Wednesday, June 20, 2007

Good Bye TEMOH !


Nama Melayu : HARIMAU DAHAN

English Name : CLOUDED LEOPARD

Nama Saintifik : Neofelis nebulosa

Jantina : JANTAN MACHO !


Temoh ni berasal dari Temoh, Perak Darul Ridzuan. Dia masuk perangkap yang dipasang oleh PERHILITAN PERAK di sebuah kampung. Dihantar ke Zoo Melaka pada 22/11/2003. Ia adalah seekor jantan yang comel, sihat, tembam dan estimated age adalah 8 tahun.

Pada 19/7/2007, tepat jam 3.30 petang, TEMOH ni telah disumbangkan dan dipersembahkan
kepada DYMM Sultan Johor di dalam satu istiadat di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Seramai 7 kakitangan Zoo termasuk aku dan diketuai oleh Pengarah Zoo Melaka telah menyempurnakan istiadat penyerahan ni. Ketua Pengarah PERHILITAN , En Abdul Rasid Samsudin yang baru dilantik juga turut serta. Kitorang sampai ke Johor Bahru pada jam 12.30 malam dan debuk-debik memparkingkan haiwan di Zoo Johor sebelum istiadat dah jam 1.00 pagi. Kitorang check-in kat Hotel Indah dan masing-masing keletihan terutama diri aku sendiri sebab dari pagi sampai malam berulang-alik dari Melaka ke Johor ... pagi, ke Pontian, then balik Melaka ... then at 9 pm lak bergerak ke JB bersama haiwan.Hanya sempat mandi & celebrate birthday Amir ala kadar je ...


Event habih dalam 30 minit je tapi nak menunggu para Pengarah habih mengadap tup-tup dah jam 6 pm. So, kitorang lepak-lepak kat Zoo Johor sambil bermain dengan anak singa diorang bernama " MANJALARA " Check this out!

Amacam ?? Best tak? Lara ni dibela oleh En Mohd Sham, AVO kat Zoo Johor. Baru berusia 10 bulan. Manja giler ! Tapi, dia ni pantang nampak bebudak sebab kengkawan dia bebudak kampung kat rumah En Sham.

Kitorang gerak balik ke Melaka jam 6.30 petang after Bos gi hantar KP kat airport Senai. Sampai Melaka at about 8.30 pm dan Bos terus ajak gi makan sebab KP beri duit suruh belanja kitorang makan after all the hard work we have done. DYMM Sultan Johor mood baik, banyak cerita & KP pun senang hati. So, kitorang ber DINNER kat Tomyam Klasik. Gila babas nyer banyak Bos order makanan. Alhamdulillah ....

Balik rumah, mandi & terus tido sebab kepenatan. Main ngan anak2 pun sekejap je .. Letih giler!

Okay la ... kena siapkan laporan. Till then, Take care & Cherio!

Monday, June 18, 2007

AMIR turns 6 years old Today!




Amir is turning 6 years old today. diam tak diam, aku kawin ngan husband dah masuk 7 tahun. Hmmm... next year Amir dah Tahun 1. Next year gak Adib akan masuk Tadika, ganti Amir.

Well ... pagi-pagi kena panggil oleh Bos. Dia suruh aku gi amik sangkar Harimau yang dia tempah kat Pontian. Nasib baik la dia tak suruh gi pepagi. At 10 am, aku gi Kedai kek, amik 2 bijik kek yang aku tempah khas untuk Amir . 2 bijik? Yup! Satu biji dia celebrate kat Tadika Anak Pintar & lagi satu dia celebrate ngan keluarga kat rumah. I buat tempahan untuk Chocolate Orange Cake berhiaskan spider web & Fresh Chocolate Walnut Cake. Dua-dua dengan american cream & sponge cake. Seeedappp...!

Aku dah suruh dia celebrate je ngan abah dia kat rumah since hari ni kebetulan aku dinobatkan orang yang paling sibuk giler! Aku sedih bila anak Amir kata kat abah dia.." Amir nak tunggu mama ! " Dahh... nak taknak aku terpaksa luangkan masa & suara untuk nyanyikan dia Happy Birthday walaupun ruang masa aku hanya 15 minit! Aku sampai balik dari Pontian jam 7.15 malam. Then, kena prepare untuk tranquilise clouded leopard at 8.30 pm. Pas tu at 9 pm kena bergerak ke Johor Bahru.


