Saturday, September 20, 2008

Raya oh Raya ...!!


Raya tinggal lagi beberapa hari jer lagi ... emmm ... baju raya kiddos belum lagi dibeli. Takper, Pak Lah dah beri bonus sebulan gaji tahun ni ... half of it dapat this month. ALHAMDULILLAH !

Raya kat mana? Well, raya tahun ni we will celebrate it at both hometowns (as usual ! ). From 27/9/08 - 1/10/08 kitorang beraya kat Kulim, Kedah. So, if anyone of you guys nak jumpa , mai la rumah at No 13, Jalan Jelawat, Taman Maktab, Kulim. Do give me a call first, takut kitorang kuar gi jenjalan raya. Dari 3/10/08 - 5/10/08 kitorang beraya kat Kampung Lompat, Temerloh, Pahang ( rumah Najib lak! ) .What happened to 2/10/08 ? Well, hari tu kitorang on the way ke Pahang ... taktau lagi nak kuar rumah jam berapa ( bergantung pada driver, bangun tido jam berapa ! )

Persiapan raya? Emm ... beli kuih raya pun sikit jer.Dak Amir dok menggila makan kek batik. So, decided nak tapau kek batik untuk raya . Sedap ... and murah too! Juga kirim kat nephew yang dok kerja kat Miri , kek lapis Sarawak. Kuih yang lelainnya, ada pengurangan jenis & also pengurangan jumlah. SAve budget babe! Harga semuanya dah melampau tinggi!

Baju raya? Ni lagi satu ... Cadangnya nak pi beli next week since gaji & bonus pun masuk next week. Baju Amira dah beli , cuma baju raya Abang Long & Abang Ngah dia belum. Also baju husband yang tersayang dan juga baju untuk bibik. Baju sendiri? Tengok keadaan ... mungkin beli baju kurung sepasang and the rest beli slacks & blouses.

Duit raya? Dah tukar dah! Yea..yea...

Ok la, stop kat sini dulu. Take care & cherio!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN


Saturday, September 13, 2008

Ayat Baru Bahasa Jepun ( Gurau sajer... )

Check this out! Found this dalam isuhangat.com bebaru ni.

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

Hahahaha ... sure korang gelak punya! Anyway, enjoy the post. Jangan gelak banyak sangat, nanti batal posa .....

Till then, take care & cherio!

Thursday, September 04, 2008

Puasa oh Puasa!


Hmmm .... bila la nak masuk waktu ni .... perut dah keroncong ni! Ni la gelagat Mira semasa kitorang berbuka posa kat Melaka Sentral 2/9/08 lalu, kat Nasi Ayam Malaysia. Hampeh betul! Dia punya servis lambat gile.... kitorang order dulu tapi orang yang datang kemudian dari kami dah dapat makanan dulu , siap order fish & chips lagi! Buat per kat Sentral? Hantar abahnya la ... apa lagi ... sekarang ni dah jadi rutin mingguan lepak kat Sentral.

Hari ni, Amir & Adib KONONnya nak ikut berpuasa. Kejutkan diorang bangun sahur. Semalam Adib dapat la separuh hari. Siap cakap kat teacher Chu dia posa! Alhamdulillah ... diorang ada juga rasa malu bila bawa bekalan ke sekolah dan makan kat sana. Kalau kat Zoo ni ... ada yang tak tahu malu pada bulan Ramadhan ni. Siap hisap rokok kat public selamber jer! Iskh ... iskh ... bila la nak berubah! Dah tu, sanggup lak berlakon kat depan bini, buat muka seposen ... buat-buat letih ... macam-macam lagi! Dunia ...dunia, apa nak jadi sekarang ni!

Minggu ni, Najib belum tentu balik ke Melaka. Takut-takut dia ada outing kes luar. Hmmm .... nak berbuka posa juadah apa ye??

Okay la, stop sini untuk beri laluan untuk tackle kes kat Wilderbeest. Nanti bebila free, update lagi.
Till then, take care & cherio!

Wednesday, September 03, 2008

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-8


Sayang,

Dah 8 tahun rupanya kita hidup bersama ...
mengharungi pahit getir berumahtangga ...
melayan karenah anak-anak kita yang semakin pintar....
tapi ,
Semua itu tak sedikit pun menggoyahkan kasih sayang kita ...
DOAku,
SEMOGA KEBAHAGIAAN KITA KEKAL SEHINGGA KE AKHIR HAYAT ...
Hanya kematian yang akan memisahkan kita berdua!

Happy 8th Wedding Anniversary to my Sayang, MOHD NAJIB bin OTHMAN, merangkap ABAH kepada:

1. Muhammad Amir Najwa - 18/6/2001
2. Muhammad Adib Najwa - 1/5/2003
3. Nur Amira Najwa - 25/6/2008