Alhamdulillah...dah selamat pulang dari trip and also Animal Exchange Programme dengan Zoo Taiping.
Gerak dari Melaka pun dah lewat ... pagi tu pulak macam-macam kes ada! Black & White Ruffed Lemur mati laaa .... Banteng bergaduh sampai tembus perut laaa .... Nak tangkap tikus yang menjadi suspek utama kematian lemur laaa ... hujan laaa ... memacam lagi! Managed to settle all events yang berlaku. Tu pun my Director dah call minta I tarik diri dari plan asal lawatan. Hancur luluh hati bila bos called me up and cakap " I think you will have to cencel your trip.Kalau you tak pegi takpe kan? " Sedeyyy... Dah la kena oncall duaploh pat jam, nak kuar sesekali sekala pun tak dapat. Pujuk bos ... beritau semua dah well planned & managed before gi sana, bentangkan plan yang dibuat, and pastu cakap kat dia " Saya tau nanti ni saya dah tak berkesempatan gi mana-mana lagi dah! " Nasib baik bos boleh terima alasan ..... and nasib baik jugak la takder kes berat yang berlaku sepanjang trip I ke sana.
Sampai Zoo Taiping at 8 pm. Tinggalkan Pygmy Mamorset ( Callithrix pygmea ) yang dibawa & terus gi cari makan. Gi cari kuey teow goreng DOLI yang famous kat Taiping untuk dinner. Kalau gi Taiping, tak sah kalau tak makan kat sini. Ingat lagi ... dulu dia hanya berniaga kat medan selera je kat tengah-tengah bandar Taiping. La ni dah beli kedai kat depan Klinik Kesihatan Taiping. Kuey teow goreng dia sedap ... plus udang banyak giler .... Puas la makan makan tu! Kitorang pegi berempat, myself, our Zoo TA, our Zoo Electrician and a driver. Semuanya satu kepala yang pegi. Sewa bilik kat Hotel Fulliyean. Bilik dia besar, TV 21 flat screen, hot shower, siap beri towel & sabun ... all for a very low cost. Memang budget hotel sungguh! Kitorang sewa 2 hari. Malam tu dah round
Okayla, hari ni naik keja sekejap, settle down untuk kes2 yang KIV semasa I gi trip . Pastu lepak ngan family since Najib pun balik minggu ni.Naqk kuar bawa bebudak jenjalan. Also nak beli ration sikit!
Till then, take care & Cherio!
No comments:
Post a Comment