Lupa lak nak citer ... kesibukan aku tu sebab nak kena tranquilise & hantar satu ekor Harimau Dahan a.k.a Clouded Leopard ( Neofelis nebulosa ) jantan bernama " TEMOH " untuk dipersembahkan serta disumbangkan kepada Sultan Johor pada 19/7/07. Ini arahan KP PERHILITAN ... so, kena bertolak malam ni jugak!

Well ... to MY DEAREST Muhammad Amir Najwa ... HAPPY 6 th BIRTHDAY ... Semoga berjaya selalu dan mama doakan Amir menjadi anak yang patuh, taat serta cerdik sepanjang masa. Mama & Abah Sayang Kamu!






Till then, take care & Cherio!

Sunday, June 17, 2007

A BBIIIIGGG Tournament Ahead ...

DATE : 30 th JUNE 2007
DAY : SATURDAY
TIME : 8.00 pm
VENUE : SUNWAY PYRAMID
The grand tournament will turn up soon. Game ni adalah between jabatan-jabatan dalam NRE ( Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar ). Date , venue, time adalah seperti di atas. So, pada siapa-siapa pembaca blog ni , boleh la drop by kalau nak jumpa saya. Hmmm...siap promote la pulak! Anyway .... wish me luck !

Tuesday, June 12, 2007

Bowling Friendly Tournament 8/6/2007



Bebaru ni aku ngan neighbour aku gi KL untuk Bowling Tournament antara Jabatan PERHILITAN ngan Edaran Computer. Game ni buat kat Pandan Indah Lake Club. Kitorang beegerak awal dari Melaka sebab nak cari tempat tu... itu la first time gi sana. Ingatkan yang dikatakan Pusat Boling tu se GAH namanya tapi hampeh...! Tak best langsung lane nya.

Kitorang sampai KL around 1.00 pm. Masa tu orang tengah Solat Jumaat. Mana kitorang lepak? Hmmm... kitorang gi praktis bowling kat Flamingo Hotel ( kan ada Ampang Superbowl kat atas hotel tu ! ). Lane dia cun siot! Letak je bola bowling tu ... meluncur je... Banyak lane lak tu ! Dah tu murah giler. Pakej yang ditawarkan adalah 4 games hanya untuk RM 12.00. Murahkan? Pas tu lepak sekejap kat Tasik Pandan Perdana. Sempat lagi shopping kat Econsave berdekatan. Took a short nap kat tepi tasik tu. Bila bangun, teringat la nak pi Refleksologi kat Lake Club tu. Harga boleh tahan ... RM 40 sejam, siap soaking kaki lagi. Sedap orang Cina tu urut. Dia pure Chinese dari Tanah Besar China. Dah tu tak reti cakap Melayu ataupun Inggeris. Yang dia tahu Mandarin. Jadi la umpama ayam & itik bercakap ... dia cakap mandarin & kitorang cakap Melayu ngan dia .. hehehehe ... Last-last, kitorang jadi cikgu, ajar bahasa malaysia kat dia ni.


Bowling game started at 8.45 pm and finished at about 11.30 pm.I got 2 nd place dalam game ni. Secara tak langsung, aku ni juara PERHILITAN ..... BANGGA siot! Tak rugi habiskan duit datang KL untuk itu. Malam tu tido kat rumah my sis kat Bukit Antarbangsa. Balik time, singgah Bangi jumpa my aunt.Pas tu baru balik Melaka.

Sampai Melaka at about 5 pm. Ada Karnival Gegar nearby kat Dataran Sejarah Ayer Keroh. Orang toksah cakap la.. ramai giler! Depa ni tak reti dok kat rumah ke cuti-cuti ni! Hmmm....
Malam, depa ada lak pertandingan karaoke 60-an . Bising kat rumah takyah cakap ler.. nak tido pun seksa! Malam Ahad lak ada Konsert Gegar. Sempat la gi beli biskut julie's & juga Pearl Cafe. Murahhhh...!

Okayla.Nanti bila ada story citer lagi.

Till then, Take CAre & Bye!

p/s, Happy 25th Birthday to Nor Azura Zakaria kat PERHILITAN Melaka. Semoga dimurahkan rezeki selalu.