Thursday, September 04, 2008
Puasa oh Puasa!
Hmmm .... bila la nak masuk waktu ni .... perut dah keroncong ni! Ni la gelagat Mira semasa kitorang berbuka posa kat Melaka Sentral 2/9/08 lalu, kat Nasi Ayam Malaysia. Hampeh betul! Dia punya servis lambat gile.... kitorang order dulu tapi orang yang datang kemudian dari kami dah dapat makanan dulu , siap order fish & chips lagi! Buat per kat Sentral? Hantar abahnya la ... apa lagi ... sekarang ni dah jadi rutin mingguan lepak kat Sentral.
Hari ni, Amir & Adib KONONnya nak ikut berpuasa. Kejutkan diorang bangun sahur. Semalam Adib dapat la separuh hari. Siap cakap kat teacher Chu dia posa! Alhamdulillah ... diorang ada juga rasa malu bila bawa bekalan ke sekolah dan makan kat sana. Kalau kat Zoo ni ... ada yang tak tahu malu pada bulan Ramadhan ni. Siap hisap rokok kat public selamber jer! Iskh ... iskh ... bila la nak berubah! Dah tu, sanggup lak berlakon kat depan bini, buat muka seposen ... buat-buat letih ... macam-macam lagi! Dunia ...dunia, apa nak jadi sekarang ni!
Minggu ni, Najib belum tentu balik ke Melaka. Takut-takut dia ada outing kes luar. Hmmm .... nak berbuka posa juadah apa ye??
Okay la, stop sini untuk beri laluan untuk tackle kes kat Wilderbeest. Nanti bebila free, update lagi.
Till then, take care & cherio!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment