Monday, August 11, 2008

Musim Buah ... Musim Batuk ...Musim Demam ....

Rasanya dah lama jugak tak update kat blog ni . Bukan apa nya, dok kat rumah jer, malas nak naik ke opis dan dapat tau internet kat opis pun down lama gak.

Update? Hmm ... last week, me & anak beranak semuanya diserang demam panas & batuk. Macam yang dah tau, sekarang ni kan musim buah-buahan , aku ni dah la hantu buah rambutan & durian. Apa lagi, mengadap macam dah tak ingat makanan lain dah ! My kids ( except the baby , of course! ) ikut jejak mama dia. Well, demam tu start dengan Amir.... then Adib lak follow . Oleh kerana diorang ni tak boleh nak berenggang dengan baby, Amira yang kecik tu pun kena demam, batuk & selsema ( pakej 3 in 1 tu! ). Lagi la aku stress ... last-last end up aku kena jugak ! La ni dah kebah sikit cuma batuk jer yang tinggal. Hari Jumaat hari tu ( 08/08/08 ) , siap sms Najib minta balik awal sebab aku dah tak larat ... aku paksakan diri gak untuk gi amik Amir kat skolah dan juga Adib kat Tadika. Pastu , gi amik ubat Amira lak sebab risau dia masih belum divaksin lagi ... memang susceptible! Last sekali, dah settle semua baru gi amik ubat untuk aku sendiri.

Maid baru sampai jam 2.30 petang Hari Jumaat tu jugak. Nama dia Sarimas ... orang Bandung. Alhamdulillah, first impression menyenangkan dan mahu belajar, solat 5 waktu tak tinggal, lembut , soft spoken dengan the kids and the main thing, my kids sukakan dia. Dak Amir siap makan pun minta bibik suapkan. Adib sikit slow sebab nak berpisah ngan Midah. But bila tengokkan hari kedua & ketiga maid tu pujuk, dia pun nak dengan maid tu ... Syukur! Midah? Next week, bila cuti sekolah baru nak hantar dia balik Baling. Adib pun dah dapat terima kehadiran maid Indonesia tu sebagai pengganti Midah nanti.

Hari Khamis lepas ( 07/08/08 ) , genap 44 hari tempoh berpantang officially ( cuma pada penulisan ... hakikatnya, TAK PANTANG pun! ) . Sekarang ni dah bebas ... walaupun dulunya pun bebas jugak ... cuma sekarang dah bebas nak makan apa pun. Baby aku menyusu badan sepenuhnya pada malam hari & campur susu formula pada siang hari. Bukan apa, senang keja nanti. Next week, insyaAllah nak buat potong jambul anak dara tu kat Kedah. Nanti aku update gambarnya.

Okay la, nanti aku update lagi. Till then, take care & Cherio!

4 comments:

Anonymous said...

Wahirrrr,

Putehhnyaa anak hangg!!!.. Girl pulak tu..mesti abg2nya hepi giler.. Tahniahlaa.. althought aku rasa mcm lewat sgt wish kat kau.. Semoga kehidupan makin ceria selalu.

Bagusla dapat bibik yang ok. Berapa agent tu ambik? dan sebulan berapa ya wahir..?

Haiza

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

sebulan RM450. Agen tu amik RM6200 termasuk FOMEMA...6 bulan takder gaji. tapi aku kesiankan maid tu sebab dia buat keja ok although kena tunjuk dulu awal2, aku dah bincang ngan hubby & dia, kitorang setuju beri dia separuh gaji selama 12 bulan start bulan depan.Bila nak mai rumah?

wickedwarhol said...

Cute daughter you have there - Dah potong jambul ke belum?
Thanks for your condolences and kind words. Regards.

Mandiri Holidays said...

kalau nak melawat kat bukittinggi - Sumatera Barat - indonesia, sila hubungi :
PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
Jl. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi - Sumatera Barat
Telp./ Fax : + 62 752 32999
email / YM : muhibbahbkt@yahoo.com
mobile : +62 81363408670

Kat Bukittinggi : boleh melawat kat : Lubang Jepun, Sianok Canyon, Jam Gadang, Pasar Atas, Pasar Aur Kuning ( Pusat Borong telekung,songkok,tudung dengan harga murah )