Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H & Welcome 2009!

, N
Awal Muharram datang buat kali kedua dalam tahun 2008 ni. Tak caya? Sila lihat kelendar 2008 korang ... pada tanggal 10/1/08 kita dah sambut 1429H dan esok, 29/12/08, kita sambut lak 1430H. Apa-apa pun, Selamat mnyambut tahun baru kelendar Islam yang ke 1430H!

Selang 2 hari pas tu, kita akan sambut tahun 2009 , tahun Masihi lak. Apa azam korang? Tu soklan peberet setiap kali menyambut tahun baru. Entahkan azam lama dah tercapai ke belum ... Wallahua'lam!

Bebudak pun dah nak bukak skolah pada 5/1/09 nanti. Macam-macam ragam ada. Nasib baik la dak Amir dah reti sikit. Harapnya tak jadi macam masa dia masuk skolah dulu ... naya je mama dia kena tunggu since abahnya kat JB!

Mira? dah mula nak mendudukkan diri walaupun masuk gear satu pun tak berapa betul lagi! Gigi dah nak tumbuh ... sesekali bebila dia breastfeeding, digigitnya puting ...! Mak Oii!... rasa macam nak tempeleng jer! Pandai lak dia ... bila mamanya marah2 .. and dia tau salah dia, dia akan senyum meleret .... cair hati mamanya! Dia pun baru nak kebah dari chicken pox, berat badan pun naik sikit jer ... lagipun sekarang ni dia memang tengah lasak. Dia sangat rapat ngan Abang Long nya dari Angah. Bertutur cara baby?? Hmmm ... dah pandai panggil "Bah", "Mama", "Ngah", "Maaam", "uuk uuk " & " Nen". Translation? Sesiapa yang ada baby tau la maksud sesemua perkataan tu!

Lagi nak tutup tahun, lagi banyak timbul masalah kat negara kita. Siap ada lak orang Islam yang sanggup menghina Rasulullah s.a.w., junjungan kita. Alhamdulillah blog dia dah disekat oleh blogspot. Orang lain pun open minded gak, tapi kena pada subjeknya la ... jangan sampai hal menghina agama Islam di terima dengan open minded gak! Lu Fikirla Sendiri!

Okay la ... nanti sambung lagi.

Till then, take care & cherio!

Monday, December 15, 2008

Rambu Ramba Terkini



Puuuuuhhhhh....

Lama sungguh tak update blog ni. Dah bersawang giler masa bukak.Bukan tak ingat, cuma busy giler babas lately.Even the kids pun dah pandai merungut ... mama ni asyik kerja jer ... Kesian kat depa ni. Dah la cuti sekolah tak bawak jenjalan memana ... well, except la pi kat Kuala Gandah hari tuh. Tu pun sebab sambil berPTK sambil jenjalan. Hmmmm ....

Lupa lak nak beritau, kesibukan yang tahap melampau ni disebabkan Pegawai Veterinar naik pangkat & kena bertukar ke HQ, so, the Zoo decided I kena menanggung kerja dan memangku kerja Vet tu. So, by GO, kalau menanggung / memangku kerja tu, you tak boleh bercuti dan seumpamanya selama 28 hari ( except Sabtu & Ahad ). Lama tuhhhh!!

After Adib kena chicken pox, dak Amir lak kena.Bersambung-sambung virus tu. Aku berdoa kepada ALLAH supaya Amira tak dijangkiti ... Ammmiiinnn .... Melihatkan anak-anak kena chicken pox, teringat masa kat MRSM Beseri dulu. Masa tu tahun 1992, waktu tu trial SPM
( sometimes in July ) ..... kitorang kat DesaMARA Anggun ( Blok A laaa.... ) sederet kena virus ni. Bermula dengan Peanut di A 407. Pastu , sorang ... sorang jangkit. I was among them too! Kitorang menduduki trial SPM kat Sickbay. Even 1119 English pun amik kat situ. Pastu kitorang pedajalkan BWP supaya waktu prep , kitorang boleh bertelefon kat Dewan Makan .... sampaikan Zakaria ( ex-BWP Agama ) pun jangkit dari kitorang. Pastu kitorang selalu buatkan electrical trip sebab sickbay tu kalau trip akan bersangkut dengan bilik BWP. Semamngnya kitorang ni MAFIA dan giler-giler masa tu! Memori tu akan terpahat sampai bila-bila!

Hujung-hujung tahun ni, Tadika Anak Pintar buat Konsert & Majlis Konvo bebudak 6 tahun. Dak Adib dalam kategori 5 tahun, wajib buat persembahan. Ada amik gambar & also ada gak amik video clip .... belum download lagi.

Amira? Hmmm, dia dah angkat badan macam nak merangkak tapi ... last-last dia masuk gear gostan. Dia dah start makan & berat dia sekarang 6.7 kg. Tadi baru pi amik ubat sebab dia batuk dah seminggu lebih. Pakar berikan dia antibiotik sebab tekak dia merah. Others ... lihat la dia sendiri!

Penghujung tahun ni jugak dapat berita sedih ... our Pengarah Zoo kena bertukar ke HQ ( Bhg KBD ) Penggantinya adalah En Hasnan Yusof, dari PERHILITAN Pulau Pinang. Taktau la macamana ragam Pengarah baru nanti. Haji Nawayai adalah the BEST PENGARAH so far yang pernah aku jumpa. Selama 11 tahun aku kerja kat Zoo ni, dia TAK PERNAH marah kat aku. Dia siap boleh berbincang secara open minded dan seolah-olah seorang bapa to me. Sedih jugak dia nak pindah. As for me, takder siapa boleh bangunkan Zoo Melaka seperti yang ada sekarang. Dari masa permulaan aku kerja kat sini hingga sekarang, Zoo Melaka dah banyak membangun. Bos aku ni juga merekomen aku untuk pos AVO tetap kpd KP.Dia juga fight untuk elaun kritikal kepada kakitangan kontrak yang banyak kat zoo ni. Hmmm .... takper la.Reda jer dia bertukar. Dah rezeki dia!

Okay la dulu. Dah panjang berjela ni. Nanti bebila ada masa sambung lagi.

Wednesday, December 03, 2008

Cuti-Cuti sambil ber PTK di Pahang ...






Orang ambil PTK , kita tak study...I mean .... tak boleh nak study, so, jenjalan jer la bawa anak-anak . Kebetulan pulak pegi PTK kat Lanchang & kampung MIL kat Temerloh, OONNNN jer laa ....!

Masa tu actually dah habis paper. Boleh la dikatakan susah gak sebab paper NRE ... Amir nak mandi ngan gajah tengahari tu.Kebetulan lak keeper-keeper kat Gandah tu kenal who I am, so, macam-macam offer la dapat. Amir ngan Adib berkesempatan tunggang gajah ... kat Zoo, gajah tunggang diberi MC sampai kuku kaki dia baik. Punya penat bawa pelawat sampai merekah kuku kaki gajah tu ... kesiaaannn!!

Tengok jer la keriangan dari air muka diorang. Tak ketinggalan jugak muka keletihan ....

Ok la ... nanti post lagi. Take Care & Cherio!