat our house. I'm keeping a record as in diary of what activities & kerja-kerja yang dia lakukan sepanjang dia kat rumah.... since last year dah buat dah. Semua perangai kuang ajor dia recorded as a hard evidence. Dia ugut kitorang nak lapor kat mak dia & kitorang ugut dia lak dengan video aktiviti dia kat rumah and also recording yang menunjukkan dia kurang ajar ngan majikan. Larat ke ... setiap kali buat perangai, dia minta maaf the next day dan kata dia menyesal & also yang last. Hmmm... masuk yang today, dah beratus kali dah. Gap dari maaf yang lepas hanya 7-12 hari je.Pastu buat lagi.

Kerja-kerja yang dia buat kat rumah most of the time jaga the kids. Selain dari mop lantai, jemur kain, lipat kain & masak nasi untuk the kids. Untuk dia pun I will do the cooking... padan la ngan gaji dia hanya RM 270. Tapi cuba fikirkan ..... dah 4 tahun duk ngan kitorang, gaji minta dinaikkan but kerja masih the same, no improvement .Wajarkah dinaikkan gaji? This year sebab dia duk buat perangai & prestasi buruk... tak ada kenaikan gaji for this year. Kalau mak dia tanya , we will beritau + evidences lagi. Baru padan muka dia! Semua kerja kat rumah nak kena bersuruh besides yang routine. Lembap betul! Kalau sesiapa yang pernah datang ke my house, tau la dia punya perangai camner. Aida..Aween...Fahroe...is that true?

Terminate her? Hmmm ... part ni susah sikit sebab everytime dia kata nak berenti, both my kids demam giler-giler punya. Dilemma both of us. Lagi satu, nak amik maid Indon dah susah sekarang plus nak guna duit banyak. Hmmmm .... Kitorang dah pernah gertak dia beritau dah order maid baru ... termenung dia. Pastu bila my hubby beri kata dua kat dia, dia janji nak kerja lagi and also taknak buat perangai lagi. Heck! Cakap tak serupa bikin punya orang !

Okay la .... cukup untuk lepaskan tension buat masa ni. Nanti tulis lagi. NAk kena gi field round. Next week, the whole week sibuk ngan kursus tangkapan hidupan liar for the new officers. Mesti sibuk giler !

Till then, take care & cherio!

Tuesday, May 01, 2007

HAPPY 4th BIRTHDAY TO ADIB !



Muhammad Adib Najwa bin Mohd Najib is turning 4 years old at 10.30 am today. Happy Birthday Sayang ... semoga hidupmu diberkati ALLAH selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayatmu. Mama doakan semoga kamu membesar dengan penuh kasih sayang daripada mama dan abah mu.


Ketahui lah ..... mama tidak pernah mengalami apa-apa kesulitan semasa mengandungkan mu. Nak deliver kamu pun amat senang ... hanya 10 minit di dalam bilik bersalin. Kamu seorang budak yang sihat tatkala berat badanmu semasa lahir adalah 3.7 kg. Kamu juga "budak yang ada ONG " kata orang Cina kerana mempunyai 4 pusar di kepalamu( 3 di tengah kepala dan 1 di depan ; kesemuanya berlawanan arah antara satu sama lain) . Semua orang cakap kamu seorang yang lasak, cerdik dan juga arif tentang perihal haiwan. Memang betul ! .... Rambutmu tidak boleh dibiarkan panjang !



...... SELAMAT HARI LAHIR SAYANG .....

p/s;

Juga Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia.