Got this article from Isuhangat .com . Nice to read. Ada yang betul dan ada yang tidak. What do you think??
SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .
CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .
HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .
IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .
KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .
PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .
MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insane yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .
EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .
CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus
SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan
Betul ker?? Hmmm .... hanya diri sendiri yang tahu ....
Wednesday, November 26, 2008
Busy..Busy...Busy...
Lama sungguh tak update blog ni ... jengah hanya untuk sekadar membaca. Tak berkesempatan nak update! Mana taknya ... after the trip to the northern region, pi PTK exams lak kat IBD, Lanchang, Pahang for 3 days. Balik dari PTK, dapat arahan untuk menanggung kerja Pegawai Veterinar kat Zoo pulak! Sibuks sungguh hidup aku lately .....
Semalam dan hari ni ( 25-26/11 ) gi Johor lak. Kena mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor untuk penyerahan Harimau Kumbang yang dia minta dari Zoo Melaka. At first baginda cakap dia busy, tup .. tup ... tengah duk turunkan binatang, baginda sampai. Apa lagi, semua yang ada kat situ dari bising-bising terus macam kena gam mulut. Senyap sunyi ... Alhamdulillah, semua berjalan lancar ... baginda suka ... siap suruh Datuk Chandra belanja kitorang makan lagi! Gambar kat atas adalah anak panther yang kitorang hantar kepada baginda masa 22 hb Januari tahun ni .. Lahirnya sepasang, tapi yang jantan patah kaki, ada sorang Datin bela di Kuala Lumpur. Ni anak Endau dan Beragan. Kalau kitorang tau , kitorang tak serah kepada Istana .... tapi takper laa ... anggap dia macam hadiah saguhati dari Zoo kepada Baginda Sultan. Yang ni nama dia TERNA, betina. Very playfull youngster!
My kids? Adib kena chicken pox hari Ahad lepas dan masih dalam peringkat kuarantin. Mujur la Amira tak berjangkit .... Amira? Dah lasak anak dara sorang tu. Amir? Hmm ... dia dah besar.Dah nak masuk Tahun 2 pun ...
Okay la, nanti update lagi kalau ada kesempatan.
Till then, take care & cherio!
Saturday, November 08, 2008
Northern Region Trip from 5-7 Nov 2008
Alhamdulillah...dah selamat pulang dari trip and also Animal Exchange Programme dengan Zoo Taiping.
Gerak dari Melaka pun dah lewat ... pagi tu pulak macam-macam kes ada! Black & White Ruffed Lemur mati laaa .... Banteng bergaduh sampai tembus perut laaa .... Nak tangkap tikus yang menjadi suspek utama kematian lemur laaa ... hujan laaa ... memacam lagi! Managed to settle all events yang berlaku. Tu pun my Director dah call minta I tarik diri dari plan asal lawatan. Hancur luluh hati bila bos called me up and cakap " I think you will have to cencel your trip.Kalau you tak pegi takpe kan? " Sedeyyy... Dah la kena oncall duaploh pat jam, nak kuar sesekali sekala pun tak dapat. Pujuk bos ... beritau semua dah well planned & managed before gi sana, bentangkan plan yang dibuat, and pastu cakap kat dia " Saya tau nanti ni saya dah tak berkesempatan gi mana-mana lagi dah! " Nasib baik bos boleh terima alasan ..... and nasib baik jugak la takder kes berat yang berlaku sepanjang trip I ke sana.
