Tuesday, May 01, 2007

HAPPY 4th BIRTHDAY TO ADIB !



Muhammad Adib Najwa bin Mohd Najib is turning 4 years old at 10.30 am today. Happy Birthday Sayang ... semoga hidupmu diberkati ALLAH selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayatmu. Mama doakan semoga kamu membesar dengan penuh kasih sayang daripada mama dan abah mu.


Ketahui lah ..... mama tidak pernah mengalami apa-apa kesulitan semasa mengandungkan mu. Nak deliver kamu pun amat senang ... hanya 10 minit di dalam bilik bersalin. Kamu seorang budak yang sihat tatkala berat badanmu semasa lahir adalah 3.7 kg. Kamu juga "budak yang ada ONG " kata orang Cina kerana mempunyai 4 pusar di kepalamu( 3 di tengah kepala dan 1 di depan ; kesemuanya berlawanan arah antara satu sama lain) . Semua orang cakap kamu seorang yang lasak, cerdik dan juga arif tentang perihal haiwan. Memang betul ! .... Rambutmu tidak boleh dibiarkan panjang !



...... SELAMAT HARI LAHIR SAYANG .....

p/s;

Juga Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia.





2 comments:

Rina said...

Happy besday Adib. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Rimaugirl, sorry lama tak check ur blog. A bit busy. Tpt keja baru sangat2 mencabar. Then, masa masuk dulu, blogspot nih kena block. Rina update my blog pun pakai email. Ntah camna, leh bukak dah skang. Tak berani masuk slalu, takut kena block balek. :)

Tapi, Rina janji wld read when available.

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Thanx Rina..saya pun dah lam tak update blog..kekeringan idea & also a bit busy ngan kursus sana sini.