Sunday, May 18, 2008

Lawak 18SX ... & latest photo of me...


Sepasang suami isteri yg tinggal di suatu taman perumahan teres kat mana ntah le..
suaminya keje kilang je .. isterinya dok umah, tak keja

Suatu hari .. suaminya sakit kepala dan rasa demam2 tak sedap badan ..
balik keja ptg tu pi la satu klinik swasta jumpa doktor untuk rawatan.. doktor nak peksa air kencing..tapi yang pagi2 punya..

Esok pepagi tu, suami pun kencing la masuk dalam botol tak atas meja..dgn harapan nanti balik keja..nak wak pi jumpa doktor utk dipeksa..

Isteri dok punggah cari bil letrik bil air pun sama le dok atas meja..dok tak dok tangan terkena botol jatuh pecah, air kencing bertabur..

Isteri dah kecut dan takut.. kalau suaminya tahu mampuih le dia..so, dia kencing ganti dalam botol yg serupa..harap2 suaminya tak tahu, selamat la dia..

Suami balik lepas keja .. mintak botol kencingnya tu..isteri bagi je ngan selamba..
wak pi jumpa doktor yg kemarin tu la..

Lepas peksa doktor senyum je ... TAHNIAH .. Sah Mengandung! Kata doktor pada si suami..

Suami melopong terkejut ... terus balik mengadu kat isteri dia .. susah hati bukan main lagi ... isteri nak tau gak apa halnya..

sambil mengeluh dia berkata :

".. itu lah minah!! Abg dok kata dah .. abg dok atas minah pun nak dok atas juga..
selalu sangat minah naik atas abg ni..haa.. skang apa dah jadi..??? doktor dah sahkan abg pula yang mengandung!! "

Isteri tergelak sampai berguling .. suami bersedih dan keliru .. tak menentu dok pikiag nanti cemana nak beranak!!

Tuesday, May 06, 2008

Bagaimanakah ANDA Menilai Pekerjaan Anda?

Adakah anda mendapat kepuasan bekerja yang setimpal dengan usaha yang anda berikan?

Sebagaimana yang kita ketahui, seseorang itu tentunya akan meletakkan keutamaan masing-masing apabila memilih pekerjaan. Untuk mengetahui sama ada pekerjaan atau kepuasan yang diperoleh daripada pekerjaan yang penting kepada anda, sila buat latihan yang telah disediakan di bawah. Latihan di bawah HANYA memberikan anda gambaran kasar tentang kepentingan pekerjaan anda dan kepuasan yang anda kecapi daripada pekerjaan anda itu.


Baca setiap soalan dengan teliti dan tandakan (a) untuk jawapan ‘ya’ atau (x) untuk ‘tidak’.

Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?

1. Mahukah anda membatalkan cuti anda jika anda mendapat peluang untuk kenaikan pangkat pada waktu yang sama?

2. Adakah anda menaruh harapan untuk hidup seperti seorang bintang filem pada satu hari nanti?

3. Pernahkah anda idamkan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar pada masa hadapan?

4. Adakah anda bekerja dengan harapan untuk membuka perniagaan anda sendiri pada satu hari nanti?

5. Apabila tiba masanya untuk membuat sesuatu keputusan, adakah mudah bagi anda untuk melakukannya?

6. Adakah anda mempunyai nilai-nilai diri yang boleh membuatkan anda berjaya dalam kerjaya anda?

7. Adakah menjadi terkenal itu menarik perhatian anda?

8. Adakah anda seorang yang sanggup menerima pujian daripada kerja yang telah dilakukan oleh rakan sekerja anda?

9. Adakah anda seorang yang suka memberi arahan kepada orang lain?

10. Bolehkah anda bekerja dengan orang yang anda tidak suka jika keadaan ini dapat meningkatkan lagi kedudukan anda di pejabat/syarikat itu?

11. Mahukah anda menerima tawaran pekerjaan yang lebih baik walaupun pekerjaan itu akan memisahkan anda daripada keluarga anda?

12. Adakah anda berasa yang anda lebih berkebolehan daripada orang lain?

13. Adakah anda akan menghadiri majlis atau perjumpaan yang diadakan oleh ketua/majikan anda daripada menghadiri majlis yang diadakan oleh rakan-rakan anda?

14. Adakah anda berasa bosan jika anda mengambil bahagian dalam permainan yang tidak mendapat perhatian ketua anda?

15. Pernahkah anda memikirkan bagaimana anda hendak meraikan kejayaan anda sebagai seorang jutawan?


Bagaimanakah kedudukan anda?

Setelah melakukan latihan yang diberikan, anda dikehendaki mengira jumlah markah yang anda peroleh. Untuk setiap jawapan ‘Ya’, berikan diri anda 1 markah.

Jika markah anda di antara 9 hingga 15, anda seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam yang kuat. Anda menggunakan pekerjaan anda untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Anda mungkin kecapi kepuasan bekerja tetapi kepuasan bekerja itu tidak memainkan peranan yang penting dalam hidup anda.

Markah di antara 5 hingga 8 menunjukkan bahawa anda bekerja hanya untuk mendapatkan wang dan tidak lebih daripada itu. Hal ini bukan bermakna anda tidak ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, tetapi anda masih belum bersedia untuk melakukan pengorbanan yang diperlukan dalam pekerjaan itu nanti. Pada banyak ketika, anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.

Jika markah anda ialah 4 dan ke bawah, anda seorang yang tidak mementingkan darjat atau gaji yang lumayan. Anda lebih suka memilih pekerjaan yang memberikan anda masa lapang. Anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.

Thursday, May 01, 2008

Happy 5th Birthday ... Muhammad Adib Najwa




Hari ni genap 5 tahun permata hatiku yang ke-2 iaitu Muhammad Adib Najwa. Pepagi lagi selepas bangun tido, beliau dah mengingatkan aku tentang Birthday Cake dia. Hari ni aku ngan hubby kerja tapi sempat lagi gi beli / tempah cake. Just a simple one tapi untuk dia celebrate ngan kengkawan dia kat Tadika, kek tu ditempah khas seberat 3 kg ngan dekorasi Spongebob Squarepants + Patrick . Terbang juga la RM 150.00 untuk kek sahaja... tapi takper, asalkan anak-anak aku kenyang & gembira. Tradisi di Tadika, ibu bapa akan bungkuskan jajan . snek berserta gula-gula untuk rakan-rakan anaknya tapi bagi aku, lebih baik beri kek yang mengenyangkan dari makanan ya ng takder faedah tu. Betul tak?


Birthday abangnya akan menyusul next month. Taktau whether dapat celebrate cenggini atau tidak sebab tak sure masa tu dah bersalin ke belum. Kalau belum, boleh la celebrate ... kalau dah, celebration tertunda la jawabnya!

As my pregnancy dah masuk 8 months, macam-macam kerenah yang berlaku. My asthma masih on & become worst masa nak tido & early morning. Ini dugaan yang betul-betul tercabar ... semasa mengandungkan kedua-dua abangnya, takder la alahan cenggini. Worse come to worse pun hanya migraine je , tu pun sekali sekala. Budak aktif lagi dalam perut ... siap main futsal lagi!

Okay la.. nak masuk field kejap. Till then, take care & Cherio!