Sampai Zoo Taiping at 8 pm. Tinggalkan Pygmy Mamorset ( Callithrix pygmea ) yang dibawa & terus gi cari makan. Gi cari kuey teow goreng DOLI yang famous kat Taiping untuk dinner. Kalau gi Taiping, tak sah kalau tak makan kat sini. Ingat lagi ... dulu dia hanya berniaga kat medan selera je kat tengah-tengah bandar Taiping. La ni dah beli kedai kat depan Klinik Kesihatan Taiping. Kuey teow goreng dia sedap ... plus udang banyak giler .... Puas la makan makan tu! Kitorang pegi berempat, myself, our Zoo TA, our Zoo Electrician and a driver. Semuanya satu kepala yang pegi. Sewa bilik kat Hotel Fulliyean. Bilik dia besar, TV 21 flat screen, hot shower, siap beri towel & sabun ... all for a very low cost. Memang budget hotel sungguh! Kitorang sewa 2 hari. Malam tu dah round night safari Zoo Taiping, TA & Electrician siap ambil gambar utk projek depa. Pagi esoknya, gi round Zoo Taiping waktu siang pulak! Lepas penat round semua, gi Kuala Gula & balik ke Kulim sat, jengah mama & abah plus, ambil stok Kopi Kedah untuk dibawa ke Melaka. Lupa lak nak kasitau, kat Melaka ni, I am the supplier untuk Kopi Kedah ( yang kaw tu! ) ... murah je I amik, RM 12.00 / kg. Pasaran ? Alhamdulillah ... kalau siapa yang pernah rasa & get back to me untuk beli lagi sekali. Kat kantin dalam Zoo pun I bekalkan! Hari Kedua before balik ke Melaka, gi buat lawatan kerja tak rasmi ke Bukit Merah Lake Town / Ecopark / Orang Utan Island. Enjoy & berpeluh jugak kat sana! Masa nak balik, siap beli souvenir & t-shirt ... habis dalam RM 250.00 , nasib baik guna staff rate dia ... kalau tak, lagi kopak! Sampai Melaka around 8 pm jugak. Hilang penat lepas tengok wajah anak-anak ... tak lupa jugak, tengok muka hubby tersayang!
Okayla, hari ni naik keja sekejap, settle down untuk kes2 yang KIV semasa I gi trip . Pastu lepak ngan family since Najib pun balik minggu ni.Naqk kuar bawa bebudak jenjalan. Also nak beli ration sikit!
Till then, take care & Cherio!
Tuesday, November 04, 2008
Satu Pandangan Seribu Makna...
Ni gambar latest Nur Amira Najwa. Sekarang dia dah 4 bulan, dah pandai meniarap ... mereverse kan diri sebelum masuk gear satu ke depan.
Mira menjadi kesayangan kedua-dua Abang Long & Abang Ngah dia. Bangun pagi, mesti ciuman lekat di pipi Mira ... Begitu juga berlaku semasa mereka berdua nak tidur. Kalau boleh saban masa nak cium Mira. Kita yang mendukung dan melihat pun rasa rimas!
Abah? Hanya balik ke Melaka pada hujung minggu, itupun jika tiada tugasan luar yang perlu diselesaikan. Minggu ni dia tak balik dan aku jugak kena pergi ke Zoo Taiping untuk Animal Exchange Programme. Tinggalkan Mira, abang-abang dengan bibik.Nasib baik la bibik tu capable of doing things at home and also pandai jaga budak, compared tu kakak yang lama. Rasa berbaloi jugak keluarkan RM 6,200 untuk proses mengambil bibik ni. Dia orang Bandung, janda anak 2 yang dah besar & umurnya baru 32 tahun ( a year younger than I am....). Gambar di sebelah mentafsirkan apa yang terbuku di hati abahnya ...
Next 2 weeks, masa cuti sekolah, aku pulak kena amik peperiksaan PTK kat IBD, Pahang. Kali ni, aku seret diorang sekali & letakkan di rumah mertua kat Temerloh. Tak lama ... 2 hari je.
Anak rimau? Hmm ... umur mereka baru 2 minggu lebih. Dah gemuk, mana taknya ... menyusu setiap 3 jam dengan susu kambing. Si Chiko dah jadi macam kucing sphink yang botak ... They response to my call ... dah tau nama masing-masing. Manja ...
Ok la, nanti sambung. Take Care.
Subscribe to:
Posts (Atom)